GEMPAR !!! REVOLUSI 'TUKAR' - RIWAYAT PAS KELANTAN AKAN BERAKHIR


Pilihanraya Umum ke 13 ini akan menyaksikan satu pertembungan sengit diantara Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Pelbagai gelombang dicetuskan bagi muwujudkan satu revolusi peralihan kuasa terutamanya di Negeri Kelantan Darul Naim.

Jika sebelum ini umum dihidangkan dengan pelbagai gelombang yang dicetuskan namun semuanya tidak mendapat tempat dihati rakyat bagi menukar kerajaan sediaada dan gelombang tersebut hanyalah menjadi satu nostalgia gimik yang sebahagiannya menguntungkan pihak lawan.

Namun momentum kali ini dilihat cukup berbeza, sebuah NGO, Transformasi Untuk Kesejahteraan  Amanah Rakyat (TUKAR) dipercayai digerakkan oleh sekumpulan aktivis bebas yang sedar dengan masalah yang berlaku di Kelantan bagi mengambil pendekatan ini sebagai satu usahasama mereka bersama masyarakat didalam pembentukkan satu suara kepada satu matlamat iaitu TUKAR.

Menurut sumber, sebelum penubuhannya, TUKAR telah membuat satu kajian khusus mengenai permasalahan yang menimpa rakyat Kelantan yang pada lazimnya tidak diberi perhatian  oleh kerajaan negeri  kepada permasalahan tersebut. TUKAR yang bergerak secara berpasukan hampir setiap hari bertemu masyarakat untuk mengumpul sebanyak mungkin suara rakyat yang ingin mencetus revolusi TUKAR ini.

Sambutan luar biasa dengan konsep yang dibawa oleh mereka, ianya terbukti hasil temubual yang dibuat keatas  beberapa responden yang berani tampil tanpa merasa segan ataupun takut untuk membuat pendedahan hasrat hati mereka.

Bagi mereka, tiada guna lagi untuk berselindung seandainya hidup mereka kini kian tersepit sekaligus memikirkan generasi hadapan yang bakal melalui keadaan yang telah mereka rasai hari ini. Rata-rata mereka yang menzahirkan  lumrah ini adalah dari golongan peniaga yang dikatakan semakin ramai yang telah gulung tikar akibat kelembapan ekonomi yang berlaku sekaligus menafikan pembeli untuk terus berbelanja secara sempurna.

Bagi golongan selain peniaga, kebanyakkan mereka membangkitkan mengenai masalah bekalan air bersih, kemudahan awam yang tidak sempurna, bandar yang kotor dan dipenuhi sampah, persekitaran yang tidak diurus secara sistematik, cukai pintu terlalu tinggi, kadar jenayah yang semakin meningkat dan berkait rapat dengan kegagalan dakyah Islam yang dikotori dengan politik sehingga menyebabkan ramai golongan muda semakin tidak berakhlak Islam, sebaliknya berakhlak politik mirip kepada hipokrit yang diamalkan oleh pemimpin Pas.

Ramai kalangan pemerhati politik di Kelantan mengjangkakan riwayat pemerintahan Pas akan berakhir dengan revolusi yang dicetuskan oleh TUKAR, ini kerana ianya disifatkan bergerak ikhlas tanpa memaksa masyarakat untuk bersetuju dengan hasrat mereka. Malah, akan menimbulkan simpati masyarakat untuk berfikir dengan melihat kesungguhan hasrat mereka yang ingin melihat satu perubahan yang berlaku kepada rakyat di Kelantan.

Misi berslogan ringkas digunapakai oleh TUKAR yang disebut "Acu Try Test Sepenggal' juga merupakan azimat kejujuran bersifat gentleman daripada YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak kepada rakyat Kelantan.

Kata-kata dan cabaran  inilah yang disahut oleh gerakan TUKAR bagi mengubah kerajaan dalam masa sepenggal dan melihat sejauhmana prestasi perkhidmatan yang mampu diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum mengekalkan atau mengubahnya semula pada PRU yang ke 14 kelak.

Diatas prinsip gerakan TUKAR, dalam menyahut cabaran itu juga GK sambut dengan hati terbuka dan menyokong penuh pendirian itu sebagai rakyat yang bijak memilih dan tidak mudah diperbodohkan dengan pemikiran jumud syurga yang dijanjikan oleh pemimpin yang mulutnya dipenuhi dengan maki hamun, mengkafirkan umat Islam diatas perbuatan yang pada hari ini turut dilakukan oleh mereka, kelakuannya jauh tersasar dari ajaran Islam yang sebenar dan juga akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Bagaimana pula dengan anda diluar sana, adakah sependapat dengan responden yang ditemubual pada klip video part -1 diatas, beranikah menyahut cabaran 'Acu Try Test Sepenggal' jika tidak 'Kelantan back guarantee' yang diungkapkan oleh Perdana Menteri  dan di perjuangkan oleh gerakan TUKAR ini.

Yang pastinya rakyat Kelantan semakin bijak dan tidak pernah takut untuk menyahut apa jua cabaran, itulah jatidiri anak Kelate tradisi turun temurun Tok Dekkar titisan darah kepahlawanan yang akan mampu mengubahnya. TUKAR tetap TUKAR, pastikan ia TUKAR.

1 comment:

  1. acu sepenggal test !!! KITA TOLAK PAKATAN RAKYAT DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT KELANTAN !!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...