PAS Sedia Gerakkan Seluruh Asetnya Bagi Operasi Membantu Dan Menyelam....

Ohh baru kita tahu mengapa PAS menerusi Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) mendesak supaya mengisytiharkan darurat, rupanya selagimana darurat tidak diisytiharkan, aset-aset yang dimiliki oleh PAS sebagaimana dibawah tidak dapat digerakkan.  Mungkin sebab itu juga sampai kehari ini kelibat Unit Amal PAS tidak kelihatan.
 Ini hanya sebahagian aset yang dimiliki oleh PAS hasil dari ceramahnya dan sebahagian aset yang lain mungkin ada dibawah.

Disebalik ujian yang menimpa ini, ada baiknya kita tidak menunding jari kepada mana-mana pihak sebaliknya sama-sama bermuhasabah dan jadikan apa yang telah berlaku sebagai iktibar pada kita semua.

Oleh ust yunan
Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya. Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak.

Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan. Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.

Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?

Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa. Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat.

Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka? Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je... Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa?

Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya.

Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah... Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin...

Sudah Balikkah Menteri Dari Bercuti ? Lihat Semangat Rakyat Kelantan Bangkit Berbakti

Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.

"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.

Nak kena arah dulu baru nak balik buat kerja? patutnya tak perlu disuruh faham-faham jerlah. Ke Menteri ni semua keluar negara tarik pelabur ?

Menteri pun tak elok juga dijilat selalu, nanti lidah naik menggerutu, kebanyakkan Menteri  yang berkaitan tidak kelihatan dilokasi banjir, faktor itu juga mendorong kepada ketidakcekapan didalam pengurusan banjir, biasalah berkerja tanpa bos, bercuti tanpa bos pun sama, nak kena sound dulu baru reti nak balik.

Tentera ada, Menteri tiada, Polis ada, Menteri tiada, tambah teruk, barang tiada, Menteri pun tiada, harga ayam naik sampai RM35 seekor, barang keperluan dikedai-kedai runcit kehabisan, apa sudah jadi ? Menteri langsung tak berperanan dan prihatin terhadap masalah rakyat.

Kalau Menteri rasa nak bercuti, eloklah bercuti terus, jangan sampai rakyat meluat, sekarang ni pun rakyat mulai sedar khidmat bakti mereka lebih diperlukan, mereka tidak lagi bergantung harap sepenuhnya kepada kerajaan untuk membantu saudara mara yang terlibat dengan banjir.

Semangat kebersatuan anak Kelantan eratnya akan menjadi luarbiasa apabila merasa terhina dan tersisih, diatas semangat itu jualah PAS memanfaatkannya untuk mengekalkan kuasa.

Sekarang ni pun berbondong-bondong anak Kelantan di perantauan telah pulang  kehalaman masing-masing, tujuannya tidak lain untuk memberi bantuan samada bantuan darisegi kewangan, tenaga, semangat dll.

Sepatutnya semangat ini perlu ada pada setiap Menteri, sedar akan tanggugjawabnya terus bergegas pulang walaupun tidak diarahkan, untuk Menteri barang khasnya, Ayam naik harga, barangan keperluan harian kehabisan, petrol dan diesel juga terputus bekalan, jadi apakah tindakan Menteri selaku Menteri barang-barang? Anda Mampu Mengubahnya.
Semanagat anak muda!!!
Berkongsi sewa helikopter untuk misi bantuan banjir
Rakyat Bachok yang ada pengangkutan air dilaporkan telah mula bergerak menghantar bantuan pengangkutan
Tidak kurang yang menawarkan penginapan percuma kepada mangsa banjir

Gambar kredit https://www.facebook.com/NCSWK?fref=nf

Pengisytiharan Darurat - Keputusan Bersama Kerajaan Pusat Dan Negeri

Menginsafi dari apa yang berlaku, banjir besar yang melanda Kelantan umpama tsunami sehingga meragut nyawa dan turut memusnahkan harta benda, ternakkan, tanaman dsbnya sudah cukup memberi kesedaran buat kita semua.

