KLIPVIDEO - PEMBONGKARAN SAMA GANAS HASAN ALI DAN IBRAHIM ALI TIDAK BERCANGGAH !!!

Malam ini jam 9 siri jelajah DATO' DR. HASAN ALI akan menemui rakyat Kelantan di Padang Taman Guru Pintu Geng. Beliau malam ini akan membuat pendedahan mengenai siapa PARASIT dalam kerajaan Pas Kelantan.

Sungguhpun pendedahan demi pendedahan dibuat oleh Hasan Ali, tapi pemimpin Pas cuba menafikannya dengan alasan bahawa Hasan Ali ditaja oleh Umno, tidak kurang juga yang melabelkan Hasan Ali adalah orang yang kecewa apabila  hajatnya tidak dipenuhi.

Yang tidak berakal dan taksub biarkanlah ia, tapi bagi mereka yang berfikir sudah pasti akan membuat keputusan yang bijak setelah mendengar pendedahan dari Hasan Ali.

Masih ingatkah kita dengan gelaran Raja Katak, Ya gelaran Raja Katak cukup sinonim dengan Datuk Ibrahim Ali. Ibrahim Ali dan Hasan Ali mempunyai bin atau nama bapa yang sama, cuma yang berbeza adalah cara pendedahan yang dibuat serta kedudukan beliau didalam parti.

Klipvideo diatas mendedahkan dimana Ibrahim Ali semasa berkerjasama dengan Pas dahulu sudahpun membongkarkan sedikit sebanyak apa yang berlaku didalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Cuma pendedahan beliau itu lebih kepada nasihat kerana beliau masih lagi bersama-sama dengan Pas.

GK rasa Ibrahim Ali lah orang pertama yang membuat pendedahan secara langsung mengenai kerosakan pemimpin Pas dihadapan kepimpinan Pas termasuk Nik Aziz sendiri. Jika begitu apa pula yang ingin dialasankan oleh Pemimpin dan juga pengikut Pas.

Pendedahan didalam gelanggang dan dihadapan tuan badan tanpa sebarang penafian ini sudah cukup untuk memahamkan kepada kita mengenai sikap pemimpin Pas yang sebenarnya. Pendedahan ini juga memberi satu kelebihan kepada Hasan Ali untuk rakyat lebih mempercayai apa yang dikatakannya. Klipvideo ini juga sebagai bekalan fikir untuk ke ceramah Hasan Ali pada malam ini.

Sangat pengikut Pas berburuk sangka apabila seseorang pemimpin yang sudah tidak bersama-sama Pas membuat pendedahan, bermacam tohmahan dilemparkan, namun klipVideo ceramah Ibrahim Ali bersama Pemimpin Pas di Putik itu tidak boleh dinafikan sama sekali. Ia bukan pendedahan biasa, tetapi ia adalah nasihat Ibrahim Ali diatas apa yang dilihat berlaku didalam kepimpinan Pas kerana ketika itu beliau masih setia bersahabat dengan Pas.

Dapat dibayangkan mungkin pengikut Pas mengakuinya akan tetapi beralasan dengan " Ahh biasalah macam tu, dalam UMNO lagi teruk, Pemimpin di Mekah pun macam tu juga, janganlah ingat pemimpin Pas ni maksum, kesalahan sedikit sebanyak sudah menjadi lumrah hidup manusia".

Namun jika macam tu, padan ke kalau nak kata sokong Pas ni masuk syurga dan tidak sokong Pas ni masuk neraka kerana Pas menyokong Islam dan perjuangkan Islam. Patut ke dengan penampilan serban dan berceramah yang tidak lekang dengan Al-Quran dan Hadis bersikap seperti itu. Apakah itu lumrah pejuang Islam diakhir zaman?

Kalau macam tu patutlah Ibrahim Ali ni tak rasa malu dan hormat pun pada pemimpin Pas, mungkin beliau nampak pemimpin Pas pun lebih teruk dari dia. Kepada penganut ajaran Pas, jadikanlah tauladan dari apa yang didedahkan itu supaya kita tidak terlalu taksub dan extreme diatas mempercayai sokong Pas masuk syurga dan mati bersama Pas adalah mati syahid kerana Pas  memperjuangkan Islam seperti yang diwar-warkan, bermuhasabahlah diri dan Anda Mampu Mengubahnya

NAJIB TURUN KOTA BHARU JUMAAT INI BAWA 11.......KEJUTAN !!!

Kepada seluruh rakyat Kelantan anda dijemput untuk hadir beramai-ramai dalam 'Majlis Penyerahan Resolusi Konvensyen Profesional Kelantan' bersama YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan pada Jumaat ini bersamaan 02 March 2012 jam 4 petang di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab.


Kehadiran Perdana Menteri  ke Kota Bharu sudah pasti ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Kelantan. Kehadiran beliau juga dijangka membawa harapan baru kepada seluruh penduduk di negeri Kelantan dan Kota Bharu khasnya.

Sepertimana yang diketahui,  PM dalam program transformasinya  telah banyak membantu rakyat dalam memperkenalkan skim kebajikan seperti pemberian wang (BR1M), bantuan Kwamp Off, Baucer buku untuk pelajar (BB1M) dan banyak lagi, sila rujuk di SINI .

