"Siapa Dia (Fathul Bari) Saya Tak Kenal Dia" - Nik Aziz

KOTA BHARU - “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz. - Sinar Harian

Serba tak kena dan macam-macam alasan Nik Aziz, apalah masalahnya Fathul Bari hantar surat terlebih dahulu, bukankah itu yang sepatutnya, sebagai seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab sudah pasti mempunyai tugas yang banyak, sebarang pertemuan perlu ada temujanji terlebih dahulu, atau Nik Aziz sentiasa punyai masa dengan ketepatan 'makan gaji buta'.

Buat bising di akhbar pun dijadikan isu, kalau Nik Aziz berada dipihak yang benar, itu semua tidak menjadi permasalahan, nak buat surat ke, nak buat bising ke pedulilah, apa yang penting kebenaran itu perlu dirungkaikan sesama Ulamak,

Janganlah Nik Aziz nak buat payah, Islam itu memudahkan bukan memayahkan, lebih-lebih lagi ia melibatkan isu yang berkait rapat dengan hukum hakam dan perpaduan Islam, semakin lama semakin pecahlah tembelang Nik Aziz, sepatutnya Nik Aziz mengalu-alukan Fathul Bari untuk berbincang dengan beliau bukannya memberi kepelbagaian dalih yang angkuh, begitukah sifat Ulamak yang dikatakan perwaris nabi ??? Anda Mampu Mengubahnya...

19 comments:

  1. Pok Nik takut kot. Sbb ilmu pok nik tak setinggi mana. Kuat gebang je selama ni...

    ReplyDelete
  2. Kepada n ajis, hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Nampak jelas tidak ikhlas memperjuangkan Islam.

    ReplyDelete
  3. hhmmmmmm..ulamak kah ini.....sedangkan muzakarah itu di tuntut oleh islam utk selesaikan pelbagai kemusykilan.....jika utk kebenaran aper perlunya bersikap begini....jgn takabur dengan ilmu yg sedikit yg kita ada....bertaubatlah....

    ReplyDelete
  4. orang kelantan bila dia bengang kat seseorang tu bila ditanya kenal tak maka jawabnya tak kenal, itulah yg berlaku pada ularmak teropah tu.

    ReplyDelete
  5. laaa korang tak tau lagi ke....mana ada kelas PokNik nak berbincang dengan UFB....kan taraf nabi2 tu....apa celuppppppp.....hehehehehhe

    ReplyDelete
  6. EGO POLITIK NIK AZIZ TERLALU MENEBAL.....TOK WAN AKU CAKAP BODOH SOMBONG!

    ReplyDelete
  7. Ambo nampak macam TGNA nak guna tektik lama tu. Kalau tak hantar surat, dia akan kata tak terima jemputan. bila dah hantar surat, kata tak payah hantar...

    Tunggu apa lagi TG,balas la surat tu. Ambo tunggu nak tengok ni UFB bahas dengan TGNA....

    WokYoh

    ReplyDelete
  8. Semakin lama semakin menjadi jadi biang keladi!Takebeer!

    ReplyDelete
  9. siapa fathul bari? dia adalah saudara seislam...dlm kubur nnt pun malaikat tya siapa saudara kamu jwbnya org islam...salahkan saudara seislam nk berbincang dlm menegakkan syiar islam ...yang dok tunjuk gedebe buat x kenal knp....mcm x ikhlas dlm perjuangan nik aziz ni

    ReplyDelete
  10. Angkuh sungguh situa bangkai ni.
    nak muzakarah sesama islam punpayah.
    kau siapa tua bangkai.
    Ulamak besar?
    Oh ya lupa pulak.Situa bangkai ni Nabi Pas.
    Sorry ya situa bangkai.
    Jemputan Dapigs laknat bila2 masa pun boleh.
    Jemputan bermuzakarah membetulkan akhidah umat ada saja alasan kau wahai situa bangkai.
    Ilmu tak sentinggi mana,melalut sj lebih.
    kalau dulu aku penyokong kuat Pas sekarang ni aduhh...nak sebut nama Pas pungeli rasanya.
    jijik dgn alasandan fatwa dari ulamak2 bangkai PAS yang terlalu gila nak berkuasa.

    ReplyDelete
  11. situa kutuk pura2 tak kenal UFB kerana takut kalah dan dimalukan oleh ustaz yg lebih jauh muda dari dia....kesiaaaaaaan situa kutuk.

    ReplyDelete
  12. Ulama' itu pewaris nabi.
    Jaga2 mulut saudara semua, kerana lidah adalah punca utama seseorang itu masuk ke neraka الله.
    Tak perlulah nak mengutuk Tuan Guru Nik Aziz berlebihan, mungkin jika saudara semua hidup di zaman Nabi صلى الله عليه وسلم, saudara semua akan memaki dan mencaci baginda Nabi juga dan menjadi sekutu Abu Jahal laknatullah.
    Apa yg berlaku pada Tuan Guru merupakan sunnatullah, yakni pejuang kebenaran di jalan الله akan berdepan segala kesusahan yg juga dialami oleh baginda Nabi صلى الله عليه وسلم.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah

      Delete
    2. Kepala hotak kau...N.ajis bukan ulamak dan bukan Nabi pon..Dia ustaz sesat lagi menyesatkan..Pintu hati dia telah tertutup dengan ajaran islam sebenar..Di nak jadi ulamk tersohor didunia..dia tak boleh ditegur..tak boleh dilarang..dia nak jadi ulamak macam Yusuf Qaradawi..N.ajis nak jadi ulamak tersohor dan pakar rujuk dialaf ini kononnya...ilu tak seberapa...inilah yang disebut oleh Nabi...diakhir zaman ada ULamak Suuk..Ulamak jahat

      Delete
    3. assalamualaikum,maaflah saya tegur..msg2 ada pendapat sendiri..bagi saya dua2 ada kelebihan tersendiri..sebelum kita nak kutuk org,bandingkan ilmu diorg dgn ilmu kita..klu kita punya ilmu ttg agama kurang maybe you must shut your mouth...

      Delete
  13. Anonymous 8:01 AM....Ni lagi sorang. Cuba nak samakan taraf Tok Guru kamu tu dengan taraf junjungan besar Nabi. Hakikatnya, jauh bagai langit dan bumi.
    Boleh jadi sunatullah, ataupun boleh jadi juga sebagai pengajaran kepada kita semua supaya jangan riak dan takbur dengan ilmu,pangkat dan kedudukan yang dikurniakan Allah kepada kita di dunia. Semuanya terpulang kepada yang melihat.
    Wallahu a'lam.

    WokYoh

    ReplyDelete
  14. Utus Surat : Fathul Bari Jawab Nik Aziz

    http://www.youtube.com/watch?v=l1PGKRpGL-s&feature=player_embedded

    Sila tengok jawapan UFB

    WY

    ReplyDelete
  15. Yang korang duk mengata ni ulama tau....Sedangkan sultan yg mempunyai taraf yg lebih tinggi dr TG pun mendahulukan beliau...Ingt..JANGAN MULIAKAN SESEORG KERANA DARJATNYA..MULIAKAN KERANA ILMUNYA...

    ReplyDelete
  16. Ufb mulia kerana ilmunya,Tgna pun kerana ilmunya , yg mengutuk keduanya konpom pandi kutty...cermin diri sendiri sbl kutuk2 orang, Perasan bagus lah tu

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...