SENARAI 85 BERKEBAJIKAN PAS DI KELANTAN KEKELENTONGAN


Oleh: Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan

PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN

1. Meneruskan amalan perundangan dan kehakiman yang bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qiyas 
2. Terus mengkaji meneliti dan membuat pindaan serta menyesuaikan enakmen yang sedang dipakai di samping mengkaji, meneliti dan membuat pindaan serta menyesuaikan segala peraturan pentadbiran supaya tidak bercanggah dengan kehendak Islam. 
3. Terus berusaha ke arah mempastikan setiap pindaan dan perubahan terhadap enakmen dan peraturan pentadbiran adalah benar-benar memenuhi prinsip keadilan, keharmonian dan saling hormat-menghormati pihak-pihak berkenaan. 
 
KEMUDAHAN AWAM DAN INFRASTRUKTUR


4. Meneruskan program kemudahan asas (infrastruktur) kepada rakyat bagi melicinkan urusan sosial, ekonomi dan komunikasi dan berusaha mendekatkan jurang kemajuan masyarakat bandar dengan luar Bandar. 
5. Mempertingkat, memperbanyak dan memperluaskan lagi program Desa Taqwa dengan matlamat membangunkan satu projek di setiap daerah. 
6. Mempertingkatkan mutu dan menyediakan bekalan air bersih mencukupi kepada seluruh rakyat Kelantan.
7. Berusaha membina jambatan keempat merentasi Sungai Kelantan bagi mengatasi kesesakan lalu-lintas di Kota Bharu. 
8. Mempertingkatkan amalan al-taawun dan kerjasama masyarakat setempat dalam melaksanakan pelbagai program kemudahan asas rakyat tempatan. 
 
PERTANIAN.  


Mempertingkatkan keupayaan rancangan pertanian yang telah terbukti berjaya memajukan golongan petani dan penternak: 
9. Rancangan industri desa berasaskan pertanian. 
10. Pemulihan tanah terbiar. 
11. Penanaman sayur dan industri sayur-sayuran. 
12. Penanaman secara komersil bawang merah, jagung bijiran dan nenas. 
13. Penanaman buah dan industri buah-buahan. 
14. Melahirkan usahawan tani (agro-tourism) 
15. Penanaman padi. 
16. Menampung pemberian subsidi baja padi. 
17. Pengeluaran penternakan. 
18. Penghasilan ikan air tawar dan udang. 
19. Melahirkan petani pelapis. 
20. Penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian dengan memberi latihan dan membuka peluang memajukan pertanian tanah tinggi Lojing. 
21. Membina pasar borong pertanian. 
22. Memajukan Taman Teknologi Pertanian. 
 
PERHUTANAN 


Meneruskan usaha menjadikan sektor perhutanan sebagai kegiatan ekonomi penting dengan mengambilkira perkara-perkara berikut: 
23. Semua keputusan Majlis Perhutanan Negara dalam mempastikan pengekalan keluasan , pertumbuhan semula hutan dan kawasan hutan simpan, terutama dalam mematuhi kuota penebangan hutan. 
24. Tidak berlaku penebangan yang melanggar Akta Perhutanan dan peraturan-peraturan di bawah Akta Perhutanan.
25. Usaha-usaha penanaman semula (reforestration) dan pemulihan hutan melalui rancangan Ladang Hutan. 26. Mengekalkan prinsip mesra alam dan penjagaan alam sekitar. 
27. Pengawalan pembalakan dan menyelesaikan masalah pembukaan tanah secara haram. 
 
PERIKANAN 


28. Membina lebih banyak prasarana industri perikanan.
29. Menyediakan kemudahan pemasaran 
30. Menyediakan latihan perikanan kepada nelayan pelapis. 
31. Memajukan Projek Pelabuhan Perikanan dan Taman Industri Marin di Tok Bali. 
32. Memajukan projek ternakan air (aquaculture). 


PENTERNAKAN 


33. Menjadikan Negeri Kelantan sebagai pengeluar dan pembekal hasil ternakan utama seperti daging halal bagi keperluan dalam dan luar negeri. 
34. Memajukan ternakan susu.
35. Menggalakkan penternakan tradisi dengan cara membekal baka dan khidmat nasihat. 
36. Mengekalkan keluasan padang ragut milik kerajaan untuk dimanfaatkan oleh penduduk tempatan. 
37. Mewujudkan zon penternakan berkelompok untuk lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan ayam-itik. 
38. Mewujudkan zon perusahaan berasaskan binatang ternak seperti makanan, daging, kulit dan penghasilan baka. 
 
PERINDUSTRIAN. 


