PERHATIAN !!! GELOMBANG MERAH, BN MERENTOH , NYATAKAN SOKONGAN ANDA !!!

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KELANTAN DARUL NAIM.

Dijemput seluruh rakyat Kelantan terutamanya pejuang-pejuang cyber yang sentiasa diingati dan dihargai sumbangannya oleh Kepimpinan Umno BN Negeri Kelantan.

Bagi menunjukkan keserasian diantara pemimpin UMNO-BN untuk berkerjasama dalam menerajui negeri Kelantan selepas  memenangi PRU13 nanti, kehadiran Ketua-ketua Bahagian terutamanya sangat dialu-alukan bagi mewujudkan satu momentum yang akan memberi keyakinan kepada seluruh rakyat Kelantan dan memberi semangat kepada jentera parti. SEPERTI DIBAWAH INI....PERINGKAT PUSAT UMNO LAGU NI JUGAK...SAJA TOK SER BUBUH GAMBAR NOK SURUH GATAL BATU SIKIT bos2 TENGOK HOKNI.....:)
Pelancaran gimik kemuafakatan diantara barisan kepimpinan UMNO kelantan pada himpunan dalam satu majlis seperti ini akan memberi kesan yang cukup baik, jika pemimpin bersungguh dan memulakan usaha baik tanpa sebarang karenah untuk menidakkan kehadirannya. Maka GK percaya 'GELOMBANG MERAH BN MERENTAH' akan menjadi saksinya.. Mungkin anda boleh bayangkan ianya seketika. Jika pada majlis ini tidak sempat, boleh difikirkan untuk majlis yang akan datang.

Diatas penghargaan tersebut YB Datuk Sri Mustapa Mohamed merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia berlapang dada meluangkan masa bersama kepimpinan BN Kelantan  untuk bersama-sama dalam program ini.

Program Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia akan diadakan pada Sabtu 04 Februari 2012 bertempat di Auditorium Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan dari jam 08.00 pagi - 02.00 petang. bagi memberi penghargaan  kepada  perjuangan tentera cyber yang tidak pernah berputus asa bersama berkorban untuk mengubah Kelantan dari terus digula-gulakan dengan Islam mengikut cara acuan DAP.

Semangat orang muda berserta orang lama dipupuk seiring bagi menghasilkan satu Gelombang Perubahan di Kelantan atau lebih dikenali dengan 'Gelombang Merah BN Merentah' khasnya menjadi realiti demi mengubah nasib rakyat yang sekian lama terabai dengan segala retorik Manifesto sambal belacan yang  banyak menyusahkan rakyat.

GK yakin anak muda Kelantan akan mengungguli perubahan yang bakal berlaku dengan keizinan Allah Taala Pada PRU 13 nanti Insyaallah. Anak muda Kelantan sentiasa dihadapan dalam apa jua perkara lebih-lebih lagi kemajuan yang menjanjikan peluang pekerjaan dan perniagaan sekaligus menafikan tuduhan Nik Aziz pada orang Muda Melayu yang disifatkannya sebagai pemalas.

Penghinaan tersebut tidak mampu ditelan kerana  kerajaan negeri gagal membawa pelaburan yang menguntungkan rakyat sebaliknya pelaburan yang menguntungkan 'Tauke Cina" yang sudah kaya raya diutamakan.

Antara pengisian program tersebut, yang akan  memulakan jam 9 dengan Forum Bicara Isu yang bertajuk Pas dan kepincangan pentadbiran Kelantan dari perspektif sejarah hari ini dan masa hadapan. Moderator pada forum tersebut tidak asing lagi dengan menampilkan Presiden ASPIRASI Malaysia, Y.brs Ahmad Shahar Abdullah.

Ahli panel pula dibarisi oleh
1.) Y.bhg Profesor Datuk Dr Ramlan Adam (Pakar Sejarah Negara)
2.) Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya ( Ulamak Muda)
3.) Prof Dr Azahari Ismail (Pakar Undang-undang dan penganalisis politik)

Seterusnya jam 10.30 minum pagi dan acara santai cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

Diantara ahli panel yang akan membincangkan satu lagi forum yang bertajuk Gelombang Merah BN Memerintah - Antara Realiti Dan Fantasi ialah Y.bhg Mohamad Rafi Awang Kechik , YB Datuk Hj Alwi  Che Ahmad dan beberapa orang lagi.

Tempat adalah TERHAD, Untuk maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran sila Klik

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...