Namun bagaimana baik pun kerajaan BN, pembangkang tetap mengambil peluang menghasut rakyat untuk menidakkan dan mempersendakan seperti kata mereka, "Yang diberikan itu bukan wang PM atau wang UMNO, tapi wang rakyat, sudah menjadi kewajipan bagi sebuah kerajaan untuk membantu rakyat", 

Jika begitu, kita sebagai rakyat beranggapan "Sebuah kerajaan yang tidak membantu rakyat itu adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab, cakap sahaja berkebajikan, tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat dan langsung tidak akan mengubah hidup rakyat". Ianya ibarat tanggungjawab sebuah syarikat dengan pekerja, besar atau kecil sesebuah syarikat itu, tanggungjawab membayar gaji kepada pekerja adalah wajib. Cakap dan janji kosong tidak akan mengenyangkan perut pekerja.

Memetik sumber dari laman blog Parlimen Kota Bharu , keputusan Perdana Menteri  untuk hadir menemui rakyat Kota Bharu dibuat pada saat-saat akhir setelah melihat kesungguhan Setiausaha Politiknya, Datuk Fatmi Che Salleh dalam usaha membawa perubahan kepada rakyat di Kota Bharu. Ianya sekaligus tidak menghampakan rakyat untuk hadir bertemu Perdana Menteri sebagai tanda ucapan terima kasih rakyat Kota Bharu diatas sumbangan kebajikan yang telah diberikan oleh PM kepada mereka.

Lebih menarik, diatas penghargaan itu, Perdana Menteri dilaporkan akan membuat kejutan dengan 11 pengumuman  yang akan menambahkan lagi kemanisan senyuman penduduk di Kota Bharu. Pengumuman yang paling bersejarah itu secara langsung akan membawa warga Kota Bharu menuju perubahan yang pastinya lebih baik dan bermanfaat kepada seluruh rakyat. Mungkin salah satunya adalah pembinaan Universiti Al-Quran Antarabangsa.
Apapun, warga Kota Bharu tetap bersyukur dan tidak lupa mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Fatmi Che Salleh kerana serius dan benar-benar cakna terhadap nasib dan keperluan warga Kota Bharu untuk dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri. Kesungguhan dan keikhlasan diatas platform yang ada pada Datuk Fatmi ini semoga diberi peluang oleh warga Kota Bharu untuk memilih beliau sebagai mewakilkan suara rakyat Kota Bharu di Parlimen nanti. Anda Mampu Mengubahnya.

Memetik sumber dari Bernama, sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke Kelantan pada Jumaat ini. Perdana Menteri akan memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera dan keluarga Rejimen Sempadan 2 di Batu Melintang, Jeli.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli.

TERKINI !!! CERITA PANAS NIK AZIZ LARI, 22 EKOR BURUNG DAN 3 PAHLAWAN 3 BENUA

Kemana larinya Menteri Besar Kelantan ketika Majlis Penyerahan 22 ekor burung-burung merpati ini kepada beliau selaku orang yang bertanggungjawab memungkiri 22 janji Kerajaan Pas Kelantan kepada rakyat.

Ketika Majlis yang penuh bernostalgia ini berlangsung Nik Aziz hanya menghantar pegawainya bagi menerima memorandum yang dihantar oleh sekumpulan 3 orang anak muda atau boleh digelar sebagai 3 Pahlawan 3 Benua diatas keberanian dan keikhlasan untuk mewakili lebih 1.7 juta  rakyat negeri Kelanten.

Gambar sekadar hiasan
Menurut sumber, kehadiran hanya 3 orang Palawan 3 Benua ini adalah disengajakan kerana bimbang Nik Aziz tidak dapat menerima kehadiran yang ramai akibat sakit jantung yang dialaminya. Jika Nik Aziz keluar menerima memorandum tersebut, ini tidak bermakna mereka mencari populariti, sebaliknya ikhlas demi rakyat-rakyat jelata.

Bagaimanapun Nik Aziz sombong dan tidak keluar melayan tuntutan rakyat yang nak diserahkan kepada beliau. Mungkin Nik Aziz beranggapan hanya budak-budak nakal sahaja dan tanpa melayan pun Nik Aziz tetap akan kekal memerintah dengan lakonan Islam yang telah di tanam kepada rakyat Kelantan.

Pekerjaan yang jarang-jarang dibuat orang kebiasaan ini adalah satu usaha murni lagi ikhlas anak muda untuk membantu rakyat Kelantan. Syabas buat mereka bertiga, semoga semakin ramai anak-anak muda yang berani untuk tampil membawa burung-burung yang enak berkicauan bagi memberi mesej jelas kepada Kerajaan Pas Kelantan supaya menunaikan janji mereka.

Sekiranya usaha ikhlas sebegini diteruskan, pastinya Kerajaan Kelantan akan rebah tersungkur 'jilat cok dan behe tanoh'. Sokongan Rakyat Kelantan amat diperlukan didalam usaha ini yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan-balasan sekalipun bagi melahirkan generasi yang ikhlas-ikhlas dalam sebuah perjuangan yang ikhlas kepada rakyat.

Sepatutnya Nik Aziz mesti mendengar dan menerima kehadiran lebih ramai lagi anak muda yang bebas dan ikhlas selepas ini dengan tidak mewakili mana-mana parti politik sebaliknya kesungguhan dan kesedaran diri sendiri.

