JADI PERDANA MENTERI, DR MAHATHIR PUN SAYA MAAFKAN - ANWAR

Pada Ceramah Perdana Pakatan Rakyat  yang diadakan semalam di Padang Perdana Kota Bharu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya berkata, sekiranya PR berjaya tawan Putrajaya beliau menjadi Perdana Menteri, beliau akan memaafkan Tun Mahathir dan semua mereka yang kononnya telah menganiayai beliau selama ini.
Pada masa sama Anwar dilihat seolah sasau dan berlakon bertanya kepada Najib yang dibayangkannya sebagai Ketua Pembangkang, jika melihat pada keadaannya, Anwar mungkin sedikit masa lagi akan berpolitik di Hospital Bahagia, nafsu besarnya  itu akan mendorong beliau lakukan apa sahaja demi merealisasikan cita-citanya, dan tidak perlulah nak dihairankan dengan fitnah-fitnah yang akan menyusul nanti. Lebih-lebih lagi sewaktu hampirnya PRU13 nanti.

Kehebatan Anwar berpidato tidak dapat dinafikan, isu yang dibawanya juga menarik perhatian umum walaupun tidak ada sebarang bukti yang dapat beliau tampilkan, sambutan ceramah ini juga sangat menggalakkan dan sedikit sebanyak perlu diberi perhatian oleh jentera BN Kelantan dengan membuat serangan balas terhadap isu yang dimainkan oleh pembangkang.
Rentetan beberapa ramalan dari pemimpin veteran pula mengenai keputusan PRU 13 nanti, pelbagai kenyataan dibuat diatas kecenderungan masing-masing, terutamanya di negeri Kelantan dimana UmnoBN lebih 20 tahun kempunan untuk mengambil alih pentadbiran negeri tersebut kerana masih wujudnya faktor  takut kerajaan Tok Guru ditumbangkan.
Bermacam gerakan dilancarkan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN, namun kesemuanya gagal, begitu juga dengan bakal-bakal Menteri Besar yang silih berganti tanpa tertewasnya Nik Aziz sampai ke hari ini.

Persoalannya adakah rakyat Kelantan tidak inginkan perubahan dan tidak tahu menilai yang mana kaca dan yang mana permata? Bukankah rakyat menyedari bahawa Kerajaan Pas gagal dalam menyediakan pelbagai kemudahan asas terutamanya  bekalan air bersih, serta pokok dasar perjuangan Pas digugurkan semata-mata ingin bekerjasama dengan DAP, walhal satu ketika dahulu Pas mengecam Umno kerana menjalinkan kerjasama dengan MCA.

Sungguhpun begitu, rakyat Kelantan tetap memilih Pas untuk mentadbir, manifesto retorik Pas tetap menjadi pilihan rakyat Kelantan, dan PRU13 yang bakal diadakan ini pun sudah menunjukkan bahawa  Pas akan diberi peluang sekali lagi untuk terus melakar kesenian retorik yang terdapat dalam manifestonya, cuma BN mungkin akan ada pertambahan kemenangan dibeberapa kerusi diatas usaha gigih pemimpin kawasannya.

Sukar untuk diterjemahkan samada rakyat Kelantan yang tidak ingin berubah atau Barisan Nasional itu sendiri yang bermasalah. Tapi yang nyata tiada manusia yang tidak ingin perubahan yang lebih baik seandainya cara dan teknik itu kena dengan masa dan tempat serta calonnya.  Anda Mampu Mengubahnya...

RAMALAN TUN DAIM DI KELANTAN ADA BENARNYA....LIHATLAH

Umno dan Barisan Nasional Kelantan mesti berubah !!!. Berkata benarlah sekalipun ia pahit. Lihatlah ramainya mereka yang nak Tukar. Syabas...Anda Mampu Mengubahnya...Bersambung







MALAM INI KEKUATAN PAS KELANTAN AKAN DI UJI RAKYAT !!!

Kekuatan Pas di Kelantan sedikit sebanyak akan dapat dilihat pada ceramahnya malam ini yang turut dihadiri oleh 2 tokoh skandal popular tanah air, apakah sambutan rakyat Kelantan tetap seperti zaman kegemilangan Pas sebelum ini? yang pasti pilihan lokasi iaitu Padang Perdana berbanding Stadium Sultan Muhammad ke IV sudah menjelaskan keadaan yang sebenarnya.

Apapun kehadiran rakyat pada malam ini adalah petanda kekuatan Pas yang sebenarnya di Kelantan pada masa sekarang, jika ceramah Hasan Ali mendapat sambutan seramai 15,000 orang di Taman Guru bulan lalu, bagaimana pula dengan ceramah tokoh skandal ini.....nantikan laporan seterusnya seketika nanti.........Anda Mampu Mengubahnya...

AKHBAR UTUSAN JANGAN BUAT 'GILA BABI' DI KELANTAN - BAKAL MB

Bakal Menteri Besar Kelantan mengingatkan kepada Utusan Malaysia supaya jangan buat 'gila babi' di negeri Kelantan berikutan laporan akhbar tersebut menyiarkan artikel mengenai tanah rezab Melayu selama 3 hari berturut-turut. Beliau turut mencabar supaya dibuat kajian mengenai negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.

Menurut Nik Amar tanah di Pulau Pinang hanya 1 peratus dimiliki oleh orang Melayu dan 99 peratus daripada satu peratus adalah tanah wakaf, begitu juga di negeri Johor mengenai penjualan tanah oleh pemimpin Umno kepada Singapura. Benarkah apa yang disebut oleh oleh bakal Menteri Besar Kelantan itu ?

Jika benar begitu apa jadahnya nak tukar kerajaan negeri Kelantan, semua orang boleh cakap nak tukar, tapi sejauhmana keikhlasan dan kebajikan pemimpin Umno Kelantan terhadap rakyat ? Kalau nak tukar Kelantan sekadar nak kenyangkan perut sendiri baik tak payah, baik Pas jaga jer lah, minumlah air telaga pun, untuk mengkhianati rakyat tidak sekali-kali.

Seperti yang GK maklumkan sebelum ini, tidak semuanya pemimpin Umno itu baik dan tidak semuanya pemimpin Pas itu buruk, yang baik kita kata baik dan yang buruk kita kata buruk, penjelasan dan kebenaran itu mesti disampaikan kepada rakyat supaya rakyat tidak silap membuat pilihan dan tidak menyesal kemudian hari.

Itulah sebahagian realiti keadaan di negeri Kelantan, maklumat secara direct dihubungkan terus kepada rakyat tanpa sebarang tapisan, gerak kerja Pas memang mantap dan sebab itu jugalah mereka kekal memerintah lebih 20 tahun di Kelantan, benar atau tidak apa yang disampaikan itu belum dapat dipastikan, tunggulah penjelasan yang akan dibuat oleh gerakan penjelasan Umno Kelantan.

Pemimpin yang berkualiti sahaja akan ditampilkan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Kelantan. Penyokong taksub Pas apa cerita dengan kenyataan 'Gila Babi' pemimpin anda itu? hahaha Anda Mampu Mengubahnya.

ISU LEMBU : 20 PELURU TAK TEMBAK SEMUA ! - DOLLAH KOK LANAS

Bekas Timbalan Menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad berpandangan bahawa menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga perlu meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdullah berkata tindakan itu merupakan langkah yang ideal.

Senator itu boleh kembali semula ke pentas politik "hanya apabila kes itu berakhir" dan Shahrizat terbukti tidak terlibat dalam projek National Feedlot Centre (NFC), katanya.

Abdullah, yang simpati dengan nasib yang melanda Shahrizat itu, bimbang sekiranya projek skandal berkenaan akan menjejaskan prestasi BN dalam pilihan raya umum akan datang

"Kalau saya jadi Shahrizat, saya berhenti kedua-duanya (Ketua Wanita Umno dan juga sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga).

"Perkara ini sudah jadi ejekan. Orang mengejek (dan) ia akan menjengkelkan anda. Sedikit sebanyak, anda perlukan semua kerusi," katanya.

Shahrizat sebelum ini mengumumkan untuk berundur daripada kabinet selepas jawatan senatornya tamat pada 8 April.

Abdullah juga berkata, buat masa ini Shahrizat tidak perlu tampil untuk memberi kenyataan. Sebaliknya bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu perlu menyusun gerakan untuk kembali ke arena politik.

