Malahan Timbalan Presiden Pas itu juga tidak menggunakan pentas ceramah tersebut untuk menjelaskan spekulasi yang mengatakan bahawa krisis dalaman pentadbiran Pas Kedah antaranya berpunca daripada usaha terdesak pihak tertentu untuk membawa beliau bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau turut mengecam Utusan Malaysia dengan mendakwa akhbar itu memainkan isu perkauman di Pulau Pinang.
Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengaitkan beliau dalam rakaman perbualan berbaur lucah dengan seorang wanita.
Desakan itu dibuat kerana isu berkenaan dianggap cukup serius dan jika benar, ia boleh memburukkan lagi imej Pas apatah lagi Mat Sabu merupakan orang nombor dua dalam parti itu.
Sementara itu, Mat Sabu mendakwa beliau telah lama mengadakan rundingan dengan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang meletak jawatan sebagai ahli UMNO baru-baru ini.
Beliau juga mendakwa sedang berunding dengan ramai lagi pemimpin UMNO berhubung perkara yang sama.
mat syaboo dah lama dok kelepiaq si kadiaq sheh padiaq...piaq piaq piaq...A'AAA...WUU...HUH...HUUUUUUUUU
ReplyDelete