AZIZAN JANGAN TERLALU LANTANG ! ATAU TERIMA NASIB SEPERTI HASAN

ALOR SETAR- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tiada persoalan mengenai PAS untuk melepaskan mana-mana kerusinya, dan PKR serta DAP perlu menyelesaikan peruntukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di antara mereka.

PAS Kedah berkeras untuk kekal dengan status quo dan bertanding dalam bilangan kerusi yang sama sebagaimana yang dilakukan parti itu pada pilihan raya umum 2008.
“Kita akan bertanding dalam 24 kerusi DUN dan terserah kepada PKR dan DAP untuk berunding mengenai baki lapan kerusi lagi,” katanya kepada The Star, Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berhubung parti itu akan bertanding dalam lebih banyak kerusi dan tidak menolak kemungkinan berlakunya pertembungan tiga parti sekiranya permintaan itu tidak penuhi.

Terdapat 36 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen di Kedah.

Azizan berkata: “Semuanya sudah lama diselesaikan antara PAS dan PKR, dan kedua-duanya bersetuju untuk mengikut status quo. Tetapi DAP meminta lebih banyak kerusi.”

Beliau memahami mengenai PKR dan DAP Kedah didapati mulai tidak bersetuju terhadap peruntukan kerusi.

DAP dilaporkan meminta tambahan sebanyak enam kerusi baru, termasuk Kota Darulaman yang dimenangi Lee dan Derga, di mana Barisan Nasional (BN) ‘merampas’nya dalam perebutan dengan DAP dan PKR.

DAP meminta kerusi DUN di Lunas, Bakar Bata, Bakar Arang dan Gurun serta kerusi Parlimen di Alor Setar dan Padang Serai, yang menyaksikan PKR turut bertanding di semua kawasan itu pada 2008.

PKR pada 2008 telah menempatkan calon di tujuh kawasan Parlimen dan 11 kerusi DUN manakala PAS bertanding sebanyak 24 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen.

PKR menang sebanyak lima kerusi Parlimen dan empat DUN namun dua daripada Ahli Parlimennya, dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)nya beralih sebagai Bebas.

Bagaimanapun, PKR mendapat satu kerusi DUN selepas ADUN Bukit Selambau-Bebas menyertai parti itu.

PAS memenangi 16 kerusi DUN dan enam kerusi Parlimen pada 2008. - Dipetik dari Mstar

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...