Royalti Kelantan - Nik Aziz Sahkan Terima Surat Dari Najib Minta Hantar Wakil

Perkembangan terkini berkaitan isu pemberian wang royalti kepada Kelantan menambahkan lagi keyakinan rakyat terhadap laungan ' Janji ditepati' oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, biarpun terdapat pertikaian dan kesamaran dalam perjanjian mengenai pemberian wang royalti ini, namun Perdana Menteri bersedia untuk berunding dan menyelesaikannya.

Berita baik itu datangnya menerusi surat yang telah diutuskan oleh Perdana Menteri yang meminta supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghantar wakil bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

Nik Aziz ketika mengesahkan menerima surat tersebut yang disampaikan oleh Setiausaha Sulit beliau turut memaklumkan akan menghadap Tuanku Sultan Kelantan terlebih dahulu bagi membincangkan perkara ini sebelum menghantar wakil untuk berunding,

Tambah Nik Aziz, apa yang berlaku ini sedikit sebanyak adalah berkat doa 40 orang ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada Allah agar diselesaikan isu ini segera.

Beliau juga meminta semua rakyat Kelantan terus berdoa agar pembayaran royalti ini menjadi kenyataan.

Pada masa sama di bulan Ramadhan yang mulia ini Nik Aziz menjelaskan, jika bayaran ini menjadi kenyataan bermakna apa yang dikatakan oleh dua wakil kerajaan Pusat di Kelantan selama ini bercanggah dengan surat Perdana Menteri ini, kata Nik Aziz.

"PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri (Datuk) Awang Adek kata sudah bayar wang ehsan.

"Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam DUN, dia yang sekat," kata Nik Aziz.

Nik Aziz mungkin lupa tiga tahun yang lalu 1 Ogos 2009, Najib ketika lawatan kerja sehari ke Kelantan pernah meminta Nik Aziz supaya menjaga perasaan dan sensitif kepada ahli Umno jika mahu membentuk kerjasama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat.

"Saya sempat memberitahu Nik Abdul Aziz supaya elok kita mengelak daripada menyinggung perasaan mana-mana pihak," katanya.

Presiden Umno itu berkata beliau mengucapkan kata-kata itu kepada Nik Aziz ketika Mursyidul Am Pas menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

"Ada peristiwa saya tidak duga... antara pemimpin yang sambut saya (di lapangan terbang) adalah tok guru Nik Aziz. Saya terima bila tok guru sambut saya dalam pada itu saya sebut kepada tok guru tolong jaga perasaan orang Umno. Tapi saya rasa tok guru faham apa yang saya maksudkan," katanya.

Laporan media sebelum ini menyebut Nik Abdul Aziz sedia menghulurkan tangan untuk menjalin kerjasama antara Umno dan PAS.

Bagaimanapun Nik Aziz menafikannya dan menjelaskan kerjasama itu hanya dalam bentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat selain beliau turut mengeluarkan pelbagai cercaan terhadap Umno termasuk "pergi jahanam Umno".

Najib berkata Nik Aziz perlu bersikap secara baik dan berhemah dalam meminta untuk kerjasama dengan kerajaan pusat.

"Buatlah cara baik buatlah cara menghormati orang lain," katanya.

Najib berkata hakikatnya Umno dan PAS mempunyai matlamat yang sama dalam memimpin negara iaitu membangunkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan makmur.

Beliau berkata walaupun kedua-dua parti itu berbeza dari segi ideologi namun matlamatnya sama iaitu untuk memimpin negara sehingga maju dan mendapat keredaan Allah.

"Analogi macam kita berada di landasan lebuh raya. Kita (Umno) dalam lane (lorong) kita, Pas dalam lane dia tapi kita sama-sama menuju mencari keredaan Allah.

"Sebab itu kita (Umno) hidup di negara ini tuhan berikan rahmat kepada kita. Begitu banyak perubahan setelah Umno memimpin lebih 50 tahun," kata Najib.

2 comments:

  1. SETELAH 55 TAHUN MEROMPAK,,,AKHIRNYA BN AKUR KEHENDAK RAKYAT

    ReplyDelete
  2. Tak bgi kata,nak bgi pun kata. apa yg kerajaan umno bagi habis sapu jilat habis.lepas tu melalak mcm iblis sesat kata bn merompak rakyat. Binawe

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...