PANAS!!! KETUA PEMUDA PAS LANTANG DIKRITIK KERANA KUAT MAIN GAME ANGRY BIRDS DI I-PAD

Melihat kepada pertanyaan orang muda di forum bual bicara bersama Facebooker dan bloggers di Balai Islam Kota Bharu Kelantan ini dimana ketaksuban penyokong Pas tidak seperti dulu lagi, kebanyakkan mereka sudah celik dan sedia memberi ruang kepada kerajaan selain Pas untuk mentadbir negeri Kelantan.,

Klip video dibawah juga mempertikaikan Pemuda Pas yang hanya pentingkan I-Pad dari membincangkan hal-hal yang berkaitan rakyat, itu adalah kritikkan dari penyokong Pas sendiri. Kalau penyokong Umno mungkinlah dikatakan fitnah, maknanya didalam kepimpinan Pas ni hanyalah kepimpinan I-Pad semata-mata.
Mereka mula bangkit dengan mempersoalkan dimana janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat didalam manifesto pilihanraya 2008 yang lalu, diakhirat nanti, mungkin mereka yang telah mengundi Pas dan mengharap syurga akan bertanya kepada Nik Aziz dimana syurga yang pernah dijanjikan semasa berada didunia dahulu. Sedangkan syurga yang dijanjikan itu bukan hak mutlak Nik Aziz untuk menentukan seseorang untuk memasukinya.

Bila rakyat sudah celik dan melihat tingkah laku pemimpin Pas yang menjanjikan syurga itu pun tidak tepat menunaikan janji didunia, masihkah mereka akan mempercayai lagi, secara jujurnya GK menganggap kepimpinan Pas atau Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional tidak ada bezanya. Islam hanyalah sebagai topeng untuk berkuasa.
Secara jelas dan jujur juga, pakaian Husam Musa pun tiada bezanya dengan pemimpin UmnoBN jika melihat kepada klip video diatas, begitu juga dengan pembangunan, kalau dulu bangunan yang dibina di negeri membangun bersama Islam namanya sudah pasti islamik, seperti Pasar Siti Khadijah, Hotel Ar-Raudah, Hotel Ansar dan sebagainya.

Tapi kini pembangunan yang berlaku di Kelantan  sudah tidak dinamakan dengan nama Islamik lagi, ianya lebih kepada nama seperti nama pembangunan yang dibuat oleh kerajaan sekular, contoh terbaru adalah KB Sentral, KBTC atau Kota Bharu Trade Centre dsbnya. Pembangunan seperti ini sudah lama terbina dibawah kerajaan BN. Nama-nama ini hanyalah diciplak dari kerajaan sekular.

Jadi dimana bezanya Pas yang dikatakan Membangun Bersama Islam dan negeri berkebajikkan, alasannya mudah, tunggu dapat royalti, adakah rakyat masih bodoh ingin mendengar alasan bodoh seperti itu. Jika kerajaan BN memerintah negara, dan dikatakan banyak wang, wang tersebut juga diagihkan kepada seluruh negara bukan hanya kepada sesebuah negeri.

Maksudnya, banyaknya wang banyak juga tanggungannya, andainya kerajaan Pas Kelantan ni berkebajikkan sangat, cuba jadikan pentadbiran di Kelantan ni lebih hebat dari pentadbiran BN diseluruh negara. Contoh mudah juga kalau kerajaan BN boleh bagi BR1M sebanyak RM500 seorang,kerajaan Pas Kelantan bagilah RM 100 seorang sebagai tanda kebajikkan. Kecil cara kecil, besar cara besar, bukan cakap saja yang besar boleh itu dan ini, cubalah buktikan....

Begitu juga dengan janji-janji yang ditabur kepada rakyat, berapa peratus sahaja janji tersebut dilunaskan, janjinya cukup hebat, tak percaya Klik DISINI. Islam hanyalah topeng untuk Pas ingin berkuasa. Sampai bila ianya harus dibiarkan.... Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...