Panas !!! Nik Aziz Tak Heran Kalau Nasharuddin Keluar Pas Jangan DAP

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden Pas tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam Pas ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-Pas sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Pada Muktamar Agung Pas tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan Pas daripada menimbulkan masalah kepada parti.- Bernama

" Nik Aziz hanya pelik kalau DAP  tinggalkan Pas"

1 comment:

  1. bukti neek najeeis nie seorang yang sangat bodo lagi bahalol, orang yang bertaraf Ustaz Nasha dianggap tidak penting, malang parti ajaran sesat nie ada org tua kutuk yg dah baghal nie...elok ar ar Ustaz Nasha tue keluar parti ajaran sesat nie...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...