39. Meneruskan pembukaan kawasan perindustrian baru di setiap jajahan. 
40. Meneruskan usaha menarik pelabur tempatan dan asing menerusi pelbagai perkhidmatan, kemudahan dan galakan insentif. 
41. Mempertingkatkan peranan Pusat Serenti Pelaburan bagi menggalakkan aktiviti pelaburan dan perindustrian. 
42. Meneruskan usaha-usaha memajukan "Å“cottage industry" seperti industri makanan. 
 
KEUSAHAWANAN


43. Menyediakan kemudahan dan galakan bagi membantu usahawan-usahawan kecil.
44. Meningkatkan peranan perbadanan kerajaan dalam memajukan bidang usahawan. KRAFTANGAN Memajukan sektor industri tumpuan iaitu: 
45. Industri batik, tenunan dan kain songket.
46. Industri kraftangan termasuk ukiran dan perak.
47. Industri barang kemas terutama emas.
48. Berusaha mewujudkan Pusat Reka Cipta bagi melahirkan ramai usahawan kraf. 
 
PELANCONGAN. 


Meneruskan usaha-usaha menarik pelancong domestik dan antarabangsa melalui: 
49. Mewujud dan melebarkan lebih banyak pusat persinggahan/destinasi baru pelancong dengan imej budaya asli tempatan.
50. Menggalakkan reka cipta baru bertaraf antarabangsa sebagai tarikan. 
51. Mempromosi peluang-peluang pelancongan. 
52. Memasukkan lebih banyak acara tahunan di dalam kalendar pelancongan nasional. 
53. Mempopularkan pakej pelancongan berasaskan alam semulajadi (eco-tourism/agro-tourism). 
 
PENTADBIRAN TANAH 


54. Menyediakan sistem pendaftaran dan bayaran hasil tanah secara berkomputer. 
55. Menyediakan sistem bayaran hasil tanah secara "on-line" yang boleh dibayar dimana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan. 


TANAH TERBIAR 


56. Mempastikan usaha pemulihan tanah terbiar. 
57. Meneruskan usaha pemulihan tanah terbiar dengan aktiviti bercorak komersil di samping menyedia khidmat sokongan kepada mana pengusaha yang memajukannya. 
 
PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN  


58. Meningkatkan penguasaan ke atas pencerobohan tanah kerajaan dan hutan simpan. 
 
PERLOMBONGAN DAN KUARI 


59. Meningkatkan usaha pengeluaran hasil bumi (batu-batan dan galian) termasuk emas secara lebih efisyen dengan kerjasam PKINK. 
 
KEWANGAN 


60. Mempertingkatkan punca-punca hasil baru di samping terus memajukan punca-punca hasil sedia ada berteraskan kaedah Islam. 
61. Meningkatkan peranan Tabung Serambi Mekah demi kepentingan rakyat. 
62. Mempertingkatkan dana terkumpul Tabung Warisan Tok Kenali. 
 
PERBADANAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI. 


63. Mempastikan PKINK dan anak syarikatnya menerokai peluang-peluang baru berasaskan sektor ekonomi utama negeri seperti pertanian, hartanah, perhutanan, pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan. 
64. Meneruskan amalan tiada campur tangan politik dalam pengurusan dan pentadbiran perbadanan agensi Kerajaan Negeri. 
65. Mempastikan PKINK dan anak syarikatnya menjalankan projek yang ekonomik demi mengurangkan pergantungan kepada kerajaan negeri. 
 
MPKB/MAJLIS DAERAH 


66. Memajukan Pusat Ekspo Negeri di Tanjong Chat, Kota Bharu. 
67. Mewujudkan Taman Rekrasi satu jajahan satu taman seperti Taman Rekreasi Bandar Tanjong Chat Kota Bharu. 
68. Meneruskan dasar perlantikan wakil-wakil kaum (Cina, India, Siam dan Orang Asli), kumpulan professional, NGO, ahli Persatuan Bekas Perajurit dan Ahli Persatuan Bekas Polis, belia dan wanita sebagai ahli majlis MPKB dan majlis daerah di seluruh negeri.
 
PEMBANGUNAN WILAYAH/BANDAR BARU. 


69. Meneruskan pelaksanaan pembangunan Jajahan Kecil Lojing dan Bandar Baru Lojing. 
70. Berusaha memajukan Bandar baru berkonsepkan Islam di Pengkalan Kubor Tumpat.
71. Meneruskan semua projek Bandar baru yang telah dirancang:
a) Bandar Baru Pasir Pekan. 
b) Bandar Industri Perikanan Tok Bali.
c) Bandar Baru Rantau Panjang. 
d) Bandar Baru Gua Musang. 
e) Bandar Pelabuhan Darat Kuala Krai.Utara.
f) Bandar Petro-Kimia Senok.
g) Bandar Ilmu Machang. 
72. Meneruskan Rancangan Pembangunan Bersepadu di perkampungan Orang Asli (RPS) dengan pemberian milik lot rumah dan lot dusun seperti di Kampung Jedik, Pos Brooke. 
 