"Tak payah bersorak, susun saja. Bila kes habis, balik. Bukan? Dia jangan berkokok. Kalau dia berkokok, orang kata ha... Macam-macam orang cakap," kata Abdullah.

Abdullah menyifatkan isu tersebut sebagai sesuatu yang malang buat Shahrizat – seorang pemimpin yang disifatkannya sebagai seorang yang baik dan berkebolehan.

Malah, beliau juga merupakan salah seorang yang menyokong Shahrizat untuk dilantik ke jawatan tersebut, kata Abdullah, yang dianggap berpengaruh di kalangan elit politik BN.

Abdullah, yang dilihat sebagai individu yang rapat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Tun Razak Hussein itu juga yakin bahawa jentera Wanita Umno tidak akan memboikot kempen pilihan raya akan datang sekiranya Shahrizat terpaksa berbuat demikian.

Katanya, isu NFC sudahpun menjadi percakapan ramai, apatah lagi apabila pemimpin PKR mungkin masih mempunyai dakwaan baru untuk didedahkan berhubung isu tersebut.

"Puak-puak PKR ini dia tidak cakap semua. Dalam politik, anda tahu rahsia orang buruk itu jangan (dedahkan) semua. Ada 20 peluru jangan tembak semua dulu. Tembak satu, dua.

"Orang Melayu cepat lupa. Dia lupa daratan, kacang kulit. Bila (dapat duit) RM20 (akan lupa)," katanya lagi yang dikenali dengan nama jolokan Dollah Kok Lanas, sempena nama kawasan parlimen yang pernah diwakilinya di Kelantan.

Ditanya lanjut, Abdullah berkata beliau juga tidak melihat bahawa Najib enggan menerima kenyataan berhubung kesan isu tersebut apabila presiden Umno itu tetap menyatakan sokongan ke atas Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno.

"Mungkin PM yakin bahawa (BN) akan menang walaupun dengan isu fidlot ini. Tapi, ia akan menentukan sama ada dia akan menang dengan majoriti 20 kerusi, 30 atau 40," katanya.

JABATAN PENJARA NAFI HOSLAN @ IMAM KASUT ISLAMKAN BANDUAN

SHAH ALAM - Jabatan Penjara menafikan laporan media bahawa bekas imam Hoslan Husin, yang kini ditahan di penjara berhubung kesalahan menghina mahkamah, telah mengislamkan dua orang banduan di Penjara Kajang.

Hoslan menjalani hukuman penjara satu tahun sejak 8 Mac lalu kerana membaling kasut ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan.

"Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan oleh media berkenaan kerana mendapati ia bertentangan dengan tatacara dan prosedur Jabatan Penjara.

"Hasil siasatan mendapati laporan (media) adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai," kata Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara, Supri Hashim dalam satu kenyataan media.

Menurut Supri, berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan di penjara dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya oleh banduan lain.

Misalnya menurut beliau, sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk Islam, proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan.

"Ia bagi memastikan pengislaman tersebut dilaksanakan secara teratur," katanya.

Menurut beliau, salah seorang yang dilaporkan diislamkan oleh Hoslan sebenarnya telah memeluk agama Islam pada 2009 iaitu sebelum dia dipenjarakan.

"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam, yang mana akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dalam masa terdekat," kata beliau.

Malah dalam kenyataannya, Supri menekankan bahawa "dimaklumkan juga pegawai agama atau pembantu pegawai agama yang menjadi imam kepada banduan di surau-surau di dalam penjara dan bukannya banduan."

Selain itu kata beliau, semua program keagamaan Jabatan Penjara akan dikendalikan oleh penceramah bertauliah atau pegawai agama penjara.

"Kemungkinan penama (Hoslan) di atas hanya menjadi imam di sel di mana dia dia ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari.

"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu, pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah dalam sel, pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka," katanya lagi. - Dipetik dari Sinar Harian

TOK IMAM DIFITNAH SONGLAP, SEMUA URUSAN TERMASUK PENGEBUMIAN JENAZAH SUKAR

KAMPUNG KEBAKAT – “Saya difitnah pecah amanah,” luah bekas imam tua Masjid Mukim Kebakat, Mohd Bustaman Sulaiman @ Harun, 43.

Mohd Bustaman mendakwa, disebabkan fitnah itu menyebabkan perkhidmatannya sebagai imam tua di masjid tersebut ditamatkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) tanpa sebab empat bulan lalu.

Menurutnya, fitnah yang mengatakan dia pecah amanah duit tabung masjid terkandung dalam surat bertarikh 23 Ogos 2010 dihantar kepada Maik oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, di dalam surat itu juga ada mendesak Maik agar melucutkan jawatannya sebagai imam tua di Masjid Mukim Kebakat.

“Salinan surat tersebut ada dengan saya sekarang ini, ia ditulis seseorang dan disertakan 18 tandatangan sokongan AJK masjid bersama beberapa jemaah masjid.

“Yang saya kesalkan orang yang menulis surat tersebut sanggup menggunakan penipuan bagi mendapatkan tandatangan sokongan di surat itu,” katanya.

Mohd Bustaman berkata, penipuan itu terbongkar selepas salinan surat tersebut jatuh ke tangannya dan selepas surat itu dibaca AJK dan jemaah yang menurunkan tandatangan sokongan di surat tersebut, mereka menyedari kedudukan sebenar.
“AJK dan jemaah yang menandatangani surat itu sebenarnya tidak tahu isi kandungannya kerana mereka dimaklumkan memerlukan tandatangan sokongan di atas helaian kosong atas dasar menegur dan menasihati saya lebih banyak berjemaah bersama anak mukim di masjid dan teguran atas kelewatan saya hadiri majlis tahlil,” katanya.

Berikutan itu, AJK dan jemaah yang menandatangani surat tersebut membuat penafian semula dengan menghantar satu surat kepada Maik bertarikh 12 Oktober 2011 selepas mengetahui kedudukan sebenar.

Mohd Bustaman berkata, dia mengharap agar Maik menyiasat dengan telus perkara ini dan mempertimbangkan semula rayuannya untuk menjawat semula jawatan imam tua di masjid tersebut.

“Saya berani bersumpah saya tidak pernah pecah amanah menyalahgunakan duit tabung masjid, itu satu fitnah kepada saya.

“Saya berharap Maik pertimbangkan rayuan saya, surat rayuan bertarikh 9 Disember tahun lalu sudah dihantar ke Maik, lagi pun saya telah menjadi imam di masjid ini sudah 15 tahun,” katanya.

Sebelum ini  Jemaah Masjid Kebakat menggesa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) melantik segera imam baru bagi menggantikan tugas Imam Tua, Mohammad Bustaman@Awang, 43, yang ditamatkan perkhidmatannya empat bulan lalu.

Berikutan ketiadaan imam di masjid ini, setiap kali solat Jumaat diimamkan Khatib undangan manakala imam untuk solat lima waktu oleh imam sukarela, Mohd Syukri Ab Ghani.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kebakat, Omar Din Bon berkata, ketiadaan imam di masjid memberi impak besar kepada jemaah dan penduduk di sini termasuk urusan akad nikah, tahlil mahupun urusan pengebumian jenazah.

“Banyak urusan yang memerlukan khidmat imam berdepan dengan kesulitan, selain imam tua ditamatkan perkhidmatan oleh Maik, Imam Muda Che Soh pula meletak jawatan.
“Setiap kali solat lima waktu berjemaah di masjid ini, kami diimamkan Mohd Syukri,” katanya.

Menurutnya, memandangkan Mohd Syukri banyak mengambil alih tugas sebagai Imam, dia layak untuk mengisi kekosongan jawatan imam tua di masjid ini.

“Kami jemaah di masjid ini berharap Maik mempertimbangkan usul ini kerana selagi tiada imam di sini, penduduk di sini menghadapi kesukaran terutama berkaitan dengan urusan fardu kifayah,” katanya kepada Sinar Harian.

Omar Din berkata, kekosongan jawatan Imam selama empat bulan itu satu jangka masa yang lama dan ia perlu diselesaikan segera oleh Maik.- Disunting dari Sinar Harian

RAMALAN PRU 13 : BUKAN MUDAH UNTUK BN - TUN MAHATHIR

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".