Tapi malang bila ada pihak ketiga yang cuba menangguk di air keruh.
Disebabkan kerajaan tidak mengisytiharkan darurat, sekali lagi kerajaan pusat dituduh mendiskriminasikan rakyat Kelantan. Pada masa sama mereka tidak sedar keputusan kerajaan pusat itu adalah keputusan bersama dengan kerajaan negeri.

Mereka cuba mengukuhkan dakwaan (diskriminasi) itu dengan mengaitkan beberapa keadaan seperti bantuan yang lewat tiba, jentera yang tidak mengcukupi dsbnya. Tak dinafikan kelemahan itu berlaku, tapi untuk mengaitkannya dengan diskriminasi ia terlalu lucu.

Sedangkan keadaan hampir sama juga pernah berlaku di Terengganu, bantuan yang lewat tiba memaksa MB Terengganu ketika itu menahan lori yang membawa roti dan diagihkan kepada mangsa banjir.

Isu diskriminasi ini sengaja ditimbulkan untuk membangkitkan rasa benci rakyat Kelantan terhadap kerajaan pusat. Seolah-olah kerajaan begitu zalim kerana sanggup membiarkan rakyat Kelantan yang menjadi mangsa banjir bertarung nyawa, kelaparan dsbnya.

Sepatutnya rakyat Kelantan perlu diperlihatkan dengan kejahatan sebenar rakan kongsi PAS yang sentiasa diagung-agung sehingga diumpamakan seperti khalifah Umar Ab Aziz, apa sumbangan kerajaan komunis DAP terhadap  mangsa banjir di Kelantan.

Keangkuhan pemimpin komunis DAP ini perlu dikenang dan diajar, jika satu hari nanti komunis ini datang berceramah di Kelantan, pastikan telur busuk dibawa bersama ketika hadir mendengar ceramah mereka...

Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, daripada mempersoalkan (darurat) yang dipersetujui oleh kedua-dua kerajaan, ada baiknya kita semua sedar bahawa antara faktor yang menyumbang kepada banjir besar ini adalah disebabkan oleh kerakusan puak 'tauke'  komunis menebang balak hasil dari bertahaluf siyasi dengan PAS.....

Kesimpulannya kalau dua kerajaan yang berbeza ideologi pun sependapat untuk tidak mengisytiharkan darurat, agaknya siapakah atau dari kerajaan langit manakah pihak ketiga untuk kalut mempertikaikannya. Anda Mampu Mengubahnya.
Jika jinak termakan umpan, dilihat kaca tersangka intan

Obama Didahulukan Golf Diutamakan, Mangsa Banjir Hampir Tenggelam @NajibRazak Tak Kesian !

Ketika sebahagian rakyat sedang menghadapi bencana banjir dan hospital yang mempunyai nyawa pesakit bergelap, Perdana Menteri dilaporkan sedang bermain golf dengan Presiden Amerika.

Ekoran dari itu pelbagai pihak tampil dengan pelbagai pandangan, ada yang memuji, memaki, melindungi dsbnya, apapun masing-masing punyai pendapatnya sendiri dan bebas untuk menyatakannya.

Jika dilihat secara terbuka, PM main golf tu adalah perkara biasa, cuma bermain golf  ketika rakyat sedang berdepan dengan bencana banjir besar itu yang mungkin agak luar biasa.

Tidak semestinya bila rakyat kena banjir, seorang PM tak boleh main golf atau jalinkan kerjasama dengan negara luar atau melakukan aktiviti lain, bukan soal itu sebaliknya saat ini isu 'sensitiviti' kepada mangsa banjir lebih mengatasi akan hal demikian.

Kita juga tahu, PM ni bukan kerjanya nak kena pergi berenang kepada mangsa banjir, banyak kerja yang PM nak buat termasuklah bermain golf. Takkan pasal rakyat kena banjir PM tak boleh nak main golf ? Yang banjirnya adalah rakyat, yang main golf adalah PM.