Sehingga kini GK dimaklumkan burung-burung yang dilepaskan pada majlis tersebut 3 ekor daripadanya  dikenalpasti telah mengikuti Nik Aziz pulang kerumahnya di Pulau Melaka. Semoga 3 ekor burung tersebut yang bebas bersuara berjaya melembutkan hati Nik Aziz supaya berundur dengan ikhlas atau menunaikan 22 janji tersebut sebelum rakyat Kelantan mengundurkannya.

Ikhlas berundur adalah lebih baik untuk seorang pemimpin yang bernama Nik Aziz kerana sudah tidak layak dan gagal dalam membawa sebarang perubahan didalam empayar tadbirnya. Pemimpin jangan mementingkan diri serta kronisme sehingga membuat kerosakan didalam bangunan yang berpaksi. Gunakan cara baik yang ada dan pendekatan yang bijaksana tanpa sebarang penipuan yang bersifat 'bodo' dan layak untuk ditipu kepada burung-burung sahaja.

Memetik kata-kata Mat 'kaccip' Berdepan adalah lebih baik dalam apa jua perkara, tetapi alasan mesti difikir apakah ia relevan, alasan bodoh dan bodoh dan dibuktikan bodoh setelah bersabar akan membuatkan skala ritcher meningkat dengan suhu mendidih  dan sedia bertempur dalam apa jua gelanggang yang ada. Anda Mampu Mengubahnya....

LYNAS - HIMPUNAN TOYOL KUMPULAN PENENTANG ARAH TERBALIK

Himpunan Hijau atau disebut juga Himpunan Toyol adalah salah satu tindakan jumud yang mundur 100 tahun kebelakang ekoran dari suka main belakang dalang utama Himpunan ini.

Tahukah anda apa sebenarnya yang ditentang oleh mereka ini ? Kumpulan yang menentang ini boleh dianggap sebagai kumpulan songsang luar tabii, maksudnya kumpulan yang menentang arah terbalik, lihat saja dalangnya yang terdiri dari golongan luar tabii,gay, seks bebas dsbnya. Mereka juga sering melakukan perkara yang berlawanan dengan adab dan adat kehidupan dunia serantau.

Tanpa guna otak dalam bertindak, mereka terlupa keperluan utama perhubungan mereka seperti telefon bimbit adalah hasil dari Nadir Bumi yang mereka tentang di Himpunan Toyol tersebut, jika dibiarkan, sedikit masa lagi rakyat dinegara ini akan terpengaruh dengan budaya songsang yaitu menentang kebaikkan dan menyokong kejahatan atau perkara yang berlawanan dengan resmi kehidupan sejagat.

Hipokritnya mereka boleh dinilai dan dirujuk pada artikel dibawah ini. Cukuplah terlibat dalam melakukan perkara yang songsang, Anda Mampu Mengubahnya....

Himpunan Hijau bukanlah satu kumpulan yang mahu mengharmonikan dan menyelamatkan Malaysia seperti yang mereka dakwa, sebaliknya ialah adalah sebuah agenda bersifat ‘anti-ekonomi’ oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan menakut-nakutkan pelabur asing dari terus melabur di Malaysia.

Antara produk yang menggunakan bahan dihasilkan dari tanah jarang

Para pelabur antarabangsa memerhati tindakan Kerajaan Malaysia menangani desakan puak pelampau yang berselindung diatas matlamat kononnya menyelamatkan alam sekitar. Apakah Kerajaan Malaysia cukup kuat untuk mempertahankan kemasukkan pelaburan asing atau akan menjadi longlai dan tunduk kepada tekanan puak pelampau ini.

Penentang pelaburan kilang pemerosesan kimia oleh Lynas Corporation adalah golongan pelampau yang didalangi oleh beberapa kerat ahli politik songsang.

Kilang pemerosesan Nadir Bumi atau dalam bahasa hari-hari boleh disebut sebagai ‘tanah jarang’ ini adalah tidak lebih dari sebuah kilang kimia. Di negara asalnya, pengangkutan bahan tanah jarang ini boleh dilakukan seperti anda mengangkut anak dan isteri anda pulang ke rumah mertua, tiada spesifikasi khas apa lagi memerlukan label bahan radioaktif.

Pada sidang medianya di Shah Alam hari Jumaat lepas, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat , YB Che Rosli Che Mat, seorang pakar di dalam bidang nuklear sekali lagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa, kilang kimia Lynas adalah selamat.
“Pendirian saya tetap sama seperti yang pernah saya cakapkan sebelum ini, iaitu projek ini perlu diteruskan dan saya akan tetap menyokongnya selagi Lynas selamat dan dipantau sepenuhnya,”ujar bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu.
Rosli yang merupakan lambang kecendikiawanan di dalam Parti Islam Malaysia (PAS) diatas ketinggian ilmu sainsnya merupakan kelulusan doktor falsafah di dalam bidang Sains Nuklear daripada University of Lancaster di United Kingdom.

YB Che Rosli, Saintis Nuklear tempatan, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat.

Rosli juga berkali-kali menjelaskan bahawa kilang Lynas di Gebeng bukanlah kilang nuklear atau loji nuklear maupun makmal penguraian dan mengayakan uranium.

Kadar radiokatif yang bakal dikeluarkan oleh kilang Lynas di Gebeng secara teorinya tidak lebih daripada kadar radiasi yang dikeluarkan oleh kebanyakan kilang-kilang lain di sekitarnya.

