RAHSIA KENAPA ANWAR DAN NIK AZIZ MEMBISU MENGENAI ISU NAJIB GADAI AKIDAH ?

 "Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri,”

Sehubungan itu, Nasrudin juga berharap lebih ramai pakar agama, termasuk bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali supaya tampil menyatakan pendirian jika benar mendakwa mereka pembela akidah umat Islam.

"Saya tidak fokus kepada Datuk Hasan sahaja tapi juga kepada mufti, pimpinan dan ulama Umno sendiri sepatutnya kena peka sebab ia dilakukan perdana menteri dalam satu program yang jelas merupakan program agama, bukan program kebudayaan,". - Nasruddin Hasan Ketua Pemuda Pas

 
 Bagaimana pula dengan klip video bakal Perdana Menteri  diatas?
Buat pemuda Pas, isu ini perlu dijelaskan, jangan reti nak berpolitik saja, apa fungsi Pas sebenarnya ni,? tak reti jugak ke dengan hukum ? habis nak berjuang Islam macam mana?
 Bagaimana pula dengan Ulamak yang ada ranking dunia ini ?
Maksud GK jangan hanya melihat isu ini kepada pemimpin kerajaan semata-mata demi kepentingan politik, sebaliknya lihatlah ia didalam konsep menegakkan syiar Islam dan menjelaskan kepada rakyat mengenai perkara-perkara yang boleh mendatangkan kekeliruan ini.

Yang mana satu keagamaan dan yang mana pula kebudayaan. Ini mesti dijelaskan, buat mufti Perak pula, kalau setiap tahun dah tegur tapi tidak pula dipublisitikan, kenapa pula tahun ini publisitinya cukup meluas. Apakah cara tegur tahun-tahun sebelumnya sama dengan cara tegur pada tahun ini.

Teguran dan nasihat mufti adalah perlu, tetapi biarlah seimbang, jelas dan melihat kepada kesan dan keperluan keadaannya. Dalam keadaan politik sekarang ini rasanya tidak wajar untuk seorang mufti membuat teguran terbuka dengan cara tidak jelas.
Wakil Pemimpin Tertinggi (Mursyid) Ikhwanul Muslim, Dr. Mahmoud Ezzat dan Dr. Mohamed Moursi, Ketua Partai Hurriyah Wal Adalah --sayap politik Ikhwanul Muslim-- menghadiri undangan Natal di Katedral Abbasea, Kairo.
Bagaimana pula denga Ulamak Muda Umno ? teguran ini semakin banyak membuka pekong dan memberi gambaran sebenar kepada Ulamak-ulamak yang tercipta di negara ini. Nik Aziz pula terus membisu, bimbang kerana pernah melakukan hal yang sama sebelum ini.

Ini perkara akidah, dan teguran ini dibuat oleh seorang mufti kepada seorang pemimpin no 1 negara. Bukannya teguran seorang blogger cap ayam lagi jahil seperti GK Ianya perlu jelas, dimana fungsi Menteri Agama ? tidur,makan gaji buta, apa yang dibuat pun tak tahulah.

Kepada Menteri yang menjaga Agama, sila jaga agama !!! Pastikan siaran langsung dikaca TV dibuat secepat mungkin untuk menjelaskan perkara yang berkaitan dengan akidah umat Islam terutamanya akidah Pemimpin No 1 negara. Kalau Hasan Ali boleh live di TV untuk menjelaskan isu politik, kenapa tidak dengan isu ini. Anda Mampu Mengubahnya.

6 comments:

  1. sama2 buat. sbb tu tak brani belasah.

    ReplyDelete
  2. HOH EMBIKK NOK MUKO,TOK BERJAWAB PUOK PAS KERO,NUAR TU TERE2 NYEMBOH XDOK GEGE.OOO MAPUHLAH

    ReplyDelete
  3. Mahu tanya sama mangkuk tu Apa HUKUM menyambut dan menyokong sambutan Hari Valentine tu...yang jelas bertentnagan dengan Syarak...

    ReplyDelete
  4. Walaupun kita semua ni tak tinggi ilmu ugama tapi masing2 ada belajar had dan garisan yang boleh menyebabkan akidah terpesong. Kalau setakat pemimpin berada dalam majlis ugama lain kerana menghormati kepelbagaian kaum dan ugama, bagaimana pula perkara ini boleh menjejaskan akidah? Nabi sendiri pun tidak menghina ugama lain sehingga sanggup menyuapkan makanan kepada seorang yahudi yg buta. Dulu ada wartawan Mastika masuk gereja kerana mencari berita murtad. Bolehkah kita kata akidah dia terpesong?? Tentu tidak. Sudah pasti ramai lagi orang Islam yg masuk kuil dan gereja kerana alasan2 lain selain dari menukar ugama.

    ReplyDelete
  5. Kalau PR yang buat tak mengapa sebab ulama PAS kata tak apa,dibolehkan tapi kalau UMNO yang buat, depa cari nas lain pula !

    ReplyDelete
  6. aku tgk video tu Karpal langsung x tunduk hormat pd Teoh....yg aku HAIRAN b AJAIB ada pulak org Islam yg Tunduk Hormat pd Mendiang Teoh......org tu pulak diangkat jd pemimpin TERTINGGI & bakal PM Mas oleh penganut PAS????.....apa kah ini????

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...