BENARKAH PAS DALANG SEBAR AJARAN SESAT DI 14 PASARAYA DI KELANTAN


Lampiran dokumen ini  diterima dari salah seorang rakan seperjuangan yang meminta GK terbitkan yaitu mengenai  politik terlampau ini supaya didedahkan kepada pengetahuan umum bagi memperlihatkan keadaan sebenar sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam selama lebih 20 tahun pemerintahan di bumi bertuah Kelantan Darul Naim. Kalau selama memerintah itu di usahakan dakwah dengan cara seumpama ini alangkah bagusnya. Ni masa nak pilihanraya sibuk je arahkan pasaraya untuk siarkan kuliah Ustaz tok rok duk cetong . Pas ni ajaran sesat, kalau tak sesat dia tak buat macam ni . Kenapa perlu disediakan rakaman kuliah agama? Ni lah kerja menghasut rakyat untuk menyokong Pas.
Terharu dan terhiba melihat keadaan Pas Kelantan yang pincang dan huru-hara menyusun strategi bagi mengekalkan kuasanya di Negeri Tersohor Kelantan Darul Naim. Tapi hakikatnya rakyat Kelantan telah sedar segala pembohongan yang dilakukan Pas dengan mempergunakan Agama Islam sebagai perisai melindungi perbuatan terkutuk mereka. Jangkaan Pas yang menggangap rakyat Kelantan berjaya dijumudkan oleh mereka sehingga hari ini tersentap dengan pembongkaran demi pembongkaran yang dilakukan oleh hamba-hamba Allah.

Pada hari ini rakyat Kelantan adalah merupakan satu kebangkitan yang akan ditonjolkan kepada seluruh kepimpinan yang ada di Malaysia pada PRU13 nanti bahawa mereka semua akan mendahului satu peralihan kuasa yang mana kesetiaan mereka disia-siakan oleh kerajaan yang sedia ada selama ini. Sejarah akan menyemat setiap detik yang dilalui lebih 20 tahun yang lalu tanpa sebarang perubahan baik dari penerapan nilai-nilai Islam dan juga pembangunan. 

Kesusahan yang dialami rakyat Kelantan selama ini sudah cukup untuk membuatkan mereka serik dan muak dengan segala adegan yang diperlakonkan oleh Pemimpin-Pemimpin Pas. Salah satunya dapat kita lihat ialah setiap ceramah yang dianjurkan oleh Pas atau PR gagal mendapat sambutan rakyat tidak sepertimana ceramah-ceramah yang dianjurkan sebelum ini. Alhamdulillah.
Artikel GK kali ini adalah mengenai kegusaran Kerajaan Pas Kelantan bila melihat rakyat sudah berubah dan inginkan proses peralihan kuasa berlaku di negeri Kelantan. Kerajaan Pas menerusi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam telah mengeluarkan satu memo arahan supaya setiap pasaraya disini mendendangkan ceramah-ceramah Pas SESAT sepertimana yang GK lampirkan. Andai kata kerajaan Barisan Nasional yang melakukannya, apakah yang dapat anda bayangkan respon serta fatwa dari Pimpinan Pas kepada perlakuan tersebut.

Inilah politik Pas yang cuba menjerat golongan peniaga atau pelabur untuk terlibat sama dalam menjayakan misi menyesatkan ummah. Sekiranya ceramah agama dari Ustaz yang tiada kaitan dengan politik atau Ustaz yang mulutnya tidak hudoh memaki hamun mengenai kehidupan masyarakat yang tiada kaitan langsung dengan politik alangkah indahnya Islam jika diperjalankan demikian. Untuk kuasa politik Pas mampu mencari idea bagi menyampaikan dakwah Parti mereka. 

Jangan Pas cuba berputar belit lagi, kerana rakyat semakin benci,benci dan benci. Kenapa Pas tidak bersungguh seperti ini untuk dakwah dan mendaulatkan Islam? Pas hanya reti berdakwah politik dan Hudud yang retorik. Tidak menyampahkah lagi kita ? Gejala sosial di Kelantan sangat membimbangkan tanpa diambil tindakan untuk mengurangkannya. Kerja Pas hanya beromong kosong di pentas neraka dan hanya reti mengutip derma.
Dari tahun 1990 sehingga sekarang Pas cuma berjaya memecah belahkan persaudaraan dikalangan rakyat dan Pas memutar belit dengan mengatakan UMNO menuduh Islam yang memecah belahkan umat. Perlu dijelaskan bukannya ISLAM yang memecah belahkan umat, tapi Pas yang mengcelakakan rakyat. Jahatnya Pas yang terpimpin dibawah manusia yang bernama Nik Aziz tidak mampu diselindungkan lagi. Kuasa Allah akan mengajar manusia yang hipokrit dan mengjahanamkan agama Allah untuk kuasa politik.
 Pas mendakwahkan Parti melebihi dari segala-galanya, seolah-olah parti Pas itu Islam dan Islam itu Pas, sungguh malang jika masih ada dikalangan manusia berakal yang menganggapnya demikian. Sedarlah kita, Ulamak bukan seperti Nik Aziz, Bukan seperti Nik Aziz, Jika orang memaki hamun Nik Aziz dan kata Nik Aziz tu sesat, pasti ada penyokong taksubnya yang membela. 