Rosli berkali-kali menegaskan bahawa tanah jarang adalah bahan ‘tabii’ dan  lombong tanah jarang di Mount Weld, Australia adalah jauh lebih rendah keluaran radiasinya daripada lombong bijih yang peninggalan legasinya menjadi taman tema dan kawasan perumahan di merata-rata tempat di Malaysia.

Baru-baru ini Kerajaan Malaysia secara adil telah meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Corporation dengan syarat-syarat ketat. Tujuan pemberian lesen operasi sementara ini adalah bagi membenarkan Lynas memulakan operasinya dan pada waktu yang sama pihak-pihak terbabit di Malaysia dapat memantau operasi Lynas sama ada benar-benar selamat seperti yang tercatat di dalam semua laporan.

Tanpa membenarkan Lynas beroperasi, Kerajaan Malaysia dan pihak pemantau tidak dapat melihat kesahihan dakwaan Lynas mahupun dakwaan puak pelampau.

Pemberian lesen ini bukan berisiko tinggi kerana pada waktu ini berdasarkan segala laporan dan kajian yang telah dibuat oleh pelbagai agensi terbabit bersetuju bahawa operasi Lynas akan selamat dan mengikuti piawaan antarabangsa.

Namun tanpa membenarkan Lynas beroperasi, ia kekal sekadar di atas kertas.

Walaupun lesen sementara itu telah diluluskan buat Lynas bagaimanapun Lynas hanya boleh menerima lesen itu setelah ia memastikan ia patuh kepada syarat-syarat khas pengeluaran lesen tersebut. Itulah yang dikatakan sebagai risiko rendah.

Untuk Lynas beroperasi sementara, Lynas diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu surat akujanji bahawa segala lebihan dan sisa buangan dari kilang itu hendaklah di bawa keluar dari Negara Malaysia.

Lynas juga dikehendaki untuk menyerahkan satu pelan pembinaan dan pengurusan kemudahan pelupusan kekal (PDF) yang berlokasi di kawasan tidak berpopulasi.

Kerajaan Malaysia juga mengkehendaki Lynas memastikan segala sisa cecair dan gas hendaklah terlebih dahulu dirawat oleh Lynas bagi memastikan ia mencapai tahap piawaian keselamatan yang diterima pakai antarabangsa sebelum dibebaskan dari kilang tersebut.

Hanya setelah Lynas membuktikan bahawa operasinya adalah selamat seperti yang didakwa dan diperakui oleh semua pihak berwajib, barulah lesen sebenar akan dikeluarkan.

Ini merupakan sesuatu yang amat waras. Lebih waras lagi ialah nasib 420 anak tempatan yang hampir kesemuanya anak Melayu kini mencari makan dengan Lynas.

Kos pengurusan yang melebihi RM400 juta setahun adalah sesuatu yang amat tinggi dan diperlukan di dalam menjana ekonomi hari ini. Oleh itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan untuk mengabaikannya dengan mudah semata-mata ada penentangan yang tidak berasas.

Penentangan terhadap Lynas boleh menggugat kemasukan pelaburan asing. Para pelabur mahu kepastian bahawa pelaburan mereka selamat dan kerajaan hari adalah kerajaan yang mengotakan janjinya.

Ketakutan pelabur adalah sesuatu agenda yang baik buat pembangkang. Kekurangan pelaburan adalah juga sesuatu yang boleh dimanipulasikan oleh pembangkang yang bijak.

Tetapi mengatakan Lynas adalah sebuah kilang yang menghasilkan radiokatif yang merbahaya adalah sesuatu yang bodoh bagi pembangkang.

Saya masih rasa pembangkang di Malaysia tidaklah berdiri begitu rendah apalagi sesuai disebut sebagai bodoh.

Ustaz Hadi, Presiden PAS berkata dalam ucapannya pada 5 Jun 2011 di Terengganu yang antara lainnya menyeru perwakilan PAS bertindak secara bijaksana.
Kata Ustaz Hadi,
“Saya hendak membangkitkan isu Lynas yang dibangkitkan oleh perwakilan. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr. Rosli Che Mat. Dia mempunyai PhD dalam bidang nuklear….”
Dan Dr. Rosli sudah memberikan penjelasannya kepada kita. Dr. Rosli juga berkata bahawa dakwaan-dawaan terhadap kilang Lynas hari ini adalah, “tidak saintifik dan tidak akademik”. Bagaimanapun ada diantara kita masih mahu mendengar dakwaan yang tidak saintifik dan tidak akademik itu.
Ustaz Hadi turut membuat kesimpulan berikut,
“… nak tahu pasal kelapa sawit jangan tanya pakar getah,”.
Fuziah Salleh orang paling kehadapan dengan pelbagai dakwaan tidak saintifik dan akademik merupakan Ahli Parlimen PKR dan bukan pakar getah, tetapi Fuziah juga bukan pakar nuklear. Mungkin Fuziah adalah mutasi hasil ujikaji berlebihan Anwar Ibrahim di dalam politik Malaysia.

Langkah wajar boleh diambil oleh pengarah filem tersohor Malaysia, saudara Mamat Khalid untuk memasukkan watak Fuziah di dalam filem Zombie nya yang baru. Mungkin menerusi watak itu, Fuziah boleh menjadi ‘zomba terlampau’.- Kickdefella

KANTOI JUA !!! - KLIP VIDEO "BAPAK SETAN" BERKHALWAT TERBONGKAR !!!

