Hukum Hudud Nik Aziz Dah Hilang Akal Dengan Kenyataan "Over My Dead Body"

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu pemimpin Umno memberi respons terlebih dahulu berhubung kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyentuh isu hudud sebelum beliau mengulas pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Malah Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut mendakwa kenyataan Soi Lek sebagai  “hilang akal” terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dari Johor kerana mencadangkan negeri itu melaksanakan hukum hudud adalah satu penghinaan yang lebih hina dari kenyataan Pengerusi Karpal Singh yang dilaporkan sebagai berkata "Langkah mayat saya dahulu sekiranya mahu laksanakan hudud".

"Saya diminta respons tentang kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini, dalam akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respons daripada pemimpin parti. Buat masa ini, itu sudah memadai," kata beliau dalam satu entri ringkas menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Nik Aziz yang sudah dipengaruhi parasit menangguhkan hukum dengan berkata "saya ingin membaca respons pemimpin Umno terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud."

"Pihak media sila dapatkan kenyataan dari pemimpin Umno terlebih dahulu untuk tatapan semua," katanya.

Sebelum ini Karpal dalam mempertahankan pendirian DAP menolak hukum hudud sebelum ini terlajak kata sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.

Beliau dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...