KHAIRY JAMALUDDIN DILANTIK PENGERUSI PUNB YANG BARU BERMULA 1 APRIL

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB)pada Selasa mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuat kuasa 1 April.

Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.

Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998.

PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB. -BERNAMA

1 comment:

  1. Hancur la dpt kat celaka ni. Cukup2 la wahai org UMNO. Aku dah muak dgn mamat ni. Sebab babi ni la aku boikot UMNO. Ikut korang la kalau still x mau undi dr aku. Aku dah habaq awai2.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...