Acara khalwat, liwat dan zina sudah menjadi lumrah aktiviti "Bapak Setan". Berkopiah atau bertudung labuh tidak menjamin syurga, sebaliknya amalan yang baik dan ikhlas itulah kuncinya.
PETALING JAYA - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Pada Ahad Badrulamin tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu di sebuah hotel di Balok..

Malah Badrulamin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Dalam pada itu ditanya kemungkinan perangkap yang dimaksudnya itu didalangi oleh ahli PKR dan penyokong pembangkang sendiri, Badrulamin menolak perkara berkenaan.

"Saya tak fikir rakan-rakan saya terlibat. Saya yakin dalam perjuangan kami bersama, mereka tidak akan khinati saya," katanya.

Pada pukul 3 petang ini Badrulamin akan hadir ke pejabat Jaip ditemani peguamnya, Ahmad Nizam Hamid bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.- Mstar

GK
Itulah jawapan pemimpin yang popular dengan "Bapak Setan". Syok sungguh jadi pemimpin pembangkang, kalau kantoi je pemimpin mereka boleh cakap ia kerja Umno.

Alahai pukul 2 pagi pun banyak pula masalah ya, macamlah "isteri orang"  itu sudah tiada waris atau sedara mara sehingga terpaksa mengadu atau mendapat perlindungan dari hero "Bapak Setan".

Kalau ya pun ada masalah sampai lewat pagi macam tu, dan kita pula bukan ahli bercengkarama, buat apa kita nak libatkan diri dalam waktu-waktu seperti itu. Adakah itu tindakan terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh "Bapak Setan".

Namun mesti kita terfikir, sekiranya ia adalah kerja Umno, pasal apa JAIP lewat untuk sampai ke hotel tersebut, apakah benar ianya dirancang oleh Umno atau ia memang rancangan "Bapak Setan",

Memetik sumber dari Malaysiakini , Harakahdaily melaporkan, kes khalwat itu tidak kuat kerana ketika pegawai JAIP sampai bilik kejadian sudah penuh dengan orang.

Memetik sumber JAIP, akhbar web PAS itu melaporkan, pegawai mereka hanya sampai ke bilik 8365 Hotel Swiss Garden sekitar jam 4.30 pagi dan mendapati Badrulamin tidak ditangkap berdua-duaan.

Pintu bilik berkenaan pula sudah terbuka dan Badrulamin dikelilingi oleh beberapa lelaki, kata sumber itu lagi.

Memetik dari Sinar Harian mengenai Kenyataan dari Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, tangkapan berkenaan dibuat berdasarkan aduan orang ramai.

“Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.

Ekoran penangkapan itu, Badrolamin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan.

Mohd Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Menurutnya, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

"Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu," katanya. Klip video penuh edisi liwat Adun Kelantan Klik Disini 

"Bapak Setan" saja yang akan membuat aktiviti seperti itu, kenali mereka Anda Mampu Mengubahnya.

LYNAS 2.0 - GILOS !!! PEJUANG ISLAM PAS BERSELUAR PENDEK, NYAWA KANAK-KANAK TIDAK BERFAEDAH !

Apa sebenarnya motif perhimpunan ini dan juga apa tujuan sebenar isu Lynas  cuba dimanupalasi oleh  pembangkang. Berselindung disebalik NGO bebas dan juga orang awam dilihat pembangkang cuba mengambil kesempatan diatas isu ini untuk menjadi satu bahan pilihanraya yang cuba dipolitikkan.

Mengakui hakikat kehadiran peserta perhimpunan ini adalah menjangkaui 10,000 orang termasuk kanak-kanak. Sebahagian besar daripada peserta adalah terlibat secara langsung dengan aktiviti politik . Cuma sebahagian kecil daripada mereka yang benar-benar ikhlas dalam menyatakan hasrat dan pendirian mereka mengenai isu ini.
Bagi makluman awam, mengenai Lynas adalah seperti penjelasan yang wujud pada klik video dibawah oleh YB Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Pas Hulu Langat. Secara ringkas, kesemua peranti pintar/ eletronik/ eletrik dan mesra alam itu mengandungi bahan dari nadir bumi.

Lynas adalah kilang memproses nadir bumi yg dibina di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang. Ia bukan sebuah reaktor nuklear atau makmal pengayaan uranium. Ia adalah sebuah kilang pemprosesan kimia.

 Sebenarnya Lynas hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah daripada segi radiasi nya. Kerajaan Malaysia juga mengenakan syarat-syarat ketat untuk keselamatan dan kesihatan orang awam, pekerja dan juga kesan kepada alam sekitar.

Sampai bila masyarakat  harus mencabar UNDANG-UNDANG NEGARA?
Fasal 4 juga memperuntukkan hanya seorang yang berumur 21 tahun ke atas boleh menganjur dan menyertai perhimpunan, sementara kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan.

Individu yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke suatu perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak menghadiri suatu perhimpunan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabit boleh didenda tidak melebihi RM20,000.
Sebahagian Bukti gambar penglibatan kanak-kanak dalam perhimpunan Hijau 2.0 di Kuantan semalam, namun lupakah kita dengan undang-undang negara? sampai bila pembangkang ingin menjadi penganjur kepada pencabulan undang-undang negara? bila kebebasan bersuara diberikan ianya sering disalahgunakan.