PERUMAHAN


73. Melipatgandakan usaha pembinaan rumah awam kos rendah mengikut prinsip Islam seperti mengandungi tiga bilik sebagai memenuhi keperluan pembeli. 
74. Berusaha menyediakan tapak-tapak rumah kepada golongan miskin seperti di Bukit Tok Ali Jeli, Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Alor Pulai Bachok dan Kg. Tok Ewal, Bachok. 
75. Mempastikan langkah-langkag prihatin diambil bagi mengatasi masalah perumahan akibat banjir atau ribut sepertimana projek penempatan semula di Batu Jong dan Kuala Nal Kuala Krai.

PENDIDIKAN


76. Memajukan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sebagai universiti Islam ulung di rantau ini yang mampu melahirkan ulamak, intelek dan pendakwah berwibawa. BELIA. 
77. Mewujudkan Tabung Belia Usahawan Negeri Kelantan agar lebih banyak modal dapat dialirkan di samping menyediakan bimbingan keusahawanan kepada belia tempatan.
78. Memperbanyakkan pusat latihan dan jaya diri belia di peringkat jajahan bagi melahirkan lebih ramai tenaga belia yang terlatih di bidang pekerjaan. 
79. Menubuhkan Pondok Pemulihan Dadah berasaskan pendekatan Islam. 
 
WANITA


80. Mempertingkatkan penglibatan wanita di dalam perlantikan ahli lembaga PKINK, MPKB/Majlis Daerah, Unit Dakwah Halaqat, YIK dan penglibatan agensi berkanun berkaitan. 
81. Terus berusaha mewujudkan kumpulan penggiat ekonomi wanita di peringkat kampung menerusi pemupukan budaya keusahawanan secara teratur. 
82. Mengenalpasti dan merangka program pembelaan kepada janda, ibu tunggal dan wanita uzur. 
 
WARGA TUA DAN KURANG UPAYA


83. Mewujudkan skim penempatan warga tua yang terabai di Pondok Pengajian Islam yang sedia ada.
 
PROGRAM AM 


84. Mempertingkatkan program keagamaan, ekonomi dan kebajikan kepada saudara baru Islam dengan kerjasama PERKIM. 
85. Mempertingkatkan perkhidmatan Pusat Rawatan Islam.


. Daripada 85 senarai tersebut agaknya berapa sahaja yang mampu ditunaikan oleh Pas ? Habuk pun tarak.Anda mampu mengubahnya

20 comments:

  1. PAS buat doh ken!Sbb 2 rakyat semo undi dia.PAS parti syurga weh.Biar rakyat susah pun asa PAS bleh perentah.Tak dok gapo pun negeri kelate ame dame.Syurga weh syurga.Undi BN boleh gapo?BN tak dok syurga.BN buat kemajuan ja.Pah 2 puak PAS la hok guno.2 nujuk kan ore PAS cidik.Tok guru panda bodek rakyat.Isle....isle....undi PAS masauh syurga.

    ReplyDelete
  2. tahniah atas pembongkaran ini, ikhlas dari lamanizzs.blogspot.com
    mohon linkkan blog saya sekali ye..

    ReplyDelete
  3. khurafat betul lah penjilat parti politik PAS nie..mu ngaji mane undi PAS masok syurga????

    ReplyDelete
  4. astaghfirullahlazimmmm....

    Wahai pemimpin PAS
    Berkata benarlah kamu
    Lidah kamu lidah Islam
    Tuhan maha mengetahui
    Apa yang tersirat
    dan apa yang tersurat

    Beristigfarlah....

    Wahai pemimpin PAS
    Berkata benarlah kamu
    Lidah kamu lidah Islam
    Tuhan maha mengetahui
    Apa yang tersirat
    dan apa yang tersurat

    Beristigfarlah....

    Wahai pemimpin PAS
    Berkata benarlah kamu
    Lidah kamu lidah Islam
    Tuhan maha mengetahui
    Apa yang tersirat
    dan apa yang tersurat

    Beristigfarlah....

    ReplyDelete
  5. Wahai Kerajaan Kelantan,
    Manusia serendah mana pun aqal mereka dapat merasakan bahawa ini adalah rethorik semata-mata sama seperti apa yang sering dilaungkan oleh Peliwat yang anda sokong selama ini.

    Sedarlah wahai penyokong PAS, mati hidup balik sekalipun keranaan PAS Kelantan tidak akan mampun melaksanakannya.

    Sedarlah....dan bertaubatlah...

    ReplyDelete
  6. RAKYAT KELANTAN TIDAK PERLU SEMUA 85 PERKARA DI ATAS, RAKYAT KELANTAN HANYA PERLU JAMINAN MASUK SYURGA OLEH SEORANG ULAMA. ITU SAJA.

    HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan Pas Kelantan jgn eksen dgn cita2 dan angan2 untuk terus menipu rakyat. Belanjawan nak laksanakan semua dijangka berbillion2 ringgit. Duit dari mana beb? Masalah air dan Kg.Limau Manis pun gagal diselesaikan. Dengan lesen memandu motosikal nak bawak kapalterbang ke? Jangan bodohkan diri sendirlah. Dah taksub pada Mat Jenin pulak.

    ReplyDelete
  8. syurga n neraka ni itu kerja Allah,bukan di tentukan oleh ulama pas,di dunia boleh lah becakap macam2,apalah org2 islam lain yg x undi pas,cakap sedap mulut je.rosak-rosak org islam krn org islam sendiri yg berhati batu....apa ada pada pas yg sentiasa bercakap pasal islam tp x de apa pun,cuma d permain kan oleh DAP adalah...

    ReplyDelete
  9. ingat PAS bukan agama... agama kita Islam...
    Nik aziz bkan Ulamak.. cuma tok guru je.. sape yg bg dia ulamak..???? shabat nabi dlu ade ke undi PAS..??? tapi sudah dijanjikan syurga pon.. patut pon PAS = parti ajaran sesat... TERLALU TAKSUB.. aku nak spotong hadis atau ayat quran menerangkan undi PAS masuk syurga... mne..??? xde kan...??

    ReplyDelete
  10. Udoh-udoh laa PAH=PAS malu kawe nok ajok tok tua g klate, air supo air teh...huhuhu
    pahnih kawe pakoh BN laa pulok...PAH=DAJAL
    "Syurga sebenarnya Neraka, Neraka sebenarnya Syurga"

    ReplyDelete
  11. ..mengapa tidak senaraikan sampai 1001 perkara kebajikan yg AKAN dilaksanakan. Hanya 'AKAN' tapi habuk pun tarak...hanya tahu jual tiket ke 'sorga' tapi sendiri pun belum tentu sampai ke sorga. Untuk dapat 'sorga' dunia sanggup pula jual perjuangan Islam kepada kapir harbi DAP dan Al Jubb..

    ReplyDelete
  12. buak apo mu tak horma' kat tok guru...dio ke nabi, buke aku dok kato tapi usta' budok.

    ReplyDelete
  13. SYURGA DAN NERAKA KERJA ALLAH,KALAU KITA SOKONG BENDA HARAM,KERAJAAN YANG MENGHALALKAN KILANG ARAK,DISCO,JUDI TOTO DAN SEBAGAINYA SAMALAH KITA BERSUBAHAT DAN HUKUMNYA HARAM...DAN JIKA KITA SOKONG KERAJAAN YANG MENDAULATKAN ISLAM MENGHARAMKAN APA YANG HARAM JAMINAN SYURGA ADALAH LEBIH JELAS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..saya suka komen tuan..untuk lebih jelas..pilihlah kerajaan yang lebih islamic yang memperjuangkan agama Allah S.W.T. semoga kita semua mendapat keberkatan di dunia dan akhirat..insyallah.

      Delete
    2. 100% menyokong....

      Delete
  14. umpama ayam jantan berkokok tapi ekor penuh dengan Taik itulah PAS.......

    ReplyDelete
  15. cakap sajo dok rok boh...cakap nok daulat isle buatnyo tidok...nok syurgo lagu mano?? pah lagu mano? masaloh air pun dok leh selesa...mana isle nyo?? air tu ore nok wak bersuci dari hadas kecil dan besar...dok suci nok wak ibadat lagu mano? dok soh ibadat tu..ko guano?

    ReplyDelete
  16. Alim sahaja tak cukup..
    Isle gapo gat kalu dok bersekongkol dengan nuar dan dap.. tere2 doh kakah tu buleh pitis melalui Institut Kajian Dasar tajaan KAS, KAS milik pertubuhan kristian german.. sokong pas macam sokong benda ni lah..

    Isle pas hanyalah di mulut, duit tabung memali pun kena balun dek pemimpin2nya.. kah4

    ReplyDelete
  17. Nuar kata buleh guna nama Allah bagi pihak Kristian dan gereja..
    Nik Aziz sokong...
    Harun Din kata tak boleh, haram..
    Azamuddin balun nuar dalam parlimen.
    Kapir Kristian suka sebab boleh kelirukan ummat Islam..

    Islekah pas?

    ReplyDelete
  18. ore jiwo KECIK beleh mace nik aziz dok payoh la berange nok jadi pm. kalu jd tu hanyo ujian dr Yg Maha Kuasa. mu & the geng blaja/ado ilmu stinggi langit pun x guno. kecek mace org bengong, x jd ore cerdik. ilmu xleh jago tuan. napok sgt ilmu x berkat. puok2 bodo...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...