Katanya, pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.

Bulan lalu Tun Mahathir pernah menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) menangguhkan dahulu pilihan raya bagi memberi ruang untuk memenangi sokongan pelbagai pihak termasuk kaum cina.

Katanya, Najib perlu berusaha keras untuk memenangi semula negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

“Jika ada masa, guna masa itu untuk terus mendapatkan sokongan,” katanya dalam wawancara bersama agensi berita Bloomberg.
(KlipVideo dibawah adalah tauladan mengenai sejarah)
Tambah Dr Mahathir lagi, BN tidak boleh kehilangan sokongan daripada mana-mana kelompok dalam negara kerana menurutnya wujud persepsi bahawa orang Cina tidak akan mengundi kerajaan.

PHOTO UPDATED ! - KEBAKARAN DI SURIA KLCC

Suatu kebakaran berlaku di pusat membeli-belah KLCC Suria petang ini, memaksa penghuni dan pengunjung mengosongkan bangunan tersebut.

Asap putih kelihatan dari bumbung bangunan tersebut. Anggota bomba dan penyelamat tiba kira-kira jam 5.45 petang.
Gambar hiasan, gambar sebenar dibawah!
Penerbit buku Amir Muhammad yang kebetulan berada di tempat kejadian berkata pegumuman dibuat melalui sistem pembesar suara meminta orang ramai mengosongkan bangunan.

Menurutnya, eskalator sesak dengan orang ramai tetapi keadaan di situ tenang dan teratur.
Beliau berkata, sekitar lebih 1,000 orang berkumpul di luar bangunan itu di bahagian air pancut dekat taman taman Suria KLCC. - Malaysiakini.

Sementara itu, TheStar melaporkan ia membabitkan kebakaran kecil di sebuah restoran di tingkat concourse bangunan itu.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 5.25 petang dan tiba dalam masa beberapa minit


Beberapa orang melihat asap keluar dari restoran dan memaklumkannya kepada pihak keselamatan pusat membeli-belah itu, kata seorang jurucakap pengurusan KLCC.

Pembeli dan pekerja pejabat adalah antara yang pertama dipindahkan, diikuti pekedai yang menutup perniagaan mereka.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail mengesahkan kejadian dan berkata api telah dipadamkan dan tiada kecederaan dilaporkan.

RASUAH BANYAK DISIASAT TAPI TIDAK DIDAKWA - SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa terdapat kes rasuah yang telah disiasat tetapi tidak didakwa di mahkamah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, ia berpunca kerana apabila sesuatu kes di bawa ke mahkamah, bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.

"Tujuan SPRM ditubuhkan adalah untuk ambil tindakan terhadap orang yang lakukan rasuah. Kita tak boleh tangkap berdasarkan sentimen.

"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila bawa ke mahkamah, mereka kata tak cukup bukti. Masyarakat kena faham.


"Tak timbul isu kita tak ambil tindakan terhadap 'ikan besar' atau tidak. Kita buat kerja siang malam. Kes rasuah rumit. Bukan mudah untuk dapat kerjasama orang ramai kerana tiada siapa yang nak bercakap," katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

SUBHANALLAH - IMAM MUDA BACA AL-QURAN KETIKA DALAM KOMA

Subhanallah! Segala puji-pujian bagi Allah SWT yang memberikan keajaiban terhadap seorang pemuda yang begitu asyik mengalunkan ayat-ayat Al-Quran dalam keadaan tidak sedarkan setelah baru dibawa keluar dari bilik pembedahan.

Pemuda yang hanya dikenali sebagai As-Syeikh Nidhal itu dikatakan terlibat dalam satu kemalangan telah dimasukkan ke hospital kerajaan Al-Bashir di Jordan dalam keadaan koma dan terpaksa menjalani pembedahan atas kecederaan yang dialaminya.

Menakjubkan, beliau yang baru berusia 35 tahun dan merupakan seorang imam di sebuah masjid di sana begitu asyik membaca beberapa potong kalamullah dalam keadaan koma meskipun cuba disedarkan oleh rakan yang menyambutnya keluar dari pintu bilik bedah di hospital berkenaan. - Dipetik dari Mynewshub

A018
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
A019
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.
A020
Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).
A021
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

GAGAL JADI PEMBANGKANG BAGAIMANA NAK BENTUK KERAJAAN ? - RAJA PETRA

GOLONGAN CERDIK RAMAI MENYERTAI PAS KERANA DISEKAT-TUN MAHATHIR

MELAKA- Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini, Rabu.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.
( Klipvideo dibawah untuk generasi muda mengenali sejarah kerana kebenaran itu pasti )

Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.

Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.

Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya. - BERNAMA

PANAS !!! ADUN BN KANTOI DI PUSAT HIBURAN - ALI CABAR PAKATAN !!!

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar pembangkang supaya menunjukkan bukti menunjukkan ada wakil rakyat BN diperiksa polis ketika serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.

Beliau turut meminta media sekiranya menyimpan sebarang maklumat atau rakaman foto dan video yang menunjukkan wakil rakyat terbabit berada di pusat hiburan tersebut dalam serbuan jam 2.40 pagi itu.

"Saya tidak menerima sebarang laporan pun seperti apa yang didakwa pihak pembangkang dan setakat ini tiada laporan polis dibuat.

"Dakwaan itu hanyalah fitnah yang dilontar pembangkang. Mereka memang suka membuat fitnah, padahal sebelum ini pun pembangkang pernah menuduh kita sebagai kafir," katanya hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan ketua menteri Melaka diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang didakwa diperiksa polis itu atau mereka akan mengambil tindakan itu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka Kamaruddin Sidek, Mohd Ali perlu mengambil tindakan itu memandangkan rakyat selaku pengundi ingin tahu siapakah wakil rakyat berkenaan.

Dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis dikatakan memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit.

Pemeriksaan awal itu juga mendapati seramai 12 orang didapati positif dadah.

Malaysiakini sudah menghubungi ADUN yang dituduh itu bagi mendapatkan reaksinya. Bagaimanapun belum ada jawapan balas diberikan setakat ini.

RAFIDAH KATA NAK BUANG 'PIJAT' JER ! BUKAN NAK BAKAR KELAMBU !

Tak sesuai rasanya 'Pijat' dan kelambu, lebih sesuai jika pijat dengan lembu.  Tapi siapa 'pijat dan siapa pula 'Lembu' ?

Bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan penyokong BN supaya tidak "membakar kelambu" dalam pilihan raya akan datang, semata-mata kerana marah dengan seseorang pemimpin atau sesuatu isu.

Katanya, isu berkenaan tidaklah terlalu besar sehingga "kelambu BN" itu patut dibakar atau dibuang dalam pilihan raya.
"Kerana kelambu BN, memanglah ada lubang di sana sini, maklumlah, tapi kelambu ini jangan dibuang, kalau ada lubang bantu baiki balik.


"Kalau ada pijat di dalam itu yang hendak mengacau kita itu kerja kita (untuk) buang pijat tapi kelambu jangan dibuang," katanya lagi dalam satu pertemuan bersama penggiat media sosial di Kuala Lumpur malam tadi.

Kenyataannya mengenai "pijat" itu mencuit hati para hadirin apabila beliau pada masa sama ditanya mengenai tegurannya kepada ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang popular dengan nama timangan "Kak Ijat."

Jelasnya, gesaannya kepada Shahrizat supaya meletak jawatan daripada jawatan kabinet itu dibuat demi keuntungan parti dan bukannya untuk mendapatkan jawatan itu semula.

Beliau juga membuat teguran demikian kerana jentera parti perlu bekerja untuk menjelaskan isu melibatkan syarikat National Feedlot Corporation (NFC) yang diusahakan keluarga Shahrizat.

"Awal-awal saya kata kepada Shahrizat, kalau dia membebankan parti ambil keputusan supaya parti kita dapat terlepas daripada kejejasan.

"Mungkin dia fikir tak terjejas, itu terpulang kepada orang yang tahu dia dan maklum. Tapi kalau saya bercakap lain pandangannya," kata Rafidah lagi.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau terkejut apabila menerima satu SMS apabila mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Bila saya kata suruh dia letak jawatan tempoh hari, saya dapat SMS, 'dah tua bangka ni, hendak lagi jawatan tu.'

