RAMALAN PRU 13 : BUKAN MUDAH UNTUK BN - TUN MAHATHIR

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".

Katanya, pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.

Bulan lalu Tun Mahathir pernah menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) menangguhkan dahulu pilihan raya bagi memberi ruang untuk memenangi sokongan pelbagai pihak termasuk kaum cina.

Katanya, Najib perlu berusaha keras untuk memenangi semula negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

“Jika ada masa, guna masa itu untuk terus mendapatkan sokongan,” katanya dalam wawancara bersama agensi berita Bloomberg.
(KlipVideo dibawah adalah tauladan mengenai sejarah)
Tambah Dr Mahathir lagi, BN tidak boleh kehilangan sokongan daripada mana-mana kelompok dalam negara kerana menurutnya wujud persepsi bahawa orang Cina tidak akan mengundi kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...