Ada juga yang kata, kalau PM turun tempat banjir, apa yang mampu PM buat ? Bukan boleh surutkan banjir. So mungkin main golf lebih baik.

Ehh ya tak ya juga! Tak terfikir pula, mungkin sama juga kalau ada kematian khasnya melibatkan pembesar negara, buat apa nak berkabung, bendera separuh tiang bagai, bukan boleh bagi hidup balik pun!!!
Adakah ini kerja seorang Menteri ? Salahkah Menteri buat amal ini ?
Bagaimanapun isu 'sensitiviti ' itu tidak akan timbul sekalipun PM main golf atau main-main jika bantuan dari seluruh aspek kepada mangsa-mangsa banjir berjalan lancar dan sempurna.

Sebaliknya kawasan yang terputus hubungan dan cuaca buruk menyebabkan pasukan penyelamat sukar untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap dan merayu supaya diselamatkan, termasuk sebuah hospital bergelap ekoran generator kehabisan minyak sedangkan dalam hospital tersebut mempunyai pesakit, mesin-mesin dsbnya. 
Malaysia mungkin satu-satunya negara maju yang menggunakan sampan untuk menghantar bantuan banjir.
Jadi, ketika puluhan ribu rakyat berdepan situasi cemas dimana nyawa menjadi taruhan, adakah dilihat bagus untuk seorang PM riang bermain golf ? Bukankah saat ini rakyat memerlukan kebijaksanaan dari seorang pemimpin tertinggi yang mempunyai bidangkuasa yang luas keatas semua agensi dibawah pemerintahannya untuk menyelesaikan masalah mereka ?

Dalam kepala rakyat, jika PM prihatin kepada mangsa banjir, mungkin bukan sampan diatas yang digunakan untuk menghantar bantuan, lebih-lebih lagi ketika cuaca tidak menentu, mungkin bot-bot canggih dan selamat akan digerakkan, dan jika keadaan memerlukan 'Scorpene' pun tidak menjadi masalah untuk diturun selamkan.

Sungguhpun begitu PM masih lagi relevan dan terbaik jika dibandingkan dengan pemimpin pembangkang, tidak bermakna kerana bermain golf beliau 100 peratus tidak prihatin kepada mangsa banjir, cuma situasi itu tidak kena dan memberi persepsi kurang baik. Anda Mampu Mengubahnya.

Obama Didahulukan, Golf Diutamakan Ah Jib Gor Jadi Pilihan

Harga Minyak Tak Turun Sebab Terapung ! Rakyat Mohon Penjelasan @ahmadmaslan @NajibRazak

Kerajaan dijangka mengumumkan harga baru minyak RON95 dan RON97, pada kadar yang lebih rendah berikutan kejatuhan harga minyak global, pada 31 Disember ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Ahmad Maslan berkata kadar itu belum dapat diumumkan pada masa ini memandangkan kerajaan masih mengkajinya.

Beliau berkata, berikutan penurunan harga minyak itu, peniaga diminta menurunkan harga barang keperluan harian memandangkan harga barang masih tinggi dan belum diturunkan walaupun harga bahan api sudah diturunkan sebelum ini.

Bagi menangani isu berkenaan, kerajaan mengenal pasti 10 syarikat yang mendominasi 80 peratus pasaran barangan keperluan di Malaysia, untuk berbincang menurunkan harga barangan, katanya.

"Saya berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) mengambil tindakan berjumpa dengan sepuluh syarikat berkenaan untuk berbincang, daripada terus mengenakan tindakan disiplin menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, kerana ia memberi kesan kepada kos pembelian barangan oleh pengguna.

"Yang menjadi masalah, walaupun harga minyak diturunkan namun pengilang, peniaga dan pengusaha masih mengekalkan harga yang sama atau menaikkan harga sedangkan mereka boleh menurunkannya berikutan kos perniagaan sudah dapat diturunkan," katanya.

