KALAU SEMUA BERSUNGGUH MACAM SAIFUDDIN !!! SELAMATLAH....

KUALA LUMPUR -- Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangani ikrar integriti pilihan raya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dilancarkan oleh Transparency International-Malaysia (TI-M), bagi melindungi integriti jawatan politik dan proses politik demokrasi.

Saifuddin adalah yang pertama menandatangani ikrar itu dilancarkan Sabtu lepas.

Menerusi ikrar itu, TI-M berusaha mencegah rasuah dalam sistem politik dan akan memantau, memperkukuh serta menetapkan standard bagi ketelusan dan integriti politik.

Dalam pada itu, Saifuddin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, beliau telah menandatangani ikrar integriti PRU kerana menganggap integriti faktor utama menentukan keperibadian ahli politik.

"Saya telah lama membincangkannya. Ia satu daripada dua komponen buku saya iaitu Politik Baru iaitu integriti politik," kata beliau.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini berkata, beliau merasakan integriti politik terdiri dari dua perkara utama.

Dua perkara utama itu ialah membanteras politik wang dan rasuah dan salah guna kuasa, dan menegakkan nilai-nilai budaya politik yang sihat seperti idealisme, politik ilmu, politik bijaksana dan politik bakti.

"Ikrar ini sesuai dengan beberap langkah transformasi politik semasa, misalnya penubuhan Institut Integriti Malaysia, pindaan Perlembagaan Umno yang antara lain untuk untuk membanteras politik wang, PSC reformasi pilihan raya.

"Saya anggap tandatangan ini komitmen saya kepada rakyat yang ingin pilihan raya," kata Ahli Parlimen Temerloh ini. -Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...