"Dia kata memanglah saya suruh dia resign sebab saya hendak balik jawatan itu," katanya lagi tanpa mendedahkan nama pengirim SMS tersebut, ketika ditanya dalam program berkenaan.

Jelasnya, beliau menyatakan teguran berkenaan memandangkan beliau mendengar sentimen di akar umbi dan mendengar cakap-cakap di sekelilingnya mengenai isu itu.

"Saya duduk kat rumah itu bukan saya tak dengar orang bercakap. Bila saya ditanya pemberita, saya jawab. Kalau saya tak mahu jawab, saya kata 'no comment'.

"Bila saya kata begitu sebab kita kena jelaskan. Bukan saya saja, orang GERAKAN pun kata 'aiya, banyak susah mau explain'," kata Rafidah lagi.

Selain Rafidah, turut lantang menyuarakan kritikan ke atas Shahrizat sebelum ini ialah naib ketua pergerakan itu, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Shahrizat bagaimanapun mendapat sokongan padu daripada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan juga pemimpin tertinggi Umno supaya mengekalkan jawatan tersebut.

Selain itu Rafidah turut ditanya mengenai tindakan Shahrizat yang mencabar beliau untuk jawatan ketua Umno dalam pemilihan parti Mac 2009, walaupun selepas beliau berjanji untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada Shahrizat.

Rafidah ditanya demikian memandangkan Shahrizat kini dilanda pelbagai kontroversi melibatkan projek NFC dan juga tewas di kerusi parlimen, sedangkan beliau sendiri masih tetap terpilih di kerusi Kuala Kangsar pada pilihan raya 2008.

"Saya tak tahu apa yang berlaku pada orang, tapi masa saya kalah lawan ketua wanita, tak jadi masalah buat saya, tak jadi kudis kepada saya.

"Tapi kita dah janji kan, ada peralihan pada bulan Jun (2009). Dia hendak lawan juga. Jadi saya kata kita lawanlah. Kalah menang Tuhan menentukan.

"Kalah tak jadi masalah buat saya, jawatan ini bukan hendak dibawa ke kubur. Tapi saya tak jadi ketua saya risau juga pada wanita Umno," katanya yang menegaskan bahawa beliau "tidak ada rasa pun" untuk menjawat jawatan itu sekali lagi. - Dipetik dari Malaysiakini

AZIZAN JANGAN TERLALU LANTANG ! ATAU TERIMA NASIB SEPERTI HASAN

ALOR SETAR- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tiada persoalan mengenai PAS untuk melepaskan mana-mana kerusinya, dan PKR serta DAP perlu menyelesaikan peruntukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di antara mereka.

PAS Kedah berkeras untuk kekal dengan status quo dan bertanding dalam bilangan kerusi yang sama sebagaimana yang dilakukan parti itu pada pilihan raya umum 2008.
“Kita akan bertanding dalam 24 kerusi DUN dan terserah kepada PKR dan DAP untuk berunding mengenai baki lapan kerusi lagi,” katanya kepada The Star, Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berhubung parti itu akan bertanding dalam lebih banyak kerusi dan tidak menolak kemungkinan berlakunya pertembungan tiga parti sekiranya permintaan itu tidak penuhi.

Terdapat 36 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen di Kedah.

Azizan berkata: “Semuanya sudah lama diselesaikan antara PAS dan PKR, dan kedua-duanya bersetuju untuk mengikut status quo. Tetapi DAP meminta lebih banyak kerusi.”

Beliau memahami mengenai PKR dan DAP Kedah didapati mulai tidak bersetuju terhadap peruntukan kerusi.

DAP dilaporkan meminta tambahan sebanyak enam kerusi baru, termasuk Kota Darulaman yang dimenangi Lee dan Derga, di mana Barisan Nasional (BN) ‘merampas’nya dalam perebutan dengan DAP dan PKR.

DAP meminta kerusi DUN di Lunas, Bakar Bata, Bakar Arang dan Gurun serta kerusi Parlimen di Alor Setar dan Padang Serai, yang menyaksikan PKR turut bertanding di semua kawasan itu pada 2008.

PKR pada 2008 telah menempatkan calon di tujuh kawasan Parlimen dan 11 kerusi DUN manakala PAS bertanding sebanyak 24 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen.

PKR menang sebanyak lima kerusi Parlimen dan empat DUN namun dua daripada Ahli Parlimennya, dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)nya beralih sebagai Bebas.

Bagaimanapun, PKR mendapat satu kerusi DUN selepas ADUN Bukit Selambau-Bebas menyertai parti itu.

PAS memenangi 16 kerusi DUN dan enam kerusi Parlimen pada 2008. - Dipetik dari Mstar

TERKINI ! KETUA KERAJAAN LANGIT, 'AYAH PIN' KENA STROK

Ayah Pin dilaporkan hilang 'kesaktian' selepas diserang angin ahmar sebulan dan lumpuh sebelah badan, sehingga percakapannya tidak difahami ekoran mulutnya sedikit herot.

Bagi mengubati penyakit itu, difahamkan Ayah Pin berulang alik dari tempat tinggalnya di Batu 13 ke Bachok untuk berurut dengan lelaki bernama Wan Abdullah Wan Musa atau Pok Him, 49, lapor Berita Harian lagi.

Sebelum diserang angin ahmar, Ayah Pin sempat berkahwin dengan seorang isteri muda berusia 18 tahun bagi menggantikan isteri pertamanya yang meninggal dunia.Kawasan perkampungan 'Kerajaan Langit' yang diasaskan oleh Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Mohamad di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu dilihat kembali aktif.

Malah, penduduk setempat mendakwa, penduduk di 'perkampungan langit' itu semakin bertambah tiga kali ganda daripada 50 buah sepuluh tahun lalu kepada 150 buah kini.

"Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.

"Beberapa belia yang ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya," beberapa penduduk kampung yang enggan dikenali dipetik sebagai berkata.

Dilaporkan kampung itu juga kini dikawal rapi sekumpulan belia, dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan.

KHAIRY JAMALUDDIN DILANTIK PENGERUSI PUNB YANG BARU BERMULA 1 APRIL

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB)pada Selasa mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuat kuasa 1 April.

Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.

Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998.

PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB. -BERNAMA

KU LI TEGAS TETAP SETIA BERSAMA UMNO

Di sebalik pendiriannya yang berbeza dengan kepimpinan Umno lain, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak akan mengikuti langkah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir untuk keluar parti.

Anggota parlimen Gua Musang itu masih mahu mempertaruhkan kesetiaannya kepada Umno dan berpuas hati dengan kedudukannya dalam parti setakat ini, lapor Oriental Daily.

"Saya bebas lakukan dan berkata apa saya mahu dalam Umno. Walaupun sebahagian daripada kenyataan saya membuatkan orang dalam Umno tidak berpuas hati, tidak bermakna saya harus tinggalkan Umno," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau menyamakannya dengan situasi perhubungan dua saudara dalam keluarga yang kadang kala selalu bergaduh tetapi tidak bermakna membuang satu sama lain.

Bekas menteri kewangan itu kini presiden Amanah, NGO yang ditubuhkannya bersama bekas-bekas pemimpin BN. -Malaysiakini

PEREBUTAN KERUSI - DAP SEMAKIN RAKUS PETANDA BURUK KEAMANAN NEGARA

ALOR SETAR - DAP sekali lagi dilihat cuba mencabul serta memungkiri perjanjian dan syarat yang telah dipersetujui oleh rakan komponennya  mengenai isu agihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pelanggaran  ini juga adalah suatu petanda buruk bagi Pakatan Rakyat yang bercita-cita untuk menawan Putrajaya.

DAP yang memang dikenali dengan racist dan menuntut hak sama rata  berpendapat  adalah "tidak adil" dalam pembahagian kerusi negeri kepada DAP apabila parti itu mempunyai penyokong di beberapa kawasan, dengan cawangan yang aktif dalam kubu asal.

Bagaimanapun Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, adalah tidak rasional sekiranya DAP masih mahu menuntut sebahagian kerusi yang dimenangi PKR pada PRU12. Sebaliknya mengharapkan rakan komponennya itu supaya kembali kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu.