Menerusi kenyataan Menteri itu, ada beberapa perkara yang rakyat kurang faham bahkan sukar untuk difahami, pertama, apabila diumumkan harga minyak diapungkan mengikut harga pasaran dunia, tapi bila harga pasaran minyak dunia dah turun mengapa harga minyak kita tidak terapung turun mengikut harga pasaran dunia ?

Mengapa kerajaan masih lagi mengkaji sehingga mengambil masa setengah bulan untuk menurunkannya ? Sedangkan bila berlaku kenaikkan, harga minyak dinaikkan serta merta berkuatkuasa jam 12 malam pada hari yang sama ia diumumkan, sehingga rakyat berebut-rebut memenuhi stesen minyak, kasihan !!!

Hal ini kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat supaya rakyat tidak rasa terlalu bodoh untuk diperbodoh-mainkan oleh kerajaan.

Kalau harga minyak dunia naik, apakah kerajaan akan turut mengambil masa kira-kira setengah bulan juga untuk mengkaji sebelum menaikkannya ?

Kedua, Ketika harga minyak dinaikkan, peniaga diminta supaya tidak menaikkan harga barang, namun ketika harga minyak diturunkan peniaga diminta menurunkan harga barang.....

Sekarang harga minyak bakal turun, sekali lagi peniaga diminta menurunkan harga barang, biarpun Menteri sedar permintaan sebelum ini supaya harga barang tidak dinaikkan tidak diendahkan oleh peniaga. Menteri tetap menyarankan supaya KPDNKK tidak mengambil tindakkan keatas 10 syarikat yang dikenalpasti mendominasi 80 peratus pasaran barangan keperluan di Malaysia.

Mengapa 10 syarikat berkenaan begitu istimewa ?, sudahlah mendominasi 80 peratus  pasaran barangan keperluan, dikecualikan pula dari diambil tindakkan sekalipun melakukan kesalahan apabila ingkar tidak menurunkan harga barang.

Berdasarkan kenyataan Menteri, difahamkan, jika terus mengenakan tindakan disiplin menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, ia memberi kesan kepada kos pembelian barangan oleh pengguna.

Pelik jugak tu! Ada juga akta yang tak berguna, so kalau tak diambil tindakkan apakah ia tidak memberi kesan kepada kos pembelian barangan oleh pengguna disebabkan keengganan peniaga menurunkan harga barang ?

Menteri dan kerajaan yang diangkat oleh rakyat tidak sepatutnya menganggap perkara yang memberi beban kepada rakyat itu sebagai satu masalah  sehingga gagal untuk mengatasinya. Kegagalan untuk mengatasinya menunjukkan kerajaan tidak mempunyai merit sekaligus tidak layak untuk mentadbir negara.

Rakyat angkat kerajaan dan pemimpin bukan untuk suruh cari projek atau buat kekayaan peribadi dan kroni, harapan rakyat kepada kerajaan dan pemimpin yang diangkat adalah dapat membela nasib rakyat.

Bila sebut kerajaan, sudah pasti mempunyai kuasa, bila sebut Menteri, sudah pasti ia mempunyai CGPA yang tinggi, jadi gunakanlah kelebihan itu supaya kedegilan pengilang, peniaga dan pengusaha menurunkan harga barang tidak lagi disebut ianya sebagai satu 'masalah'. Anda Mampu Mengubahnya.

Karang ada Menteri jawab harga minyak takkan turun sebab terapung

Luahan Marhaen Buat PM @NajibRazak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilabelkan sebagai pemimpin boros yang suka bercuti dan menghabiskan masa diluar negara berbanding menumpukan perhatian kepada pentadbirannya. Tidak kurang juga yang mendakwa DSN malas dan tidak bertanggungjawab kerana kerap ponteng sidang Parlimen malah dalam tempoh 5 tahun menjadi PM, dikatakan hanya 26 hari saja sidang parlimen yang dihadirinya.

