Dalam senario politik hari ini, sepanjang masa fitnah sering berlaku. Terbaru isu mengenai penyebaran surat fitnah yang berkait dengan arahan PBT MPKB-BRI kepada 14 buah pasaraya di Kelantan supaya memutarkan cd ceramah untuk diperdengarkan kepada umum. Perkara itu disahkan setelah laporan polis dibuat oleh pihak MPKB-BRI di IPD Kota Bharu. Berita penuh sila KLIK disini.
Pelbagai cara dibuat dari pelbagai pihak untuk menangani isu fitnah, dalam kes ini Pemimpin Akal Sempit atau PAS melaporkan kepada pihak polis, dan Polis Akan Siasat berkaitan dakwaan Pemalsuan Arahan Surat tersebut. mungkin juga pihak polis pun tidak cukup anggota untuk melayani karenah laporan yang dibuat oleh Pemimpin Akal Sempit ini kerana terlalu banyak songeh dengan isu-isu kecil yang cuba mengheret pihak Polis dalam usaha mempolitikkan apa jua perkara. Pada masa sama Pemimpin Akal Sempit ini jugalah yang menuduh dan memfitnah pihak polis dengan bermacam tuduhan dan fitnah.

Sebagai contoh kesalahan lagi, membunuh dan membunuh tanpa niat adalah tertakluk dibawah dua seksyen yang berbeza, namun kesan kepada mangsa adalah sama, iaitu mati. Tetapi, seandainya kita diserang, apakah kita tidak boleh untuk mempertahankan diri kita??
GK sebenarnya cuba menyelami situasi politik fitnah dan kesungguhan kerajaan Pas Kelantan menerusi MPKB-BRI membuat laporan polis mengenai isu fitnah itu supaya menyiasat pihak yang membuat fitnah dengan mengubahsuai surat yang dikeluarkan oleh MPKB-BRI. Jika kerajaan Barisan Nasional mengambil pendekatan yang sama entah cukup atau tidak penjara yang ada di negara ini untuk memuatkan pemfitnah-penfitnah dari pembangkang. Apapun seharusnya ia perlu dikaji dan dipertimbangkan.

Sebelum Hukum Hudud dilaksanakan sepenuhnya dengan mengikut syariat Islam yang adil, Kerajaan Pas perlu membuktikannya dalam menangani isu fitnah ini dengan berlaku adil tanpa mengira siapapun penyebarnya. Sekadar berkongsi pengalaman yang turut dilalui. Lihat imej dibawah, jika fitnah ini berlegar didepan mata anda dan anda mengetahui perkara yang sebenar apa yang anda lakukan? Mendahului jawapan anda, ianya terletak pada tahap kekuatan perjuangan anda. Ada atau tiadanya tuan anda, perjuangan yang ikhlas mesti diperjuangkan.


Hal kedua mungkin memberi keyakinan lagi kepada individu tersebut yang mana pekeliling diatas adalah fitnah, dengan terbitnya gambar dan kenyataan sindiran yang memperlihatkan kerusi kosong dan boleh difahami dengan tiada sambutan diatas kehadiran PM, juga bermaksud tiada sokongan sedangkan yang sebenar berlaku adalah sebaliknya. Dengan jelas gambar tersebut di edit atau diambil bukan ketika waktu sebenar dan jelas ianya fitnah kepada apa yang cuba digambarkan oleh mereka.



Ok jika difikirkan kembali dalam menyelami hakikat itu dan setiap yang berlaku itu pasti ada sebabnya, dan sekiranya kita membayangkan keadaan fitnah-fitnah ini yang dilalui oleh individu tersebut (Pemfitnah MPKB-BRI) dengan bertalu-talu, maka GK simpulkan ia adalah tindakan balas yang wajar. Yang salah tetap salah, tapi tindakan itu adalah wajar.
Moralnya dapat kita kongsi bersama adalah, fitnah itu bermula dari penyokong gerakan Islam, mengata orang, jua no 1 kerjanya, semua hal dia yang betul, kalau dia buat hukumnya halal dan orang lain buat hukumnya haram. Bukan benci, tapi ubahlah sikap itu supaya semua insan dapat menikmati hak kehidupan yang aman dalam politik yang bijak.
Fitnah yang berlaku kepada kerajaan BN tidak dipandang serius kerana Kerajaan BN lebih matang dalam memahami situasi politik yang berlaku serta banyak lagi kerja yang lebih penting untuk dilakukan termasuk melawat projek-projek, dan seronoklah pejuang Pas dan PR melemparkan fitnah kepada kerajaan BN tanpa diambil sebarang tindakan. Namun sangat malang bagi sebahagian pejuang maya BN, lawannya bersenjatakan nuklear dan kebal berkalis, tapi mereka masih berjuang menggunakan sabit yang tidak kebal berkalis.
Mampu atau tidak mereka sudah tiada pilihan, cuba menggunakan senjata yang sama seperti lawan, diri sendiri akan terletup tanpa pembelaan. Pendekatan tunggu dan lihat adalah destinasi terakhir. Sudahlah tidak terbela dek pemimpin sendiri, difitnah pula menerima upah untuk menghasilkan fitnah, sungguh malang sekali dengan nasib sebahagian mereka ini. Keikhlasan perjuangan mereka ini sering digula-gulakan dengan keikhlasan, tapi sebaliknya pula berlaku kepada orang yang menggulakan mereka.
Hakikat itu mungkin tidak berlaku kepada sebahagian mereka yang lain, mungkin yang profesional lebih terbela kerana sepadan dengan apa yang mereka telah sumbangkan. Ianya memang tidak boleh dinafikan sama sekali kerana itu adalah wajar.
Nasihat untuk diri sendiri dan insan yang sudi, sekiranya kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Simpan saja kail itu untuk laut yang sesuai. Kerana sekiranya lemas dilautan pastinya akan mati terkapai-kapai. Bukan soal berbaloi ataupun tidak, tetapi biarlah tersematnya setiap perjuangan yang diperjuangkan dengan keikhlasan itu benar-benar bersama kebenaran supaya tidak menjadi manusia yang rugi pada dua keadaan.
Buat kerajaan Pas Kelantan jangan heboh dan kecoh sekejap sahaja ia. Teruskan dalam usaha yang bersungguh itu bagi menjaga nama baik semua pihak dan hak semua rakyat. Sekali lagi keadilan itu adalah wajib ditegakkkan. Pesalah atau pemfitnah wajib dihadapkan ke muka pengadilan supaya mendapat hukuman yang setimpal diatas fitnah yang dilakukan. Tidak kira siapapun ia, jika terbukti bicarakan ia, bukan sekadar modal untuk gimik pilihanraya semata-mata. Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.