“Saya sudah serahkan kepada pimpinan Pusat untuk capai keputusan dan akan akur apa jua keputusan kelak. Tidak perlu lagi pemimpin di peringkat negeri bergaduh sesama sendiri kerana kita sudah serahkan perkara ini untuk diputuskan Pusat,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan garis panduan sedia ada, mana-mana parti yang menang bertanding di kerusi yang diwakilinya pada PRU12, kerusi itu akan kekal ditandingi parti berkenaan pada pilihan raya akan datang.

Tuntutan bertindih DAP itu turut babitkan kerusi yang dimenangi PKR, adalah tidak wajar untuk mereka tuntut kerusi itu. Antaranya kerusi Dun Bakar Arang dan Lunas serta parlimen Padang Serai,” katanya.


“Kita pemimpin di negeri terpaksa akur pada arahan pemimpin Pusat. Kita tidak boleh buat sesuka hati walaupun membabitkan isu di negeri ini,” katanya.

Sebelum ini Azizan dipetik oleh media sebagai berkata pengagihan kerusi di kalangan PAS, PKR dan DAP adalah berdasarkan status quo 2008. 

Namun kenyataanya itu di sangkal keras oleh ADUN tunggal DAP Kedah, Lee Guan Aik  yang tidak bersetuju dengan kenyataan Azizan berkata, beliau tidak pasti sama ada pesuruhjaya PAS negeri itu "hanya bermain politik atau mahu mencetuskan masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah".

Menurut Lee, menteri besar telah beberapa kali membuat kenyataan seumpama itu.

Mengenai kemungkinan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat bertelingkah berhubung pembahagian kerusi, Lee berkata mungkin di peringkat negeri berlaku.

NONELee berkata Azizan (kiri) tidak boleh bergantung kepada situasi pada
2008 untuk membuat keputusan mengenai peruntukan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan menjelang Mei tahun depan.

Dalam pilihanraya yang lepas, DAP tidak benar-benar bersama dengan PAS ekoran kontroversi negara Islam, katanya.

"Bagaimanapun, kali ini rakyat mahu kita bersama. Kami bertanding dalam pilihan raya tanpa menyedari bahawa inilah yang memberi kita kemenangan.

"Apabila ia benar-benar berlaku, kami menyesal kerana meminta jumlah kerusi yang terlalu sedikit tetapi ketika itu ianya tidak mengapa kerana kita mendapat kemenangan moral," katanya.

Lee berkata Pakatan memprolehi kemenangan besar ekoran dasar satu lawan satu dalam pilihanraya umum lalu dan kalah beberapa kerusi akibat pertembungan tiga penjuru.

Ini, tambahnya, menunjukkan bahawa parti-parti komponen harus bekerjasama dan berkompromi bila melibatkan peruntukan kerusi.

"Terdapat keperluan untuk mencapai kata sepakat dan ia tidak dapat dielakkan bahawa beberapa kerusi harus dikorbankan," katanya.

DAP TUNTUT LEBIH KERUSI, DUA PEMIMPIN KANAN PAS KEDAH DIDESAK BERUNDUR

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata tuntutan daripada individu tertentu dalam sayap Pemuda PAS Kedah yang mahu dua orang timbalan pesuruhjaya negeri itu berundur sebagai "pandangan peribadi."

Katanya, PAS tidak menerima apa-apa pandangan rasmi daripada Dewan Pemuda PAS berhubung tuntutan supaya dua pemimpin tersebut berundur.

Mohamad berkata, setakat ini penyelesaian yang dijalankan selepas penubuhan Jawatankuasa Pemandu PAS juga berlangsung dengan baik.

"Sejak daripada awal ia bukan perselisihan dasar, hanya perbezaan pandangan daripada cara mengurus.

"Maka dapat diselesaikan cepat dan tidak berlaku keretakan di kalangan ahli. Kita yakin di Kedah kita akan menang dengan lebih hebat pada praya akan datang," katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Ditanya mengenai tindakan yang akan dijalankan PAS untuk mengelakkan kenyataan seperti itu berlarutan, Mohamad berkata, pemimpin berkenaan boleh mengadukan perkara berbangkit kepada jawatankuasa pemandu yang telah ditubuhkan.

"Mereka boleh telefon jawatankuasa pemandu, tak ada masalah," katanya ketika dihubungi seleaps itu.

Tambahnya, PAS tidak juga tidak mengenakan apa-apa sekatan kepada pemimpin daripada bercakap kepada media.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan seorang pemimpin kanan Pemuda PAS Kedah yang mendakwa akar umbi pergerakan tersebut di negeri berkenaan mahu dua pemimpin kanan itu – Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh – berundur daripada kepimpinan PAS negeri sebagai timbalan pesuruhjaya I dan II.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengulas mengenai kenyataan ADUN tunggal DAP Kedah, Lee Guan Aik yang mengancam untuk berentap dalam pertandingan tiga penjuru jika tidak mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, kenyataan Lee juga merupakan "kenyataan peribadi" memandangkan isu pengagihan kerusi itu setakat ini masih belum diputuskan sepenuhnya.

"Biasalah pasal kerusi ini, sampai dekat pilihan raya baru akan selesai," katanya ketika dihubungi petang ini.

Keduanya peribadi kata Mat, yang mana tak peribadinya Mat, tak per, cari idea dulu nanti jawab macam isu Israel.

DEMONTRASI INI PALING JAHAT TETAPI PALING MAHAL ALASANNYA RELEVAN

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Katanya, PAS juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapuskira oleh kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.

Mohamad berkata, kerajaan perlu berbuat demikian sebagai tanda "kasih sayang" kepada para pelajar dan juga sebagai satu bentuk pelaburan kepada golongan muda ini.

Sedangkan, tegasnya, kerajaan sanggup menghapuskira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan tindakan kerajaan yang didakwa menghapuskira pinjaman sebanyak kira-kira RM589 juta yang ditanggung tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd.

"PAS akan menyokong (perhimpunan) kerana bila Tajudin Ramli seperti dilaporkan Malaysiakini, hampir 600 juta (hutang) dilupuskan. Kenapa pelajar yang berhutang RM3,000, RM4,000, RM6,000 tak boleh dihapuskira"

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira.  Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," kata Mohamad lagi dalam satu sidang media hari ini.

Mohamad berkata, perhimpunan berkenaan akan dirancang oleh kumpulan pelajar dan PAS akan menyokong usaha itu.

PAS NGANGA - DAP UGUT 3 PENJURU JIKA GAGAL DAPAT KERUSI LEBIH

Jika DAP gagal mendapatkan lebih banyak kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, parti itu mungkin tidak mempunyai pilihan tetapi akan berentap dalam pertandingan tiga penjuru.

ADUN tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik (kanan) berkata, ini bukan hasrat parti mahupun keinginan rakyat tetapi kerana landskap politik di negeri itu telah berubah sejak pilihan raya umum 2008.

Lee, yang merupakan ADUN Kota Darulaman, menambah bahawa parti itu mahu memainkan peranan lebih besar dalam kerajaan negeri Kedah, dan oleh itu ia berhasrat mempunyai perwakilan yang lebih besar di negeri ini.

"Kami akan menuntut, kami akan serahkan kepada kepimpinan pusat untuk memutuskannya dan kita akan menghormati keputusan itu tetapi kami ingin mendapatkan lebih banyak kerusi kerana kita mempunyai kubu kuat di Kedah juga," katanya kepada Malaysiakini.

"Ia bukan kerana kita mahu mengurangkan pengaruh PAS di negeri ini tetapi disebabkan oleh kesan limpahan sokongan yang kuat untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Pulau Pinang, sokongan untuk kami di sini semakin meningkat," katanya.

Lee merujuk kepada pengumuman Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam bahawa DAP tidak akan mendapat sebarang kerusi tambahan dalam pilihan raya umum akan datang.

Azizan dipetik oleh media sebagai berkata pengagihan kerusi di kalangan PAS, PKR dan DAP adalah berdasarkan status quo 2008.

Masalah untuk Pakatan


Lee yang tidak bersetuju dengan kenyataan Azizan, berkata beliau tidak pasti sama ada pesuruhjaya PAS negeri itu "hanya bermain politik atau mahu mencetuskan masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah".

Menurut Lee, menteri besar telah beberapa kali membuat kenyataan seumpama itu.