Ada juga yang mendakwa DSN menipu rakyat dan meminta supaya DSN menjelaskan perkara yang sebenar, selain itu muncul juga pendapat  mengatakan ramai yang layak untuk ganti DSN sebagai PM!!! Kemudian disusuli isu 1MDB yang membawa kepada seorang pemimpin Umno bahagian membuat laporan polis kerana sangsi dengan pengurusannya.

Bagaimanapun saya cuba untuk melihat apa yang berlaku ini dari sudut fikir bebas sebagai seorang marhaen, sebagai marhaen, kami kurang percaya kalau isu-isu yang dituduh itu datangnya dari pembangkang kerana kami juga faham sikap semulajadi pembangkang, tapi bilamana pemimpin, tokoh, negarawan, bekas pegawai tinggi kerajaan yang memperkatakan hal yang sama, kami akur untuk 99.99 peratus mempercayainya.

Kami cuba juga untuk mempercayai DSN seorang PM yang bertanggungjawab dan menutup tuduhan itu dengan andaian DSN sibuk, kerap keluar negara untuk tarik pelabur, tapi andaian itu kami fikir kurang tepat jika diukur dari apa yang berlaku seperti kenaikkan tarif elektrik, mengurangkan serta memansuhkan subsidi yang menyebabkan kenaikkan harga barang dll.

Kami berpendapat, kalau kerap keluar negara tarik pelabur, mesti ada pelabur, bila ada pelabur pasti pendapatan negara bertambah, jika pendapatan negara bertambah mengapa kerajaan tak mampu tanggung subsidi yang kesannya membebankan rakyat dengan peningkatan kos sara hidup.

Mengapa kerajaan perlu memperkenalkan cukai GST untuk menambahkan pendapatan negara ? Tak cukup lagikah keuntungan dari pelabur asing ? Ohh rupanya ia disebabkan kejatuhan harga minyak dunia dimana pendapatan kerajaan menerusi Petronas  dijangka menyusut sehingga RM25 bilion.

Bila begitu kerajaan perlu mencari alternatif untuk menampung penyusutan tersebut, mungkin bertepatan dengan slogannya 'Rakyat didahulukan' maka GST pun diperkenalkan untuk rakyat kena dulu.

Kami marhaen biarpun daif, tidak kisah dan bersedia membantu kerajaan untuk menanggung beban tersebut, walau kami sedar kesannya akan meningkatkan kos sara hidup, namun apakan daya, alternatifnya kami akan berjimat cermat dan lebih berdisiplin dalam menguruskan perbelanjaan seharian.

Tapi bagaimana pula dengan persediaan pemimpin dan kerajaan ? apakah kerajaan juga sanggup berkorban sama macam kami ?

Kami ingin mencadangkan kepada DSN satu alternatif (MrClean) yang dari sudut persepsinya berkesan kerana pernah dibuktikan oleh Pak Lah sebelum gagal disebabkan Pak Lah hanya menggigau ketika tidur.

Mengikut fakta kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre bersabit amalan rasuah,  didapati 49 peratus daripada rakyat Malaysia merasakan amalan rasuah dalam negara ini bertambah tahun lalu.

Tinjauan juga mendapati tanggapan terhadap rasuah dalam negara ini kekal pada kadar sama dengan 77 peratus merasakan masalah itu kini serius. Purata itu kekal tidak berubah sejak 2005.

Kesimpulan dari apa yang berlaku, kami berharap (MrClean) yang Pak Lah pernah mengigau itu direalitikan oleh DSN, hanya itu saja satu-satunya cara yang mampu memulihkan imej DSN selaku PM.

Kerana berdasarkan beberapa situasi sebelum ini, kami yakin sebagai PM, kalau DSN kata mansuh ISA! maka mansuhlah ISA, kalau DSN kata, akta hasutan akan dikekalkan maka kekal lah akta tersebut. Kalau DSN kata akan bagi BR1M, maka dapatlah rakyat BR1M. Kerana perkara ini semua berlaku dengan adanya kuasa.

