KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta mana-mana pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan negara Islam termasuk hukum hudud supaya tidak bersikap biadap seperti mengeluarkan perkataan ‘cacian’.
Nik Aziz turut menjelaskan, beliau boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia secara tidak langsung memberi kefahaman kepada orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam, tapi hal itu tidak bermakna Karpal boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang biadap berkaitan Islam.
Nik Aziz turut menjelaskan, beliau boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia secara tidak langsung memberi kefahaman kepada orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam, tapi hal itu tidak bermakna Karpal boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang biadap berkaitan Islam.
“Saya setuju, biar dia (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan biadap sampai mencaci,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pelaksanaan hukuman hudud memberi kesan langsung kepada masyarakat berbanding pelaksanaan hukuman yang dipraktikkan sekarang.
“Mengikut undang-undang sekarang, jika kes dadah, pesalah dikenakan hukuman gantung sampai mati tetapi jika hudud mereka dikenakan potong tangan.
“Jika gantung mereka hanya dibawa ke kubur tetapi jika potong tangan seluruh manusia akan mengambil pengajaran dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan diri,” katanya.
Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu beliau langsung tidak menyanggah pandangan yang dihukumkan oleh Ulamak dari Kelantan Abdullah Saamah yaitu haram menyokong DAP, dan Mufti Perak juga turut senada dalam penghukuman tersebut.
Tidak seperti lain-lain isu yang mana Nik Aziz akan lantang menyanggah apa-apa pendapat Ulamak yang berbeza dengan Pas terutamanya dengan Tan Sri Harussani, isu ini nampaknya Nik Aziz sedar dan lebih memahami kemudaratan yang akan menimpa umat Islam sekiranya menyokong DAP, cuma atas dasar politik dan kerjasama dengan DAP Nik Aziz tidak memperincikan isu ini secara mendalam.
Jika pandangan seperti itu dibuat, sekurang-kurangnya ia menyedarkan DAP akan kesatuan umat Islam yang utuh jika membabitkan kebiadapan terhadap Islam, namun malang sekali, pemimpin Pas yang lain lebih mempertahankan DAP daripada mempertahankan Ulamak dan Islam, sehingga Presiden Pas sendiri menghalalkan apa sahaja yang diungkapkan oleh DAP atas alasan DAP bukan Islam.
Dari itu kesimpulan boleh dibuat bahawa menyokong DAP adalah haram hukumnya berdalilkan kenyataan penolakan hukum hudud secara biadap oleh Karpal Singh dengan mengatakan 'langkah mayat beliau dahulu kalau nak laksanakan hukum hudud' , disamping tindakan pemimpin-pemimpin DAP yang dilihat jelas cuba mempertikaikan hak-hak orang Islam atau dengan kata lain berideologi komunis.
Bagi pemimpin Pas yang tak reti-reti lagi dan jelas bersikap hipokrit seperti Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa yang lain dengan menuduh secara membabi buta bahawa Perdana Menteri dan Umno menolak hudud, hentikanlah kenyataan politik jumud itu kerana rakyat bukannya bodoh, atau sila tonton video mengenai hukum hudud pada rakaman perbahasan dua sidang DUN di Kelantan dan Terengganu sepertimana yang ada dibawah...Anda Mampu Mengubahnya...
alhamdulillah nik aziz telah beransur kembali kepada islam setelah menjadi kafir
ReplyDeletealhamdulillah, nik aziz telah diberi hidayah oleh allah untuk kembali kepada islam dan perjuangan islam.
ReplyDeletetinggalkan dap dan anwar al-juburi laknatullah
haram sebab DAP biadap..UMNO dah lama tahu DAP ni harbi..
ReplyDelete