Video - Anak Tun Ghafar Kantoikan Pembohongan Mat Sabu

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramahnya mendakwa, semasa Allahyarham Tun Ghafar Baba sakit tenat di rumahnya, beliau menghabiskan kira-kira dua jam berbual dan bertukar-tukar pandangan tentang sejarah perjuangan beliau dan isu-isu politik semasa, selain itu, tambah Mat Sabu lagi, Tun Ghafar juga turut berpesan kepada beliau,

"Mat, engkau kena lawan Umno sungguh-sungguh, Umno dah teruk, "Umno ini ibarat gajah, badannya besar tetapi kaki plastik"

Bagaimanapun dakwaan Mat Sabu itu disahkan bohong oleh anak Allahyarham sendiri yaitu Datin Zainon Ghafar  dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mat Sabu yang kononnya pernah datang melawat Allahyarham.

Bukan setakat pembohongan itu sahaja yang dilakukan oleh Mat Sabu, malah beliau turut mengandaikan bahawa jika Tun Ghafar masih hidup, beliau juga akan menyertai Pas sepertimana anaknya Tamrin.

Bagaimanapun andaian terdesak yang memandai-mandai dari Mat Sabu itu disifatkan sebagai  satu penghinaan kepada keluarga Tun Ghafar, dan ianya disuarakan oleh ahli keluarga Allahyarham sendiri termasuk menantunya Datuk Ahmad Hamzah dengan  meminta Mat Sabu menarik balik kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Jasin berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri.Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar,” katanya.

4 comments:

  1. bagi penganut agama pas = berbohong adalah wajib hukumnya dan besar pahalanya ... sebab itu mat sabu akan berbohong apa sahaja ...

    ReplyDelete
  2. macam ni standard pemimpin..?mat sabu..?cakap asyik merapu

    ReplyDelete
  3. Salam Bro,biasalah Mat Sabu.Dah mainkan bini orang pun dia masih berkata cuma berbual-bual kosong aje.Mulut Mat Sabu kan mulut lendir !

    ReplyDelete
  4. mulut macam haram jadah

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...