Tidak terfikirkah mereka akan nyawa dan keselamatan kanak-kanak jika dibawa pada perhimpunan seperti ini ? sekiranya berlaku keadaan diluar jangka seperti pergaduhan atau salah faham yang membawa kepada situasi yang kelam kabut, dan peserta perhimpunan masing-masing cemas berlari menyelamatkan diri, apa akan terjadi kepada kanak-kanak tersebut, mungkin ianya akan dipijak atau jatuh dari dukungan ibu akibat dirempuh dalam suasana yang berasak-asak.

Tapi akibat mabuk untuk berkuasa perkara itu tidak berfaedah untuk difikirkan, melihat tingkahlaku peserta yang motif utamanya fanatik bercirikan politik, ia tidak mustahil untuk berlaku keadaan yang sedemikian. Sedangkan apa yang nak disuarakan pada perhimpunan tersebut hanyalah  isu yang cuba dipolitikkan dengan niat menakut-nakutkan masyarakat untuk memberi satu gambaran buruk kepada rakyat mengenai tindakan kerajaan. Sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini Anda Mampu Mengubahnya.

PANAS HANGIT DI KELANTAN, TUN M JUGA BERPESAN NANTI DIGULINGKAN!!!

KUALA LUMPUR - Pemimpin utama negara mahupun pemimpin sesebuah pertubuhan perlu mengutamakan kepentingan pengikutnya daripada kepentingan peribadi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ramai pemimpin hari ini lebih memfokuskan kepentingan diri sendiri daripada memikirkan kesejahteraan dan masa depan pengikutnya.

Ada pemimpin menubuhkan persatuan dan gunakan pengikutnya untuk mencapai cita-cita besar mereka. Pemimpin seperti ini sudah lupa akan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.

“Pemimpin perlu mengutamakan kepentingan pengikutnya yang memberi mereka peluang memimpin dan pemimpin itu perlu membawa pengikutnya ke arah masa depan yang lebih cerah,” katanya ketika berucap pada sesi dialog bersama belia menerusi Program Bicara Minda bertajuk Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020, semalam.

Bercakap di hadapan lebih 1,000 belia itu, beliau turut memberikan peringatan kepada pemimpin yang sudah lupa akan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Katanya, jika seseorang pemimpin itu terlalu taksub dengan kepentingan diri dan gagal menerajui tampuk pemerintahan ke arah yang lebih baik, pemimpin itu akan digulingkan.

“Apabila pemimpin lupa akan tugasnya, pengikut-pengikut ini akan berhenti daripada mengikutnya. Jika mereka hanya berhenti sahaja tidak mengapa, tetapi mungkin pengikut ini akan bertindak menjatuhkan pentadbiran kepimpinan itu.

“Keadaan ini dapat dilihat di Timur Tengah, apabila pengikut mula bertindak menyingkirkan ketua negara mereka,” katanya.

Menurutnya, pengikut adalah mereka yang bertanggungjawab menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin. Oleh itu, setiap pemimpin seharusnya menjaga kepentingan pengikut mereka tanpa mengira sebarang perbezaan.

“Mungkin pengikut mereka itu masih sabar. Tapi bila mereka hilang sabar, mereka akan bangkit menentang pemimpin mereka sendiri,” katanya.

Beliau turut menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh pemimpin berkesan yang membawa pengikutnya dari zaman jahiliah menjadi masyarakat yang bertamadun dan dikenali seluruh dunia.

Menurut Dr Mahathir, zaman berubah dan sebagai pemimpin mereka perlu lebih bijak daripada pengikut-pengikutnya.

“Pemimpin hari ini perlu berpandangan jauh, mahir dalam pelbagai bidang dan mampu membuat pilihan bijak.

“Sebagai pemimpin, mereka bukan hanya perlu turun padang melawat orang sakit atau menziarahi kematian, tetapi perlu lebih daripada itu,” katanya.

Beliau berkata, apabila pemimpin itu cekap, ia mampu membawa pengikutnya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain di dunia.

Pada sesi soal jawab bersama kumpulan belia, Dr Mahathir yang juga merupakan Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana turut mengkritik sesetengah pemimpin belia yang sudah terlalu lama memegang jawatan dan enggan menyerah­kannya kepada golongan pelapis.

“Golongan belia yang layak harus diberi peluang memimpin. Tetapi ada segelintir pemimpin belia yang telah dipilih enggan melepaskan jawatannya, walaupun mereka bukan lagi golongan belia ketika itu.
“Inilah masalahnya,” katanya.

Dr Mahathir berkata, ada pemimpin yang selesa dengan kedudukannya sehingga tidak mahu memberi peluang kepada orang lain.

“Mereka ini perlu sedar, apabila sudah tiba masanya mereka perlu berundur. Itu bukan bermakna mereka tidak bagus, tetapi sedia beri peluang kepada mereka yang berbakat,” katanya.- Sinar Harian.

GK
Jadi berhati-hatilah kepada semua pemimpin, GK sendiri ada mendengar desas desus yang sudah bertiup kencang di Kelantan sejak kebelakangan ini, walaupun sebenarnya sudah lama mendengar tapi akhir-akhir ini ianya seakan sudah tidak dapat dikawal lagi.

Bodohnya seseorang pemimpin bila dia merasakan dirinya tu hebat dan boleh memperbodohkan pengikutnya lebih-lebih lagi mereka yang dikatakan orang lama terus terpinggir, yang disusun baris adalah orang-orang baru yang selenga dan berfikir kebudak-budakan.

