ANWAR DIHENTAM KHAIRY, APA KATA NIK AZIZ ?KATA DUA ATAU KATA 3 ?

Pemimpin yang ada idea, ada isi dan ada keintelektualan  yang boleh menterjemahkan agenda nasional menjadi kenyataan, syabas buat Khairy Jamaluddin, kelantangan fakta dan penguasaan bahasa yang cekap sahaja akan mampu mematahkan belitan hujah Anwar Ibrahim.
 Bila bertemunya buku dan ruas, segala persoalan dapat dirungkai dan dinilai oleh rakyat disebalik ketenangan dan kealiman Ketua Pembangkang yang sering diwatakkan itu, bila ia tersepit kemerapuan Apco dsbnya ditimbulkan tanpa focus mempertahankan topic sebenar yang hendak ditimbul selesaikan.

Dimana hebatnya kebenaran dan keadilan yang dibawa Anwar Ibrahim? Beliau  sebelum ini pernah mencabar Perdana Menteri untuk berdebat dengannya dan dengan angkuh menawarkan masa yang lebih lama untuk Najib berhujah berbanding beliau. Akhirnya tawaran masa itu telah ditebus oleh Ketua Pemuda Umno cuma seminit masa sahaja tanpa diberi laluan oleh Anwar.
Itulah pentingnya kredibiliti untuk menjadi seseorang pemimpin. Jadikan perjuangan itu ibarat layang-layang, sentakan angin kuat yang menentangnya bukan melemparkannya kebawah, sebaliknya menaikkannya.

Nik Aziz sepatutnya lebih merasa malu kerana tertipu dengan belitan Anwar Ibrahim yang telah terbongkar ini, selaku pemimpin ia perlu bijak menilai kawan mahupun lawan, bukannya menerima bulat-bulat pemberian jam Omega yang bermisteri itu.

Nik Aziz jangan hanya membisu sahaja, keadaan sebenar telah terbukti dengan Anwar terpinga-pinga tanpa sempat membalas hujah yang dilontarkan oleh Khairy. Macam mana pendirian Pas dan Nik Aziz sendiri, ingin memberi kata dua ataupun kata tiga? Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. In order to understand fully the statement made by Anu_war...he/she should be good in english.
    Nothing more and nothing less.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...