Jadi kami duk tunggu DSN kata ketirisan sifar! Kami membayangkan, DSN dengan tegas memanggil pegawainya seraya berkata "Mulai tarikh ini, saya tidak lagi mahu mendengar waima satu sen pun berlakunya ketirisan khasnya dalam laporan audit nanti, saya nak you pastikan ketirisan tidak lagi berlaku, dan ambil tindakkan keatas sesiapa saja yang menjadi penjenayah wang rakyat!"

Selari dengan hasrat itu, kami juga mengharapkan DSN menyemak semula Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan membuat penambahbaikkan keatas akta tersebut mengikut kesesuaian yang munasabah diatas prinsip perasuah tidak dapat lagi berselindung dengan akta tersebut.

Boleh ke ? Sudah 5 tahun DSN jadi PM, kami tak fikir DSN tak mampu buat kalau DSN mahu, melainkan ketidakmampuan itu hanya disebabkan DSN sendiri, memetik kata-kata seorang Menteri beberapa hari lalu yaitu "Ikan busuk bermula dari kepala"....

Ada benarnya juga perumpamaan itu, kami memahami sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan, sedikit sebanyak mungkin pernah ada ambil atau terima rasuah dsbnya, tapi jika kerana hal itu yang membelenggu dan menjadi penghalang ia sangat tidak wajar dan sampai kiamat pun ketirisan akan berlaku.

Sebaliknya yang telah berlalu itu biarkan ia berlalu, diakhirat jua akan bertemu, hari ni buka buku baru, tindakan dan hukuman hanya kepada ketirisan yang akan datang, dengan itu ia adil dari kepala sampai ke ekor.

Cuba DSN bayangkan apa perasaan kami marhaen bila kami didahulukan dengan GST dikutip + takrif elektrik dinaikkan + subsidi dimansuhkan + gaji atau pendapatan sama = kos sara hidup meningkat, rakyat menanggung beban sedangkan kerajaan terus boros + tiris + membazir = bankrupkan negara.

Yang paling tak tahannya bila kena (tiris) pada kerajaan, Menteri kata, ketirisan yang berlaku sebanyak RM 1.5 bilion (kecil) hanyalah meliputi 0.6 peratus daripada keseluruhan Bajet 2012 yang berjumlah RM 251 bilion. Bila kena tang rakyat yaitu subsidi minyak Menteri kata, subsidi 2 ribu juta (besar) adalah perbelanjaan hangus, lebih baik 2 ribu juta digunakan untuk bina balairaya, universiti, jalanraya dsbnya.

Kami marhaen sedih bila mendengar laporan ketirisan tatkala kami terbeban, kami tertanya-tanya payah sangatkah nak buat supaya tak bagi tiris ? Saban tahun ada saja laporan seperti set alat pemutar skru dibeli pada harga RM224 seunit, satu jek kereta pada harga sama mahal dengan sebuah kereta second, harga maintenance kereta sama mahal dengan harga beli kereta, harga kipas dibeli sama mahal dengan harga aircond dsbnya.

Akhirnya, kami berharap isu rasuah dan penyelewengan akan dibuktikan kesungguhan dalam membanterasnya, ia adalah isu pokok yang menjadi punca kepada segala masalah dalam negara, tapi kalau DSN dengar nasihat punahsihat maka isu tiris dan rasuah tidak mendapat tempat, paling kuatpun kempen 'larian rasuah' sajerlah..... Anda Mampu Mengubahnya.

Percubaan Menjatuhkan @NajibRazak Kian Terserlah !

Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak akan berganjak dengan keputusannya yang mahu pihak berkuasa menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khairuddin berkata, beliau tetap dengan keputusannya dan tidak akan menarik semula laporan polis dibuat kelmarin.

Apa yang jadi keutamaan saya adalah kerisauan rakyat terhadap 1MDB. Apabila saya pulang ke kampung, mereka di kedai kopi pun bercakap mengenai 1MDB.

