BERANI SUNGGUH USTAZ FATHUL BARI JAWAB ISU NAJIB DAN THAIPUSAM

Klip video penjelasan mengenai kehadiran muslim pada perayaan agama lain yang dijelaskan oleh Ulamak Muda Fathul Bari ini sangat terang,berani dan ikhlas jika dibandingkan dengan Pejuang Islam Pas. Rakaman yang dibuat oleh Abu Aqif  Studio ini semoga dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Bersediakah ulamak Pas untuk mengambil pendekatan yang sama terhadap pemimpin mereka terutama Mursyidul AMnya, Andai bersedia lakukanlah kerana jika melihat kepada keadaan Nik Aziz pada rakaman Video terbaru mengenai kata duanya kepada Anwar berikutan laporan WSJ, beliau sangatlah uzur dan sudah tidak mampu lagi untuk memimpin mahupun mentadbir. Kasihanilah dia. Hanya nafsu sahaja yang masih kuat dan ego. Lagipun Pas bukannya ketandusan pemimpin untuk menggantikan beliau, Nik Amar sudah lama bersedia untuk itu dan ia sememangnya layak.

Mengenai isu sambutan perayaan agama lain, Kenyataan pejuang Islam Pas yang turut bergelar Ustaz  "Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri,”

Nasrudin juga berharap lebih ramai pakar agama, termasuk Hasan Ali supaya tampil menyatakan pendirian jika benar mendakwa mereka pembela akidah umat Islam.

"Saya tidak fokus kepada Hasan sahaja tapi juga kepada mufti, pimpinan dan ulama Umno sendiri sepatutnya kena peka sebab ia dilakukan perdana menteri dalam satu program yang jelas merupakan program agama, bukan program kebudayaan,". - Nasruddin Hasan Ketua Pemuda Pas

Bila timbul isu mengenai kesamaran didalam agama, orang yang menggelarkan dirinya dan juga partinya yang memperjuangkan Islam adalah lebih kepada mempolitikkan isu. Apakah Ketua Pemuda sebuah gerakan Islam tahap ilmunya hanya dapat mempersoalkan atau menyuruh orang lain untuk menjelaskannya. Sungguh memalukan.

Ustaz Fathul Bari yang selama ini dituduh sebagai Ularmak dan boneka Umno serta itu dan ini berani tampil dengan lantang serta profesional dalam menjelaskan isu yang berbangkit ini. Walaupun kelihatan agak kekok dan gugup tapi hukum yang nak disampaikan itu adalah bersifat umum yang  jelas tanpa mengaitkan dengan mana-mana pihak.

Tidak seperti pemimpin Pas yang akan menghalalkan sesuatu perkara itu dengan menggunapakai kaedah mantik demi menjaga kepentingan parti tanpa melihat kesannya kepada agama. Jika ulamak muda Umno berani menjelaskan hukum agama tanpa membela sesiapa termasuk Pemimpin no 1 negara.

Diharapkan selepas ini pejuang Pas berani melakukan perkara yang sama, jika tidak Menteri Besar Terengganu Ahmad Said sedia untuk ke mana-mana mahkamah civil atau syariah berkaitan dakwaan berasas beliau bahawa PAS adalah Parti Ajaran Sesat. Anda Mampu Mengubahnya.

5 comments:

  1. JIka ia dilakukan oleh pemimpin Islam dari Pembangkang jawapan nya ialah ...ATAS KAPASITI SEORANG KETUA.

    ReplyDelete
  2. mcm ke sial blog...pukimak..hang la syok sendiri

    ReplyDelete
  3. Salam. Kami telah memautkan blog yang penuh berinformasi Tuan ke bloglist kami. Harap Tuan juga dapat berkongsi laman UtaraNews.com di list blog Tuan. Terima kasih.

    http://www.utaranews.com/

    ReplyDelete
  4. hahaha,ada plak yg marah kau gk,marah didalam yg ada makna tu.....

    ReplyDelete
  5. JELAS penerangan Ustaz Fathul Bari ni......pegangan Fathul Bari dlm CARA MENEGUR pemimpinpun sgt JELAS & TEGAS.....aku suka cara penyampaian ilmu seperti ini......jumpa utk menasihati adalah cara TERBAIK dari menegur/ mengutuk dlm utube sebab jika bersemuka pjg lebar boleh berbincang & tahu apa permasalahan SEBENAR yg BERBANGKIT.....mungkin ada salah faham & mungkin ada yg jd BATU API....anyway, i like Ust Fathul Bari style.....ini baru ULAMAK TULEN pewaris Nabi

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...