ISU USTAZ AZHAR & MPKB-BRI - WARTAWAN SINAR HARIAN PEMBOHONG, POLIS NAFI TERIMA LAPORAN

Jurucakap Polis menafikan menerima laporan mengenai perkara tersebut hari ini (RABU) seperti yang diberitakan oleh Sinar Harian dalam artikelnya hari ini  "KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan kononnya pihak majlis mengedar cakera padat (CD) ceramah Pas kepada 13 buah pasar raya di bawah pentadbirannya untuk diperdengarkan kepada umum".


Selain tarikh yang tidak tepat, isi berita dari Sinar Harian juga tidak tepat kerana menokok tambah lebih 5 para dari sumber asalnya berita Bernama. Sungguhpun begitu tidak menjadi kesalahan sekiranya pihak Sinar Harian tidak meletakkan sumber berita tersebut diambil sepenuhnya dari sumber Bernama, kerana sedikit sebanyak ia merosakkan nama baik wartawan bernama dengan berita yang boleh dipertikaikan atau tidak tepat.

Lebih mendukacitakan tokok tambah berita dari Sinar Harian itu dengan menulis di para akhir "Jurucakap polis Kota Baharu mengesahkan menerima laporan itu. - Bernama". Berkemungkinan dengan niat supaya pembaca lebih mempercayainya apabila mengeja "Kota Baharu' (Ejaan rasmi berita Bernama) dan bukannya 'Kota Bharu' seperti yang biasa digunakan oleh akhbar Sinar Harian atau akhbar tempatan yang lain.

Diatas kemusykilan berita tokok tambah tersebut oleh akhbar yang berlesen dan menggunakan nama sumber dari akhbar lain ianya satu perbuatan yang tidak beretika dalam bidang kewartawanan selaku wartawan akhbar yang diberikan lesen. Berita tokok tambah yang berpihak dengan menggunakan nama sumber Bernama itu tidak boleh diamal dan diteruskan. Semoga pihak pengurusan Sinar Harian lebih berhati-hati mengenai perkara ini kelak.

Untuk menilai berita sebenar bersumberkan Bernama klik disini .Untuk menilai berita tokok tambah yang menggunakan nama Bernama bersumberkan Sinar Harian klik disini .
Namun hendak Gk tegaskan, teguran ini bukan kepada  semua wartawan Sinar Harian, tetapi hanya kepada mereka yang berkaitan. Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. dah lama tak baca sinar kerana:
    banyak berita remeh
    selalu tak tepat nama orang yg berkenaan
    gambar tak cukup keterangan
    tempat tak tepat
    tarikh tak ada
    guna nama samaran/rekaan
    hentam keromo asalkan ada berita
    tidak beretika bila siarkan berita
    pemberita2 setengah masak!!

    ReplyDelete
  2. editor sinar harapan pun mangkuk hayun jugak. lagi teruk daripada reporter hingusan tapi berlagak macam bagus

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...