Rata-rata menyokong tindakan saya dan berharap Umno akan terus bersih daripada rasuah dan perkara-perkara negatif.

"Mereka ucapkan syabas kepada saya kerana keberanian yang ditunjukkan ini. Saya bukan nak nama. Perjuangan saya ikhlas demi melihat Umno kembali menjadi kepercayaan rakyat.

Sebelum ini bekas menteri kewangan ada bertanyakan 1MDB. Dulu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga mahu tahu mengenai urusan perniagaan mereka, tetapi tiada tindakan daripada 1MDB untuk ambil langkah proaktif untuk tampil membuat penerangan sejelas-jelasnya.

"Mereka berdiam diri dan apabila menerima tuduhan daripada PR, tiada jawapan balas dan tidak menafikan perkara tersebut.

Jadi, apa cara paling baik untuk selesaikan masalah ini?

Jadi, kita serahkan segala-galanya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat," katanya.

HaHaHaHa!!! Nak termuntah bila baca kenyataan suci sepupu kepada 'Wak Ketum' ni, lenggoknya pun sebijik sama tak berkocak air!!! Mentang-mentanglah ada tokoh berpengaruh dibelakangnya..............

Inilah masalah bila manusia bertukar menjadi toyol yang laparkan duit, alasannya membuat laporan polis tak ubah seperti orang bengong mabuk ketum, ada ke patut kata 1MDB tak bagi penjelasan, yang ni http://www.1mdb.com.my/bm/siaran-media/1mdb-beri-penjelasan bukan penjelasan ke ?

Nak jelas macammana lagi ? Oleh itu, anda nampak tak......... ?

Kalau suci bagai dikata, bukan itu caranya dan bukan hanya isu 1MDB saja yang perlu ditumpu, tapi kenapa hanya isu 1MDB yang menarik minatnya walaupun penjelasan telah diberikan......? Anda percaya ia benar-benar jujur ? Atau was-was dan lebih percaya ada agenda besar disebaliknya...?

Sebelum itu perlu tanya siapa beliau ? Apa kredibiliti beliau dalam isu ini sehingga begitu bersungguh menonjol bertindak suci....... ? Tidak salah, cuma ingin tahu! Takkanlah 3 juta ahli Umno beliau seorang saja yang tampil bermatlamat suci ?

Apapun nampak sangat terlebih wayangnya, kalau jujur ingin melihat rasuah bebas, baguslah, tapi bila ada agenda lain ia boleh diumpamakan lari dari mulut buaya masuk ke mulut naga.

Politik dajal bagi menjatuhkan seseorang pemimpin secara jahat tidak seharusnya dibiarkan berlaku, sungguhpun begitu ia bukan bermaksud untuk melindungi jika pemimpin korup dsbnya, tetapi sesuatu tindakkan itu biarlah menyeluruh selain selari dengan isu supaya tidak dilihat terlebih sudu dari kuah, kerana hal itu hanya akan menimbulkan persepsi negatif sedangkan hal sebenar adalah sebaliknya.

Saya mengakui bukan pakar ekonomi atau perniagaan, tapi kalau dirujuk isu ini menerusi beberapa kenyataan  mereka yang tidak berkepentingan tapi mempunyai kredibiliti, ia tidaklah begitu serius sehingga memerlukan penerbit buku 50 dalil mengapa Anwar tak layak jadi PM itu untuk membuat laporan polis.

Kalau pemimpin pembangkang pun belum sampai ketahap membuat laporan polis, jadi apa ke bengong dengan pemimpin Umno ini ?  Bukankah tindakkan pemimpin Umno ini jelas menampakkan perancangan licik yang disusun supaya ia sensasi dan berbahaya dengan harapan ia boleh memberi tekanan kepada PM.... ?

Untuk itu saya selesa berpandangan dimana pelaburan atau perniagaan jangkamasa panjang tidak sama seperti berniaga goreng pisang dsbnya, saya yang kurang arif mengandaikan, sebagai contoh, jika kita membuat pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB), katakan ASB menawarkan pelaburan sebanyak RM5k sehingga tempoh 5 tahun ASB akan bayar keuntungan  sebanyak RM10k, tiba-tiba dalam masa 3 tahun atau belum cukup tempoh kita tuntut supaya ASB bayar RM10k mana boleh ?

