PEREBUTAN KERUSI - DAP SEMAKIN RAKUS PETANDA BURUK KEAMANAN NEGARA

ALOR SETAR - DAP sekali lagi dilihat cuba mencabul serta memungkiri perjanjian dan syarat yang telah dipersetujui oleh rakan komponennya  mengenai isu agihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pelanggaran  ini juga adalah suatu petanda buruk bagi Pakatan Rakyat yang bercita-cita untuk menawan Putrajaya.

DAP yang memang dikenali dengan racist dan menuntut hak sama rata  berpendapat  adalah "tidak adil" dalam pembahagian kerusi negeri kepada DAP apabila parti itu mempunyai penyokong di beberapa kawasan, dengan cawangan yang aktif dalam kubu asal.

Bagaimanapun Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, adalah tidak rasional sekiranya DAP masih mahu menuntut sebahagian kerusi yang dimenangi PKR pada PRU12. Sebaliknya mengharapkan rakan komponennya itu supaya kembali kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu.

“Saya sudah serahkan kepada pimpinan Pusat untuk capai keputusan dan akan akur apa jua keputusan kelak. Tidak perlu lagi pemimpin di peringkat negeri bergaduh sesama sendiri kerana kita sudah serahkan perkara ini untuk diputuskan Pusat,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan garis panduan sedia ada, mana-mana parti yang menang bertanding di kerusi yang diwakilinya pada PRU12, kerusi itu akan kekal ditandingi parti berkenaan pada pilihan raya akan datang.

Tuntutan bertindih DAP itu turut babitkan kerusi yang dimenangi PKR, adalah tidak wajar untuk mereka tuntut kerusi itu. Antaranya kerusi Dun Bakar Arang dan Lunas serta parlimen Padang Serai,” katanya.


“Kita pemimpin di negeri terpaksa akur pada arahan pemimpin Pusat. Kita tidak boleh buat sesuka hati walaupun membabitkan isu di negeri ini,” katanya.

Sebelum ini Azizan dipetik oleh media sebagai berkata pengagihan kerusi di kalangan PAS, PKR dan DAP adalah berdasarkan status quo 2008. 

Namun kenyataanya itu di sangkal keras oleh ADUN tunggal DAP Kedah, Lee Guan Aik  yang tidak bersetuju dengan kenyataan Azizan berkata, beliau tidak pasti sama ada pesuruhjaya PAS negeri itu "hanya bermain politik atau mahu mencetuskan masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah".

Menurut Lee, menteri besar telah beberapa kali membuat kenyataan seumpama itu.

Mengenai kemungkinan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat bertelingkah berhubung pembahagian kerusi, Lee berkata mungkin di peringkat negeri berlaku.

NONELee berkata Azizan (kiri) tidak boleh bergantung kepada situasi pada
2008 untuk membuat keputusan mengenai peruntukan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan menjelang Mei tahun depan.

Dalam pilihanraya yang lepas, DAP tidak benar-benar bersama dengan PAS ekoran kontroversi negara Islam, katanya.

"Bagaimanapun, kali ini rakyat mahu kita bersama. Kami bertanding dalam pilihan raya tanpa menyedari bahawa inilah yang memberi kita kemenangan.

"Apabila ia benar-benar berlaku, kami menyesal kerana meminta jumlah kerusi yang terlalu sedikit tetapi ketika itu ianya tidak mengapa kerana kita mendapat kemenangan moral," katanya.

Lee berkata Pakatan memprolehi kemenangan besar ekoran dasar satu lawan satu dalam pilihanraya umum lalu dan kalah beberapa kerusi akibat pertembungan tiga penjuru.

Ini, tambahnya, menunjukkan bahawa parti-parti komponen harus bekerjasama dan berkompromi bila melibatkan peruntukan kerusi.

"Terdapat keperluan untuk mencapai kata sepakat dan ia tidak dapat dielakkan bahawa beberapa kerusi harus dikorbankan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...