Mengenai kemungkinan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat bertelingkah berhubung pembahagian kerusi, Lee berkata mungkin di peringkat negeri berlaku.

NONELee berkata Azizan (kiri) tidak boleh bergantung kepada situasi pada
2008 untuk membuat keputusan mengenai peruntukan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan menjelang Mei tahun depan.

Dalam pilihanraya yang lepas, DAP tidak benar-benar bersama dengan PAS ekoran kontroversi negara Islam, katanya.

"Bagaimanapun, kali ini rakyat mahu kita bersama. Kami bertanding dalam pilihan raya tanpa menyedari bahawa inilah yang memberi kita kemenangan.

"Apabila ia benar-benar berlaku, kami menyesal kerana meminta jumlah kerusi yang terlalu sedikit tetapi ketika itu ianya tidak mengapa kerana kita mendapat kemenangan moral," katanya.

Lee berkata Pakatan memprolehi kemenangan besar ekoran dasar satu lawan satu dalam pilihanraya umum lalu dan kalah beberapa kerusi akibat pertembungan tiga penjuru.

Ini, tambahnya, menunjukkan bahawa parti-parti komponen harus bekerjasama dan berkompromi bila melibatkan peruntukan kerusi.

Sokongan Melayu meningkat


"Terdapat keperluan untuk mencapai kata sepakat dan ia tidak dapat dielakkan bahawa beberapa kerusi harus dikorbankan," katanya.

Menurutnya, adalah "tidak adil" untuk hanya memperuntukkan satu kerusi negeri kepada DAP apabila parti itu mempunyai penyokong di beberapa kawasan, dengan cawangan yang aktif dalam kubu asal.

Beliau mengenal pasti kawasan seperti Bakar Arang, Gurun dan Sungai Petani sebagai sudah lama mempunyai pengaruh DAP dan peningkatan sokongan orang Melayu.

Kerusi Parlimen Sungai Petani kini dipegang oleh wakil PKR, Datuk Johari Abdul.

Lee mendedahkan DAP berminat bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri dan dua kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti bila kepimpinan gabungan pusat akan memutuskan kerana mereka belum bertemu untuk membincangkan peruntukan kerusi di negeri ini.
Kini terdapat 36 kerusi negeri di Kedah - Pakatan mempunyai 20, BN 14 dan terdapat dua Bebas - di Lunas dan Bakar Arang.

Pada 2008, PAS bertanding 24 kerusi negeri dan menang 16, PKR bertanding 11 tetapi menang empat, di mana dua daripada mereka kemudian menjadi ADUN Bebas. DAP menang satu kerusi, manakala baki 14 kerusi lagi dipegang oleh BN.

KERANA YAHUDI PAS PERTIKAIKAN AKHBAR SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan kesal kerana akhbar Sinar Harian memotong sebahagian kenyataannya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pembaca berkaitan dengan Yahudi.

"Yang saya maksudkan adalah Yahudi di Israel yang terlibat menyokong rampasan kuasa dan pembunuhan di Palestin, tanpa mengira apa fahaman mereka, haram berurus niaga dengan mereka ini," jelas Nasrudin kepada Harakahdaily.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depan kenyataan Nasrudin yang telah dibuat beliau 19 Mac lalu dan disiarkan dalam Harakahdaily.

Namun, yang dilaporkan Sinar tidak lengkap seolah-olah beliau menyatakan berniaga dengan Yahudi tetap haram walaupun apa fahaman sekalipun.

PAS TAK KISAH SIAPA PUN ANWAR

SHAH ALAM – Pas menegaskan pihaknya tidak pernah masuk campur dalam isu saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas rakan karibnya, Senator Datuk S Nallakarupan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu itu tidak pernah ditimbulkan dalam mana-mana mesyuarat Pas sebelum ini.

“Jika ada pihak yang menuduh Pas mendesak Datuk Seri Anwar, itu tidak betul, kita tidak pernah bincang hal ini dan kita juga tidak mahu masuk campur dalam hal ini.

“Pada pandangan Pas, isu itu adalah masalah peribadi antara Datuk Seri Anwar dan Datuk Nallakarupan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Tuan Ibrahim, Anwar berhak untuk menyaman sesiapa sahaja jika beliau merasakan perkara itu tidak benar dan tindakan itu mampu membersihkan maruahnya terhadap tuduhan yang dilempar.

Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd Noor mendakwa Anwar memfailkan notis mahkamah terhadap Nallakarupan dan sebuah akhbar baru-baru ini kerana desakan dalaman Pakatan Rakyat (PR).

Dakwannya lagi, sejak 2004 lagi, Anwar sering dituduh sebagai seorang homoseksual dan mengamalkan hidup biseksual, namun kali ini barulah beliau berani mengugut untuk saman.

Menurut Ezam, ini adalah kerana tekanan dalaman, khususnya daripada pemimpin Pas yang semakin sangsi dan mahukan Anwar membersihkan namanya secepat mungkin.

“Daripada maklumat sahabat saya dalam PR, Anwar berani kali ini kerana beliau mahu membendung desakan daripada pemimpin Pas, selain mahu menunjukkan beliau ada melakukan sesuatu.

“Jadi apa yang Anwar boleh buat adalah saman. Dulu mungkin Anwar selamat kerana pemimpin Pas tidak desak, tetapi sekarang beliau kena pertahankan dirinya,” katanya.

Menurut Naib Presiden PKR, N. Surendran, Anwar melalui firma Edwin Lim Suren & Soh menghantar surat tuntutan bagi meminta akhbar terbabita menarik semula berita itu, memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.

ISU LEMBAH SIREH - TAKIYUDDIN BOHONG KE ??? RAKYAT KELANTAN BOHONG ???

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan sudah bersedia bertemu dengan pihak tertentu di mahkamah dalam isu ‘Tanah Rizab Melayu Kelantan’ yang didakwa tergadai.

Ini kerana dakwaan tersebut jelas satu pembohongan, kata ADUN Bunut Payung yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu Kelantan tergadai adalah bohong sama sekali.

“Bahkan mereka cuba memutar belitkan fakta kepada rakyat jelata," kata beliau yang merupakan seorang peguam.

Mengulas isu terkini pada ceramah isu-isu pilihan di Pintu Geng, Dun Bunut Payung malam tadi, beliau menegaskan, “Dan lihatlah, kita jumpa di mahkamah.”

Turut berucap pada majlis itu Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Laporan media baru-baru ini memetik dakwaan Umno bahawa pemerintahan Kerajaan Kelantan selama 20 tahun telah menggadai tanah milik Melayu di negeri ini, yang terletak dalam Tanah Rizab Melayu, bahkan dijual kepada syarikat bukan Bumiputra atas nama pembangunan selain pajakan.

Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri  berkata dakwaan itu menunjukkan Umno ‘seolah-olah tidak faham’  tentang Tanah Rizab Melayu di Kelantan.

“Tapi sebenarnya mereka buat-buat tidak faham,  bertujuan untuk mengelirukan rakyat Kelantan, bahawa seolah-olah Kerajaan Negeri telah menggadai Tanah Rizab Melayu," katanya.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha  Agung PAS Pusat berkata mengikut undang-undang negeri, Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930 tidak sama dengan Tanah Rizab Melayu di negeri lain termasuk Pahang, Perak, Perlis dan Johor.

Mengikut undang-undang , Tanah Rizab Melayu di negeri lain bahawa semua tanah dalam negeri berkenaan “tidak rizab Melayu”, melainkan beberapa tempat saja.

“Tetapi di Kelantan, semua tanah di Kelantan adalah Tanah Rizab Melayu, kecuali beberapa tempat.

“Ini bermakna, di Kelantan lebih banyak Tanah Rizab Melayu," katanya.

Mengikut  Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930, Tanah Rizab Melayu di Kelantan adalah semua tanah di Kelantan, kecuali Daerah Batu Mengkebang, Kuala Krai (Daerah Penggawa).

Daerah Galas, Gua Musang, Daerah Temangan, Machang (kecuali Lot No. 183 sehingga Lot No. 193 dan juga 126 sehingga Lot No 223 Pekan Temangan).

Bahagian-bahagian di dalam Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 10 dan Seksyen 11 Bandar Kota Bharu.

“Itu saja. Ini bermakna, sedikit di Kuala Krai (Batu Mengkebang) dan sedikit di Gua Musang.