Perjuangan yang ikhlas biarlah betul-betul ikhlas, ramai yang sedang memerhati, GK sekadar pendengar yang sentiasa memberi sokongan untuk kebaikkan, ubun-ubun pun tidak keras sudah pandai main wang. Memperjalankan sesuatu pula tanpa sebarang certificate yang sekaligus akan merosakkan sebuah organisasi yang besar dan utuh.

Cacar merba yang dilakukan sudah tidak dapat diselindungkan lagi dan ianya akan terbongkar, bila pemimpin tidak pandai berpolitik serta angkuh dengan kepimpinan yang dungu, maka cita-cita seorang pemimpin itu akan musnah bersama dungunya. Kata orang lama, "Berkawan dengan dungu, kita akan jadi dungu." Nak berkawan dengan orang cerdik, takut cita-cita tak tercapai.

Bagaimanapun GK hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat keberlakuan seterusnya, tidak ada apa-apa kepentingan untuknya, namun nasihat GK pada mereka yang merasakannya, berwaspadalah dengan dengan setiap tindak tanduk yang dilakukan.Pemerhati bebas ada disekeliling anda..Telinga GK sudah penuh dan terpaksa dimuntahkan sedikit demi sedikit......Anda Mampu Mengubahnya.

BLOGGER AMBO ORANG KAMPUNG DAN NOZULA MENGAMUK DI KOTA BHARU

Penjualan harta rakyat Kelantan ini berlaku amat halus ibaratkan 'api dalam sekam' di mana segala penjualan harta rakyat Kelantan ini hanya di putuskan oleh para Exco Negeri Kelantan beribu pejabat di S.U.K Darulnaim yang segala dokumentasinya amat sulit dan tersembunyi daripada pengetahuan rakyat.

Di sinilah tempat berlaku segala kegiatan bawah meja , kronisma, dan memutihkan dokumen yang hitam. Apa yang dapat rakyat tahu adalah semuanya telah terjual dan apa yang perlu adalah berpindah secara sukarela ataupun di halau. Zalim tak zalim!!! peniagalah sendiri yang merasanya, yang melihat hanya berkata kesian!! !...Cerita seterusnya memang panas dan klip video amukan Nozula ADUN Paloh hentam Nik Aziz dalam dialek Indonesia sila klik di sini

PERHATIAN !!! ESOK JAM 10am DEPAN TESCO KB -PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KELANTAN

Rakyat negeri Kelantan pada hari ini dilihat semakin sedar dengan apa yang mereka alami selama hampir 22 tahun diperintah oleh rejim Pas, jika rejim Israel merampas tanah penduduk Palestin, Rejim Pas pula merampas tanah rakyat Kelantan dalam isu Ladang Rakyat, lembah sireh, tanah orang Asli dsbnya.

Tanpa penglibatan parti politik GK difahamkan pada esok hari Sabtu 25/02/2012 Jam 10 pagi bertempat di depan TESCO Lembah Sireh akan bangkitnya seluruh Rakyat Kelantan dalam menuntut hak yang telah dinafikan oleh Kerajaan Pas Kelantan dalam satu perhimpunan besar-besaran yang turut disertai oleh beberapa buah NGO yang sudah sekian lama prihatin terhadap nasib rakyat Kelantan.

NGO seperti PERKASA dan MTRK mungkin tidak terkecuali dalam perhimpunan raksasa ini bagi mempelopori tuntutan terhadap rakyat Kelantan yang dikatakan diabaikan sudah sekian lama ini dengan diberikan cuma janji-janji manis seperti syurga dan pahala.

Banyak perkara yang berbangkit dalam pemerintahan kerajaan Pas Kelantan, ketidakadilan serta kronisme dikatakan sudah lama membelenggu kerajaan Pas sehingga nasib rakyat terus terpinggir dengan tidak mendapat hak yang sepatutnya. Janji yang ditabur hanya bersifat retorik semata-mata.

Pada perhimpunan kali ini turut mengumpulkan tandatangan rakyat Kelantan yang bersetuju untuk TUKAR kerajaan Pas Kelantan dan sekaligus untuk mengubah nasib kehidupan mereka, kemudahan bekalan air bersih adalah isu utama dalam perhimpunan ini.

Pada hal yang demikian, GK mengajak semua rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik untuk turun bersama dalam membuat tuntutan yang menjadi keperluan asas dalam kehidupan kita seharian. Bersatu kita dalam menuntut HAK kita. Anda Mampu Mengubahnya.

TOK GURU KEJAR DUNIA LUPA AKHIRAT- UST AZHAR IDRUS



 Hakikat sebenar kehidupan orang melayu dikampung, jadikannya iktibar Anda Mampu Mengubahnya.

