Beliau berkata pengasas Parti Keadilan Rakyat sendiri, Dr Chandra Muzaffar yang sudah meninggalkan Anwar pernah menyatakan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri, satu malapetaka besar akan berlaku kepada negara.
"Kalau kita pasang billboard dan letak gambar orang yang sudah meninggalkan dia (Anwar), saya rasa kena guna billboard yang besar kerana ramai sudah meninggalkan dia dari Chandra Muzaffar, bekas setiausaha sulit dia Ezam Mohd Nor, setiausaha akhbar Anuar Shaari dan peguam dia Zulkifli Nordin," katanya.
Kenyataan Najib itu ada benarnya, dan mungkin disebabkan itu juga Najib tidak seharusnya melayan Anwar untuk berdebat, kerana ia hanyalah membuang masa sahaja, kalau pengasas parti PKR pun keluar dari partinya kerana hilang kepercayaan terhadap beliau, bagaimanalah rakyat boleh lagi mempercayai kata-kata beliau.
Benar kata orang, "Tak kenal maka tak cinta" bila dah kenal kaki temberang tinggalkan saja, itulah hakikatnya, ada juga yang tidak cukup jelas lagi dengan pembohongan 16 September beliau, sikap Anwar yang suka hentam sembrono belakang depan semua rasa dan berdolak dalik itu boleh dilihat pada klipvideo diatas.
Sukar bagi mereka yang berfikiran waras untuk mempercayai kata-kata Anwar, pembohongannya sangat-sangat jelas, tidak cukup dengan itu dibawah adalah tersenarai bukti 38 kabinet kayangan Anwar 16 Sept yang sudah hilang kepercayaan terhadap beliau :.Oleh itu Anda Mampu Mengubahnya...
- Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
- Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
- Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
- Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
- Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
- Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
- Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
- Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
- Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
- Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
- Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
- Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
- Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
- Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
- Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
- Datuk Zaid Ibrahim
- Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
- Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
- Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
- Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
- Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
- Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
- Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
- Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
- Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
- Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
- Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
- Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
- Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
- Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
- Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
- Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
- Adun Lunas - Md Radzi Salleh
- Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
- Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
- Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.