“Yang tidak menjadi Tanah Rizab Melayu ialah Daerah Galas saja dan di Temangan, Machang (kecuali beberapa lot di mana tidak semua Daerah Temangan itu bukan Tanah Rizab Melayu).

“Kesimpulannya, di Kelantan ini Tanah Rizab Melayu adalah kira-kira 75 peratus, manakala Tanah Tidak Rizab Melayu pula tidak lebih daripada 25 peratus," beritahu beliau.

Beliau mengulas dakwaan Umno Tanah Rizab Melayu telah dijual kepada bukan Melayu.

“Bahawa di Kelantan ini, Undang-Undang Tanah adalah  ‘unique’, berlainan dengan di tempat lain," jelasnya.

Mengulas lanjut, Takiyuddin mendakwa sejak 1990 tidak pernah Kerajaan Pusat tidak ‘menindas’ Kerajaan Negeri khususnya dari segi pembangunan dan sumbangan kewangan yang ‘sepatutnya’ diberikan kepada Kerajaan Kelantan.

Namun dalam urusan tanah, Kerajaan Negeri menggubal dasar bahwa mana-mana syarikat yang hendak melabur di negeri ini tanpa mengira sama ada dari syarikat Bumiputra atau bukan Bumiputra atau syarikat ‘setengah-setengah’ Bumiputra dengan bukan Bumiputra yang mahu melabur di negeri ini adalah dialu-alukan.

Mengikut dasar negeri, syarikat yang melabur di Kelantan mesti bekerjasama dengan syarikat Kerajaan Negeri atau pun Badan-Badan Negeri termasuk Yayasan Islam Kelantan (YIK), Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Perbadanan Ladang Rakyat.

“Kita syaratkan bahawa pelabur berkenaan mesti bekerjasama dengan syarikat dan agensi Kerajaan Negeri selain memberi 30 peratus keuntungan kepada Kerajaan Negeri, manakala 70 peratus kepada pelabur berkenaan.

“Dan tanah berkenaan tidak pernah diberi oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat pelabur, dan itu cara kerajaan kita, ianya tidak bercanggah dengan undang-undang.

“Manakala taraf tanah pajakan berkenaan masih lagi ‘taraf Tanah Rizab Melayu’, tidak berubah,"terang beliau.

Sikap Kerajaan Negeri dalam isu tanah berbeza dengan Umno.

Beliau mendakwa Umno bukan saja tidak ‘memberi tanah’ kepada bukan Bumiputra, bahkan kepada Bumiputra pun Umno ‘memilih bulu’ sama ada berkaitan dengan Pengerusi Perhubungan Umno atau Ketua Bahagian walau pun itu berlaku sesama Umno.

Oleh itu, tegas Takiyyddin, dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu tergadai itu adalah bohong sama sekali, bahkan cuba memutar belit fakta.

Kelantan negeri paling banyak mempunyai Tanah Rizab Melayu di negara ini iaitu kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan 1,492,200 hektar keluasan negeri.

Media mendakwa status quo Tah Rizab Melayu di Kelantan yang selama ini dilindungi Enakmen Tanah Kelantan 1930 kini semakin banyak tanah berkenaan dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, dengan tempoh pajakan mencecah 99 tahun.

Dakwaan itu menyebut ianya dilakukan sejak 20 tahun lalu oleh kerajaan PAS Kelantan selepas mendapat kelulusan daripada Exco bertanggungjawab, atas alasan pembangunan.

Menurut dakwaan, antara kawasan terbabit ialah Tanah Rizab Melayu di tapak projek Pembangunan Lembah Sireh, Bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, pusat beli-belah KB Mall, Tune Hotel serta Ladang Rakyat.

Laporan itu menyebut semua Tanah Rizab Melayu yang dipajak itu membabitkan ratusan hingga ribuan hektar yang asalnya berstatus tanah pertanian dengan bayaran premium sangat rendah seperti tanah seluas 400 hektar diluluskan kepada pemaju bukan Bumiputera bagi membangunkan projek Lembah Sireh dengan bayaran premium hanya RM1 juta sahaja.

Sementara itu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) baru-baru ini didakwa membuat laporan polis terhadap ‘Kerajaan Pas Kelantan’ mengenai dakwaan banyak tanah Rizab Melayu didakwa terancam selepas dipajakkan kepada syarikat bukan Bumiputra.

Perkasa juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -Harakah

Datuk Takiyuddin nak selesai masalah rakyat ke nak selesai masalah Umno ? jika nak selesai masalah rakyat, mohon jawab soalan yang dibangkitkan oleh rakyat  pada rakaman video diatas !!! Jangan alihkan isu dengan menunding jari pada orang lain. Anda Mampu Mengubahnya.

PANAS !!! 6 DALIL DAN 38 BUKTI KONKRIT KENAPA NAJIB ENGGAN BERDEBAT DENGAN ANWAR

Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak ketika ditanya keinginan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri, Najib berkata bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak layak kerana ramai pengikutnya sudah mula meninggalkannya selepas hilang keyakinan.

Beliau berkata pengasas Parti Keadilan Rakyat sendiri, Dr Chandra Muzaffar yang sudah meninggalkan Anwar pernah menyatakan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri, satu malapetaka besar akan berlaku kepada negara.

"Kalau kita pasang billboard dan letak gambar orang yang sudah meninggalkan dia (Anwar), saya rasa kena guna billboard yang besar kerana ramai sudah meninggalkan dia dari Chandra Muzaffar, bekas setiausaha sulit dia Ezam Mohd Nor, setiausaha akhbar Anuar Shaari dan peguam dia Zulkifli Nordin," katanya.

Kenyataan Najib itu ada benarnya, dan mungkin disebabkan itu juga Najib tidak seharusnya melayan Anwar untuk berdebat, kerana ia hanyalah membuang masa sahaja, kalau pengasas parti PKR  pun keluar dari partinya kerana hilang kepercayaan terhadap beliau, bagaimanalah rakyat boleh lagi mempercayai kata-kata beliau.

Benar kata orang, "Tak kenal maka tak cinta" bila dah kenal kaki temberang tinggalkan saja, itulah hakikatnya, ada juga yang tidak cukup jelas lagi dengan pembohongan 16 September beliau, sikap Anwar yang suka hentam sembrono belakang depan semua rasa dan berdolak dalik itu  boleh dilihat pada klipvideo diatas.

Sukar bagi mereka yang berfikiran waras untuk mempercayai kata-kata Anwar, pembohongannya sangat-sangat jelas, tidak cukup dengan itu dibawah adalah tersenarai bukti 38 kabinet kayangan Anwar 16 Sept yang sudah hilang kepercayaan terhadap beliau :.Oleh itu Anda Mampu Mengubahnya...
  1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
  2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
  3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
  4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
  5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
  6. Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
  7. Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
  8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
  9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
  10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
  11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
  12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
  13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
  14. Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
  15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
  16. Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
  17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
  18. Datuk Zaid Ibrahim
  19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
  20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
  21. Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
  22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
  23. Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
  24. Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
  25. Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
  26. Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
  27. Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
  28. Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
  29. Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
  30. Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
  31. Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
  32. Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
  33. Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
  34. Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
  35. Adun Lunas - Md Radzi Salleh
  36. Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
  37. Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
  38. Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin 

AMBO CABAR MINGGU DEPAN MARI SINI !!! - AKTIVIS JEMING HASSAN CABAR TUKAR !!!

Mengajak Perdana Menteri untuk berdebat adalah tidak relevan, lebih-lebih lagi untuk berdebat dengan seseorang yang bercakap dengan fakta berterabur dan terbukti dengan jelas sudah beberapa kali dilondehkan oleh Ketua Pemuda Umno yaitu Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya mengajak mereka yang mendokong atau menyokong sesebuah parti itu adalah lebih relevan, lebih-lebih lagi mereka yang berciri pemimpin dan tidak punya banyak tugas wajib untuk dilaksanakan kepada rakyat, sebagai contoh pemimpin sesebuah gerakan, dengan berdebat sahaja yang mampu membuka ruang-ruang minda rakyat untuk diperlihatkan kekukuhan keatas parti yang disokong itu.