Harus diingat, jika kita tidak memaki dan menyesatkan orang lain terlebih dahulu, orang lain juga akan segan dan malu untuk memaki dan menyesatkan kita. Bahkan orang lebih menghormati, tapi Nik Aziz ni orang tua melampau yang terkutuk dan mencemarkan imej Islam masih ada lagi si bodoh yang memujanya. Sebangang-bangang GK pun segan kalau nak kutuk orang yang bersih dan jujur, terasa berdosa dan sangat tidak wajar, contohnya Dato' Dr Haron Din, walau berbeza fahaman politik tapi sikap dan tutur kata beliau sangat beradab dan disegani.

Politik perlu ada adabnya, bukan setiap perkara ada sahaja nak dipolitikkan, melampau tahap Nik Aziz perlu disedarkan demi kesejahteraan umat. Takkan semua perkara kita sahaja yang betul, itulah yang melampau,bila ditegur akan dipersalahkan pula kepada Umno itu dan ini.Bila berbeza pendapat pula akan disesatkan dan dikafirkan, sungguh mudah difatwa hukumkan, seolah Islam ni miliknya yang mempunyai wahyu dari Allah.
Kesanggupan Pas untuk mendaulatkan Partinya dan membelakangkan Islam jelas pada memo yang mengarahkan 14 buah pasaraya dipasang ceramah yang telah disediakan rakamannya oleh pihak MPKB-BRI. Rakaman ceramah tersebut tidak lain dan tidak bukan disampaikan oleh tokoh popular Pas yaitu Ustaz Azhar Idrus yang isi ceramahnya menguntungkan Pas semata-mata bukannya Islam.

Sebaiknya atau lebih ikhlas jika mengarahkan semua pasaraya terbabit bebas untuk memilih mana-mana rakaman kuliah yang disampaikan oleh sesiapa sahaja yang bergelar Ulamak atau Ustaz yang tidak ditakrifkan sebagai sesat oleh Majlis Agama Islam. Perkara itu lebih sesuai jika demikian, Semua pelanggan yang kepasaraya tersebut akan lebih selesa tanpa mengira fahaman politik, Cukuplah sejarah satu kampung dua Imam dan dua masjid dalam solat jumaat. Jangan sampai 14 menjadi 28 pasaraya yang akan melingkupkan pada kadar pertumbuhan ekonomi yang sama.

Insaflah wahai Pemimpin Pas, usah mementingkan diri sendiri sehingga melupakan hak orang lain dan merosakkan kesejahteraan ummah, semua manusia ada bijaknya, masa dan keizinan yang esa akan menentukannya. Sikap mempergunakan Agama itu akan memakan diri sendiri kelak ia terbongkar...Ubah ada pada anda, ubahlah, Anda mampu mengubahnya.

7 comments:

  1. pAsesat terdesaklah tu, syoklah pas skg dah ada nabi baru yg diilhamkan oleh pengikut yg sesesat dgn tok giru.giler punya pas,boikot jer sume pasaraya ni kalau pasang ceramah pas.shopping kat kedai runcit jerlah kalau macam ni...mungkin rezeki diaorang...

    ReplyDelete
  2. SALAM GK ... MINTA IZIN PAKAI ARTIKEL LU, MANTAP!

    ReplyDelete
  3. Nik Aziz sumbak barak doh terrrr...

    ReplyDelete
  4. kerajaan pas kelantan menyediakan ceramah,pasang secara percuma suruh rakyat kelantan dengar. nk bui rakyat paham hal2 agama,lebih baik dari dengar lagu2 yg melalak kt dalam supermarket dan pasar2 raya tu. itupun xbetul ke. Sape mkn lada terasa pedas la dengan ape yg disampaikan dalan CD2 ceramah tu. itu je sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih tuan GK, teruskan perjuangan semoga Allah dan RasulNya bersama saudara GK.

    ReplyDelete
  6. Sedarlah aduhai bangsaku, bukan Islam sedang menjilat bibir melihat Melayu bahlol dan baghal taksub kepada tok-tok Guru palsu yang bukan ulama warassatul Anbia yang telah dipasang tali dihidung. Menunggu masa untuk mereka terkam.

    ReplyDelete
  7. musafir sufi7/08/2012 9:41 PM

    daripada dengar lagu tu baik dengar cd ceramah atau kuliah atau quran..dapat gak ilmu......

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...