Peringatan dan AMARAN Untuk Pemimpin UMNO Kelantan

Amaran untuk UMNO Kelantan khususnya supaya mengambil iktibar diatas PRU 12 yang lalu yang berslogankan " 18 tahun Pade doh " dimana ianya satu kempen yang hebat tetapi kecundang disegenap tempat. Disamping momentum politik dan undi protes rakyat kepada kerajaan BN, tindakan tersebut juga adalah salah satu sebab utama kekalahan teruk UMNO di negeri Kelantan. Lebih malang lagi kempen tersebut banyak dibawa oleh Pemimpin yang bukannya dikalangan orang Kelantan sendiri.

Pemimpin Umno Kelantan mesti belajar cara untuk mengambil hati rakyat bukannya semata-mata sibuk dengan projek disana sini. Duit anda, projek anda dan pembangunan anda tidak laku untuk majoriti orang Kelantan. Perlu diketahui mentaliti 'Gedebe' orang Kelantan yang lebih berpaksikan " Tok apo bundle pun, janji Amerika / original " inilah yang tidak sama sekali mampu dilunturkan dari zaman berzaman lebih-lebih lagi penduduk yang tinggal dikawasan bandar.

Pantang sama sekali bagi ore kelate sekiranya direndah-rendahkan, dihina atau dipermainkan oleh orang luar sepertimana klip video dibawah, biarpun ditujunya itu musuh tapi kita adalah sekawah. Semangat kenegerian yang masih menebal dalam diri mereka perlu diseimbangkan dengan cara tindak tanduk Pemimpin UMNO berpolitik. Lihat saja pemimpin Pas berpolitik,  mereka pandai berlakon zuhud dan buat-buat miskin sehingga ada diantara pemimpin Pas yang dibayar minum paginya oleh rakyat ketika sama-sama bersarapan di kedai kopi. Pada level pemikiran pemimpin UMNO mungkin ianya jatuh standard. Tapi itulah kunci sebenar pemimpin Pas membeli jiwa rakyat.


Walaupun GK bukanlah seorang Prof atau penganalisis politik, tapi GK tetap seorang pengundi yang berfikiran seperti majoriti rakyat Kelantan yang lain. Isu yang dibawa juga mesti relevan dengan tempat dan kawasan, tidak semua isu boleh disuai mainkan. Ibarat berkandangkan harimau mengaumlah ia, berkandang kambing mengembeklah pula .

Seorang pemimpin rakyat tidak sekali-kali membolehkan ia bersifat seperti angkuh dan sombong atau juga high level, sebaliknya tunduklah kebumi supaya tengkukpun tidak terasa lenguh kerana sentiasa mendongak kelangit. Klip video yang mempersendakan Hudud, orang. keadaan dan yang berkaitan dengan Kelantan itu mempunyai impak yang cukup besar untuk sekali lagi tidak memenangkan BN di Negeri Kelantan.

Jika ingin menang lakukan sesuatu untuk menghentikan perlakuan BODOH itu, ianya tidak sesuai sama sekali untuk disajikan kepada rakyat Kelantan. Jika merasa bijak dan akan mendapat faedah teruskanlah supaya sejarah lebih 20 tahun itu akan terus bertahan dan semakin bertambah pula kekuatannya.


Tindakan dan cara berpolitik yang lebih sistematik dan akan berjaya menambat hati rakyat Kelantan adalah seperti yang ditonjolkan oleh PM sendiri pada klip video ke tiga dibawah ini. Gentleman dan cuba menggunakan loghat Kelantan adalah satu kebanggaan buat rakyat Kelantan. Ini adalah satu cara yang terbaik dan sangat bijak atau disebut juga sebagai ianya 'belago angin'.

'Belago angin' ini kena gayanya orang yang sakit tenatpun boleh bangun berjoget seloka, itulah tradisionalnya dan uniknya budaya dan cara masyarakat Kelantan. Semoga dapat diteruskan cara ini lebih-lebih lagi ketika waktu semakin hampir.


Walaubagaimanapun pernyataan diatas hanyalah pandangan peribadi GK selaku warga Kelantan. Terima atau tidak masing-masing punya fikiran, asalkan saja ia boleh menang. Janji Kelantan mesti ditawan serta dimajukan,supaya mudah hendak sembahyang, tidak menunggu air sehingga berjam-jam, peluang pekerjaan pasti disediakan, rakyat bahagia hidup pun senang. tiada lagi sebuah tangisan, yang dituduh pula hanya lakonan. Dari Islam kini kebajikkan, retorik hudud sanggup mengkafirkan, ajak Dap menjadi kawan, jangankan DAP syaitan pun jalan, agen yahudi menjadi kesayangan,berpeluk cium erat berdakapan, tak kira depan ataupun belakang, Sama rasa sama rata itulah pegangan puak pakatan..Anda mampu mengubahnya.

5 comments:

  1. lg satu, jgn nak memandai tabur duit sblm pilihanraya.bg lps menang!

    ReplyDelete
  2. Ambo tok sir oghe make gaji buta12/12/2011 7:06 PM

    Salam GK,

    Lama gak dak jenguk rumah hang ni.. tambah ceria lak siap raja lawak gi.. hihihi.. kredit tuk dia betoi tu.. lau bolih la.. habaq la sama ngan Tok Pa hang tu.. pasai calon yang hang habaq tu.. tok sah dok pilih yang tinggi tinggi depa tu mana nampak semut bawah rumput ni.. kannye ape.. depa sibuk.. kan elok menkalu yang tak tinggi tara mana.. pa idaknye depa ni gayaat.. haha.. takda la nak kalut panjat gunung tu.. ada la masa nak perati semut semut kat bawah ni..

    Aiih ralet lak.. lembu pun nak kena ubah gak.. ni mai musim hujan lebat ni ghisau la pulak.. kot tebabaih bataih ban tu.. jom pakat ubah wat bekwah.... addeh.. musim kenduri la kata kan...

    ReplyDelete
  3. kemah molek bro..... hok patut kita lekor dengan kore kena lekor jugor....napok sangat bodo nak main politik!!!

    ReplyDelete
  4. betul saya setuju,apa ke jadah samapai si kafir pun komen jugak pasal hudud ni,Kalau real komen ok lah jugak,ini dibuat main dan berlakonlah pulak.Nok mapuh doh kalih.

    ReplyDelete
  5. bodo sunggoh kalu ni puok umno buat gak.kawe raso ni puok pr ni buat sengajo nok perjatuhkan umno.dio tok tahu perangai ore kelate lagumana

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...