KOTA BHARU BANDARAYA COWBOY - 4 DAS TEMBAKAN DI TRAFFIC LIGHT HUSM

KOTA BHARU - Dua beradik berdepan saat cemas, apabila ditembak dengan empat das tembakan oleh individu yang tidak dikenali, ketika berada dalam sebuah van di simpang empat lampu isyarat berhadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Kejadian pada jam 1.40 petang itu menyebabkan pemandu van terbabit mengalami kecederaan di bahagian paha kiri.

Dipercayai ketika kejadian, mangsa diekori individu yang menaiki motosikal dan sebuah kereta dari arah belakang.

Mangsa, Hasan Mat Ali, 40-an yang berniaga di Wakaf Che Yeh dikatakan menuju ke pasar terbabit bersama adik perempuannya yang berusia 30-an untuk menjalankan perniagaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner, Lai Yong Heng, berkata, ketika sampai di lampu isyarat dengan serta-merta tembakan dilepaskan di bahagian sebelah pemandu.

“Tembakan dipercayai dilepaskan oleh individu yang menaiki motosikal dan lelaki yang berada di dalam kereta. Pemandu terbabit cedera di bahagian paha kiri setelah terkena empat das tembakan,” katanya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke HUSM untuk mendapat rawatan susulan.

Menurut Lai, seorang suspek wanita ditahan di Bukit Marak, Bachok, petang tadi untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, setakat ini polis sedang menjalankan siasatan dan kes ini disiasat di bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana dipercayai melakukan cubaan membunuh.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan keluarga mangsa di wad kecemasan namun mereka enggan ditemu bual. - Sinar Harian

2 comments:

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...