HOK MASUK I.S.A NI TOK GURU NGAJI MEKAH JAH, AKU NI NGAJI INDIA, PAKISTAN DAN MESIR - NIK AZIZ

1.) Apa yang cuba dibandingkan oleh Nik Aziz mengenai politik merupakan perbandingan yang tidak pernah didapati dari Ulamak-Ulamak lain. Jika pembaca blog ini pernah menjumpai perbandingan sama sepertimana yang dibandingkan oleh Nik Aziz pada video ceramahnya itu, bolehlah tinggalkan link untuk sama-sama kita berkongsi.

2.) Mungkin inilah yang dikatakan matlamat menghalalkan cara, Nik Aziz dengan angkuhnya mengatakan dari tahun 1967 hingga sekarang dia tetap menjadi wakil rakyat tanpa mampu dikalahkan walaupun Umno menggunakan pelbagai cara. Tanpa kita sedari kata-kata takabbur itu juga takkan terdapat pada Ulamak-ulamak lain selain Ulamak politik sepertinya.

3.) Nik Aziz juga menyebut bahawa dahulunya kerajaan BN menangkap Tok Guru -Tok Guru pondok tanpa terlebih dahulu dibicarakan (merujuk kepada ISA). Benarkah begitu ? Tok Guru pondok yang macam mana tu ? sebab GK sebagai orang muda tak sempat lalui keadaan tersebut.

4.) Yang jelas pada zaman ini,  Kerajaan BN yang dipimpin oleh Datuk Sri Najib Tun Razak tidaklah seperti apa yang digambarkan oleh Nik Aziz pada zaman dahulu. Jika benar kerajaan BN dahulu yang zalim menangkap Tok Guru Islam, hukumlah pemimpinnya ketika itu.

5.) UMNO BN adalah parti yang mengikut kehendak kepimpinan, oleh itu parti tidak salah, yang salah adalah pemimpinnya, sebagai kerajaan memerintah, andainya benar tangkapan tersebut, keadilan itu perlu ditegakkan, jika tidak benar penjelasan mesti diberikan dan tindakan perlu dilakukan.
6.) Mana boleh orang jaga orang, seperti lembu jaga lembu tak boleh, inilah perbandingan yang sangat meletihkan, lembu dengan manusia ni ada beza. Beza yang ketara adalah akal, tak percaya tanya 'Tauke Lembu' di KL tu. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...