Presiden Pas Datuk Seri Hj Hadi Awang sebenarnya sedar dengan apa yang berlaku didalam Pas jauh dari landasan perjuangannya yang sebenar. Perjuangan Hj Hadi menerusi Parti Pas seiring dengan arwah Ibrahim Libya yang benar-benar berjuang tanpa mengharapkan balasan dunia. Akan tetapi diatas semangat setiakawan beliau terpaksa menuruti apa sahaja kemahuan Nik Aziz walaupun perkara itu sangat berat untuk diterima beliau. Video dibawah adalah pembongkaran mengenai Hj Hadi, Nik Aziz, Hj Alwi dan Hj Anwar
Kezuhudan Hj Hadi dan kewarakannya tidak pernah dipublisitikan seperti Nik Aziz, sebagai seorang Ulamak Hj Hadi tidak pernah pertontonkan tangisan beliau atau sunnah beliau menghirup lebihan makan didalam pinggan. Tapi itu tidak bermakna Hj Hadi tidak pernah menangis dihadapan Allah Taala dan tidak mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW.

Kekuatan iman Hj Hadi diuji oleh Allah Taala dengan dihadirkan seorang rakan Ulamak soros didalam perjuangan yang didokong beliau, sayang sekali Hj Hadi melunturkan keimanan dan kecintaanya kepada Islam hanya kerana seorang kawan yang penuh dengan dendam kesumat dan riak.

Namun sampai bila Hj Hadi ingin bertahan dengan kaedah songsang yang dibawa oleh Nik Aziz, Hj Hadi sebenarnya telah banyak dipergunakan oleh Nik Aziz, walaupun beliau memegang jawatan tertinggi didalam Pas, tapi beliau terpaksa akur dengan segala kehendak Nik Aziz biarpun terpaksa menyerah jawatan Perdana Menteri sekiranya berpeluang menawan Putrajaya.


Seperti juga didalam Pejabat Menteri Besar, orang yang berkerja adalah orang lain, Nik Aziz seperti seorang bos didalam syarikat bukan didalam kerajaan, beliau menafikan keupayaan Nik Amar dengan tidak sedikitpun memberi peluang untuknya, sedangkan keupayaan Nik Amar jauh lebih hebat dari beliau, cuma Nik Amar berasa kekok untuk melontarkan pandangan dan idea beliau kepada Nik Aziz.
Nik Amar juga seorang yang bersih dan belum pernah dikaitkan dengan RM4juta, kambing jamnapari mahupun balak Kelantan dan Tauke Cina. Tetapi kenapa Nik Aziz tidak memberi peluang kepada beliau dan ingin pegang jawatan MB sampai mati sehingga menyebabkan seluruh rakyat menjadi susah angkaranya.

Rakaman kenyataan Adun Kok Lanas itu cukup kuat untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawasanya Hj Hadi dalam keterpaksaan dan beliau tahu mengenai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan sudah tidak sanggup lagi untuk berkerjasama dengan DAP dan PKR kalau bukan kerana nik Aziz.
Sebahagian Jentera BN Negeri Kelantan ada baiknya memainkan peranan dalam mengetengahkan isu seperti rakaman kenyataan tersebut kepada pengetahuan umum daripada mencipta gimik yang sekadar menjadi hiburan untuk bersuka ria budak-budak dalam usaha mengubah nasib rakyat Kelantan. Sekiranya mahu Anda Mampu Mengubahnya
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.