KANAK-KANAK DIGIGIT ANJING TINGGALKAN LUKA BERBENTUK MATA

SEBERANG PERAI: Seekor anjing dikatakan menyerang seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun di Bandar Perda di sini Ahad.

Kejadian berlaku kira-kira 6.5 petang ketika Dhiya Qairina sedang bermain basikal bersama kawan-kawanya di kawasan rumahnya apabila seekor anjing tiba-tiba muncul dari rumah berhampiran dan menyerang mereka.

Ditanya pemberita di Hospital KPJ di sini pada Isnin, dia berkata, anjing itu sangat garang dan menerkamnya sehingga menyebabkan dia terjatuh.

"Saya sangat takut dan menjerit memanggil ibu dan bapa saya kejar anjing itu," katanya.

Bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, 47, berkata, beliau membaling basikal anaknya ke arah anjing itu, sebelum anjing itu melepaskan anaknya.

"Kami segera membawa Dhiya ke hospital dan dinasihat dimasukkan ke wad dan perlu dibedah akibat kecederaan di belakngnya," katanya.

Beliau berkata, selepas dibedah, doktor memberitahu isteri saya kecederaan anak saya tidak perlu dijahit.

"Doktor beritahu kami Dhiya perlu dimasukkan ke wad sekurang-kurangnya tigahari dan keadaannya perlu dipantau," katanya.

Muhammad Nur Akmal berkata, pemilik anjing itu yang juga jiran mereka melawat anakya semalam dan menawar untuk membiayai kos rawatan anaknya.

Beliau berkata, beliau telah membuat laporan polis semalam dan bercadangmengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing itu. - BERNAMA

Puak PR jangan kata Iluminati plak ya....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...