TERKINI !!! 6 HUJAH NIK AZIZ PERTAHANKAN ISRAEL, ANTARANYA KECEWA DENGAN LARANGAN IMPORT BARANGAN ISRAEL

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membela Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu menyokong Israel hanyalah merugikan Pas dan menambahkan kesesatan Pas semata-mata.

Selepas kekeliruan umat Islam terhadap kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menerima baik hubungan dengan Israel, sekali lagi Nik Aziz tampil menjelaskan perkara tersebut dengan membuat perbandingan jumudnya yang bersifat 'Putrajaya'.


1.) “Orang Yahudi tidak minta untuk jadi Yahudi dan saya sendiri tidak nak jadi Melayu tapi bangsa saya bangsa Melayu, apa boleh buat,”

2.) "Berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurus niaga dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

3.) "Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai ‘parti’ dalam Yahudi itu sendiri.

4.) Yahudi lain, Zionis lain kerana Zionis merupakan parti dalam Yahudi yang mempunyai agenda jahat sejak lebih 100 tahun lalu.

5.) “Yahudi ni bangsa, bangsa tidak ada yang jahat tapi yang jahatnya ialah manusia, begitu juga Melayu dan Arab, Melayu dan Arab tidak jahat tapi yang jahatnya ialah perangai orang Melayu dan Arab itu sendiri.


6.) Beliau juga kecewa kerana larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994.


Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun. Tetapi kenyataan tersebut diubah   selepas Ketua Pemuda Umno membahaskan isu tersebut di parlimen baru-baru ini yang membuatkan Anwar terpinga-pinga.

3 comments:

  1. Orang nasrani dan yahudi, semakin hampir membawa pas ke lubang cacing.

    ReplyDelete
  2. hahaha.. aku bg contoh..dgr yerrr..
    Nama nik aziz tu baik,sama la nama nik aziz kat kampung kita, baik belako... tapi yang bengong tu adalah hok orangnya yg bernama n** a*** ben n*****

    oleh: loji najis

    ReplyDelete
  3. 1.) “Orang Yahudi tidak minta untuk jadi Yahudi dan saya sendiri tidak nak jadi Melayu tapi bangsa saya bangsa Melayu, apa boleh buat,”

    ini kenyatan org yg TIDAK REDHA dgn qada' & qadar Allah....terutamnya ayat akhir "apa boleh buat"...ini ayat org yg putus asa/ tidak berpuas hati kerana x dpt apa yg diingini

    manusia seperti ini jd Mursyidul am???...mmg hancur umat islam Mas jika manusia spt ini yg diangkat sebagai pemimpin

    cakap manusia spt dia ni & sewaktu dgnnya mmg kena teliti sbb hampir keseluruhannya HANCURRRRR & tak boleh dipercayai langsung

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...