Bukannya hadir dengan mewakili pihak parti, tetapi sebagai penyokong parti yang tiada kena mengena dengan keputusan parti, GK sangat bersetuju dengan aktivis Jeming Hasan yang mencabar sesiapa sahaja untuk berdebat mengenai apa sahaja isu yang telah dibangkitkan terutamanya di Kelantan.
Menurut Jeming, " Jadi kalaulah ada orang gerakan TUKAR disini, Ambo CABAR minggu depan mari sini, nok berkecep pasal 'TUKAR' ke , pasal tanah ke, pasal Tok Guru ke mari sini, kalu setakat duk berKECEP dalam internet duk ghalek nyanyi, duk kecep sore tak guna".

Jeming juga menyifatkan itu adalah sebagai politik matang, ya memang benar, ini baru betul politik matang, sebagai pendokong dan penyokong yang dilihat bersungguh untuk memenangkan BN di Kelantan, apa kata sahut je cabaran ini, ia sebagai untuk memberi faham kepada umum tentang apa yang kita faham dengan parti yang kita sokong itu.

Bukannya kita sokong semata-mata kerana projek, populariti, I-pad, Tab atau apa sahaja material murahan dunia, tetapi sokongan itu sebagai sokongan padu berasas yang telah memahamkan kita kenapa perlunya menyokong parti tersebut dan menolak parti yang lain. Dengan ini umum akan faham dan menilai hujah siapa yang lebih kuat dan relevan dengan parti yang disokongnya.

Sekaligus ianya akan membuktikan sokongan yang bukan bersifat 'Pak Turut' atau punya agenda lain sebaliknya ikhlas dan faham dari apa yang disokong dan itulah perjuangan yang sebenar. Bagi GK, Pemimpin yang dipilih rakyat adalah tidak perlu untuk berdebat jika tidak punyai masa, (bergantung kepada isu dan keadaan) kerana ia memerlukan waktu untuk itu dan akan menjejaskan kewajipan atau tanggungjawab sebenar kepada rakyat. (punyai alasan dan huraian-huraian tertentu mengenainya).

Secara ringkasnya cabaran Jeming itu wajib disahut oleh mereka yang berkenaan, tidak perlu pecat seluar untuk tunjuk punyai 2 batu, sahut cabaran itu pun sudah cukup. Sekiranya dicabar dan masih bercakap dikandang sendiri serta tidak menyahut cabaran tersebut ianya tidak ubah seperti lembu dicucuk hidung.

Untuk Jeming pula kalau nak cabar ambo berdebat atas kapasiti aktivis atau blogger bebas mengenai isu tanah, ladang rakyat, air dan  apa sahaja untuk kepentingan rakyat, cabaran itu sangat dialu-alukan, dan ambo ready sokmo. Kerana GK bukan 'Lembu dicucuk hidung', prinsip dan asas berjuang adalah jelas.
"Ambo Lawe Sokmo".

BN TAKKAN BERJANJI JIKA TAK MAMPU - NAJIB

PORT DICKSON -  Kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai kerajaan yang terbaik untuk rakyat, tidak akan menabur pelbagai janji yang tidak mampu ditunaikan seperti yang dilakukan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata tanpa perlu menabur janji-janji, kerajaan BN tetap akan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.

"Pembangkang ini senjata pada tangannya adalah jual janji, tapi apabila kita timbang punya timbang, janji itu mustahil untuk dilaksanakan," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan rumah mampu milik berkualiti di Taman Intan Duyung di sini hari ini sempena lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri KerjaRaya Datuk Shaziman Abu Mansor dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu ZaharUjang.

Perdana Menteri juga berkata pelbagai janji pembangkang sekiranya dilaksanakan juga akan menyebabkan negara muflis dan menjadi lebih teruk daripada apa yang berlaku di negara Greece sekaligus menyebabkan rakyat hilang keyakinan.

"Cuba bayangkan kalau pembangkang memerintah, tol dia mahu hapuskan. Di sini ada Menteri Kerja Raya, bila saya jumpa dia minta kurangkan tol, dia cakap dia kena buat perkiraan yang tepat dan kalau mampu baru boleh dikurangkan.
"Tapi pembangkang kalau menang Putrajaya cakap semua tol dia mahu hapuskan. Boleh atau tidak boleh? -- tak boleh, tak masuk akal.

"Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga dia nak hapuskan serta merta. Saya tanya Menteri Pengajian Tinggi, dia cakap kalau hapuskan PTPTN, RM40 bilion akan hilang. Lepas itu kalau nak bagi pinjaman pada masa hadapan sudah dah tak boleh," katanya.
Perdana Menteri berkata pembangkang hanya pandai menjanjikan daripada segi perbelanjaan seperti mengurangkan tol dan menghapuskan pinjaman PTPTN sebaliknya daripada segi pendapatan langsung tidak diambil kira.

"Tak perlulah ada lulusan berjela-jela, kalau kita kerja kedai runcit pun tahu mesti ada pertimbangan duit masuk dan keluar, kalau tidak ada tutuplah kedai tidak lama lagi. Inilah yang kita kata kalau orang jual janji yang tak boleh ditunaikan", katanya.

BR1M : KALAU HARAM JANGAN AMBIL - NAJIB

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tatkala musim pilihan raya semakin dekat, parti pembangkang akan mencari segala isu tanpa mengira isu itu mempunyai fakta yang betul ataupun tidak semata-mata untuk mengurangkan keyakinan atau kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri berkata rakyat mesti tahu membezakan antara fakta dan auta.

"Saya lihat banyak yang diutarakan oleh pembangkang ini bukan fakta tapi auta...tidak boleh pakai," katanya semasa berucap pada majlis makan tengah hari yang dihadiri lebih 30,000 orang di Dataran Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Najib berkata pembangkang tuduh bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai duit haram, pinjam Bank Dunia (IMF) dan rasuah politik tetapi apabila kerajaan buka daftar untuk BR1M, pembangkang turut mendapatkan bantuan itu, kadang-kandang lebih awal daripada penyokong BN.

"Tapi kalau tuduh duit haram dan sebagainya, janganlah terima daripada kerajaan....muka tebal...ini yang saya katakan auta. Kerajaan beri (BR1M) atas fakta iaitu kerajaan kita telah mengurus tabdir negara kita dengan baik dan kita pulangkan hasil kepada rakyat.

"Sebagai sebuah kerajaan, kita mestilah melakukan yang terbaik untuk kepentingan rakyat. Salah satu daripada ukuran atau pun penentuan yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen dan terbuka seperti yang diamalkan oleh negara kita ialah kita mesti membina kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan," katanya.

Katanya dalam tempoh tiga tahun ini rakyat dapat melihat satu demi satu pembaharuan diperkenalkan oleh kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Luar Bandar.

Najib berkata melalui pelbagai bantuan, program, dasar dan projek yang dilaksanakan kerajaan itu yang boleh mengubah landskap keadaan setempat dan negara pada keseluruhannya, beliau dapat merasakan bahawa keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN telah bertambah.

Pada majlis itu, perdana menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan kolam renang kem tentera darat di Port Dickson.- Malaysiakini

HARAKAH MEROYAN SERANG UTUSAN IKLAN GAMBAR TELANJANG

(Muka 25 iklan ini, muka 26 dan 27 baca pula ruang agama.....hehehe Utusan-utusan)

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dilihat masih tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terbaru menyiarkan iklan yang boleh disifatkan lucah dan menjolok mata.

Kali ini iklan produk mandian berjenama Follow Me pada muka surat 25 sisipan Mega yang mempamerkan sepasang kaki 'bertelanjang' dari paras peha yang dalam keadaan menjulang ke atas.

Lebih menyedihkan, akhbar berbahasa Melayu dengan moto 'pemangkin fikiran rakyat' itu menempatkan iklan itu pada muka surat sebelum ruangan agama.

Dengan kata lain, pembaca perlu melalui iklan yang mengambil ruang semuka surat penuh itu dahulu sebelum ke ruangan agama.- Harakah


Pas oh Pas, kalau ya pun nak marah kat Utusan pasal berita-berita ekslusif, takkanlah iklan follow me ni pun nak ambil pot, apa kurangnya dengan Harakah  yang mengiklankan ubat kuat yang tak pernah kuat-kuat tu, lebih kurang lah tu, macam ni rupanya lidah rasmi pemboh... Pas cari point nak burukkan lawannya. hahaha. Anda Mampu Mengubahnya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...