60 BUKTI !!! PEMBOHONGAN DAN KEZALIMAN KERAJAAN BN KEPADA RAKYAT KELANTAN




BIL
PERKARA
TAHUN
2006-2010(RM JUTA)
2011 (RM JUTA)
1.
Pemberian Mengikut Bilangan Orang
103,796,252
24,578,760
2.
Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri
326,663,530
72,493,620
3.
Pemberian Kekurangan Akaun Mengurus
287,404,657
74,883,053
4.
Pemberian Berdasarkan Tahap Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup
136,927,361
28,597,000
5.
Pemberian di Bawah Senarai Bersama
77,259,848
17,490,308
6.
Pemberian Pertambahan Hasil
108,713,731
36,311,885
7.
Pemberian Tahunan Kepada PBT (GTBKK)
109,652,590
21,930,518
8.
Bayaran Perkhidmatan (10%)
64,675,996
52,496,438
9.
Perpustakaan Awam Negeri
3,244,186
1,0.5,100
10.
Lembaga Muzium Negeri
3,384,738
857,000
11.
Pemberian Bantuan Bil Lampu Kepada PBT
4,034,634
1,095,647
12.
Penyelenggaraan cerun
10,000,000
7,968,000
13.
Kumpulan Wang Pendahuluan Untuk Negeri-Negeri
217,000,000
-

JUMLAH
1,452,757,523
339,737,329

Apakah kerajaan Barisan Nasional tidak memberi apa yang dijanjikan sebelum ini dan adakah kerajaan Pas menunaikan apa yang mereka janji? Jika Pas mungkir nak buat Hudud alasannya sebab BN tak bagi buat, bagaimana pula dengan 85 janji ini, apakah kerajaan BN juga yang menghalangnya. ? Rakyat Kelantan pastinya telah merasai apa yang telah dijanji senaraikan ini. Tanyalah iman , Anda Mampu Mengubahnya.

BAJET 2012

1.       Meredakan Inflasi dan mengimarahkan kehidupan rakyat

14)      Bantuan RM500.00 kepada isi rumah berpendapatan Rm 3 Ribu kebawah.
15)      Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan.
16)       Penerusan subsidi bil elektrik bawah Rm 20.00.

2.       Pendidikan

17)      Pemansuhan bayaran tambahan:
  Sek Rendah  Rm24.50
  Sek Menengah  Rm 33.50
18)      Bantuan persekolahan RM100.00 kepada semua pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Tahun1 hingga Tingkatan 5.
19)     Pemberian baucer buku Rm200.00 kepada semua pelajar warganegara di Institusi Pengajian   Tinggi Awam, Swasta, Matrikulasi serta pelajar Tingkatan 6.

3.       Program Perumahan Rakyat

20)      Skim Rumah Pertamaku
21)      Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia
22)       Program Perumahan rakyat
23)      Program Rumah Mesra Rakyat
24)      Tabung Khas Perumahan Nelayan
25)       Pembelian Rumah Secara Kaedah Bina Kemudian Jual

WANG EHSAN

Sumbangan kepada pelajar cmerlang

a)       26) UPSR   -  RM 100.00 (5A Keatas)
b)       27) PMR    - RM 150.00 (8A Keatas)
c)       28) SPM     - RM 200.00 (8A Keatas)
d)       29) STPM  - RM 200.00 (3.5 Keatas)

Sumbangan kepada pelajar ke IPTA

a)      30) ASASI / MATRIKULASI  - RM300.00
b)      31) DIPLOMA                         - RM 500.00
c)       32) IJAZAH                             - RM 800.00

Sumbangan ditimpa musibah

a)      33) Kebakaran
b)      34) Bencana Alam
c)       35) Kemalangan Tragis
d)      36) Baiki Rumah

PROJEK-PROJEK MEGA

37)  Terminal Makanan Negara (TEMAN)  RM 143.7 Juta
38)  Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Peng Chepa, Jeli dan Bachok RM 117.5 Juta
39)  Jambatan Sultan yahya Petra Ke-2 RM150.0 Juta
40)  Lebuh raya dan Tambatan Sg. Kelantan RM 509 Juta 

41)  Pembinaan Sek., Kolej Matrikulasi & Politeknik RM 406.4 Juta
42)  Keagamaan RM 192.8 Juta
43)  Kesihatan dan Keselamatan RM 481.6 Juta
44)  Pusat Pemulihan Akhlak RM 125.5 Juta
45)  Kompleks Budaya RM 79.2 Juta
46)  Bekalan Air RM 195 Juta


PENDIDIKAN

BIL
PERKARA
TAHUN
2010(RM JUTA)
2011 (RM JUTA)
47)
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP)
25,021,950.00
32,168,500.00
48)
Skim Baucer Tuisyen (SBT)
6,478,026.40
-
49)
Elaun Pelajar Berkeperluan Khas (OKU)
6,258,150.00
5,324,550.00
50)
Pancangan Makanan tambahan (RMT)
20,456,496.00
23,471,460.00
51)
Program Susu Sekolah
-
7,987,000.00
52)
Bantuan Makanan Prasekolah
4,411,800.00
5,168,160.00
53)
Bantuan Makanan Asrama
62,089,678.00
81,949,960.00
54)
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
32,950,007.70
46,315,230.00
55)
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP2 dan BKP3)
17,402,040.00
17,820,250.00
56)
Biasiswa Kelas persediaan Universiti (BKPUA dan BKPUS)
2,200,610.20
1,076,780.00
57)
Bantuan Jaket Keselamatan
45,525.00
-
58)
Kelas Dewasa (KEDAP)
225,000.00
675,000.00
59)
Bantuan Per-Kapita
16,279,502.00
43,248,870.70
60)
Peruntukan Kokurikulum
5,673,535.00
4,001,256.00

JUMLAH
199,492,320.30
269,207,016.70
Kesemua 60 perkara ini ditunaikan oleh Kerajaan BN kepada Rakyat Kelantan. Jom rakyat Kelantan menilai kebajikan kerajaan BN ini dengan kerajaan Pas, siapa yang berkebajikkan dan siapa pula yang mungkir DISINI

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...