Jadi dalam tempoh yang singkat, agak tidak relevan jika kita ingin mempersoalkan keuntungan 1MDB atau sesuatu perniagaan termasuk PROTON dll, atau memang PROTON buat untung setiap tahun dari tahun pertama wujud sehingga hari ini ?

Oleh demikian apa salahnya kita bagi dulu peluang sampai tempoh masa yang relevan, bukan kita seorang saja yang bijak, orang lain pun ada kebijaksanaannya yang tersendiri yang mungkin kita pun tidak pernah terfikir.

Kesimpulan yang mudah, sekalipun tak suka dengan seseorang kerana tak dapat sesuatu yang dihajatkan atau tak sabar nak gantikan tempatnya, jatuhkanlah ia secara anak jantan bukannya dengan fitnah jahat yang telah dijawab dan diperjelaskan sehingga keterlaluannya mengalahkan pemimpin pembangkang.. Anda Mampu Mengubahnya.

"Kritikkan atau teguran sebagai peringatan supaya seseorang itu menjadi yang terbaik adalah lebih mulia dari beragenda yang sebaliknya"

Video - Saya Diberi 'Warning' Jangan Sebut Pasal Hukum Hudud - Ustaz Kazim

'Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati'
Hampir sebulan saya diuji dengan menderita sakit didalam perut, biarpun sudah tiga kali dikejarkan ke hospital, namun doktor masih gagal mengesan penyakit apa.

Pada tahun 1999 lalu saya pernah kena operate kerana 'appendiks', faktor genetik juga saya percayai mempengaruhi penyakit yang sedang dialami.

Biarpun dalam keadaan menahan perit kesakitan yang amat, perjuangan tetap diteruskan dan saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi dari apa yang saya temui ketika menghadapi kesakitan ini kerana saya fikir ia cukup berharga buat seorang muslim lebih-lebih lagi muslim yang menyokong Parti Islam SeMalaysia (PAS).

'Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya'
Atas sebab itu mungkin antara faktor yang menginginkan saya mendengar kuliah Ustaz Kazim yang tajuknya langsung tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya bertajuk 'Disaat Kematian' yang di-upload pada 10 Ogos 2011 lalu.

Selain yang disampaikan itu berkait dengan kematian, Ustaz Kazim turut menyelitkan beberapa perkara yang juga berkaitan dengan Islam termasuk parti yang dikatakan memperjuangkan Islam.

Menurut Ustaz Kazim, sikap sebenar orang Melayu dahulu adalah bersopan, tapi sekarang walau seagama dan sebangsa pun tidak lagi bersopan, sebaliknya bersopan pula dengan orang kafir, sangat tunduk dan hormat pada orang kafir kerana menyangka kemenangan itu diberikan oleh orang kafir. Sedangkan hakikatnya Allah yang memberikan kemenangannya itu.

Tambah beliau, sekarang ni Ulamak (ulamak politik) sudah tidak lagi merujuk sesuatu (hukum) itu dengan Al-Quran dan Hadis, sebaliknya merujuk kepada rakan komponen.

"Saya diberi 'warning' dalam ceramah saya, ustaz jangan sebut hukum hudud, sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap hukum hudud dalam ceramah ustaz, nanti menjauhkan orang bukan Islam menyokong kita". Katanya.

Kesimpulan dari apa yang beliau sampaikan, sedarlah kepada kita akan duduk perkara yang sebenarnya. Sangat malang kalau pemimpin parti yang didakwa memperjuangkan Islam tidak bergantung kepada Allah malah kebergantungannya lebih kepada manusia.

Harus diingat, makhluk hanyalah menjadi penyebab, yang menentukan adalah Allah, sebagai contoh saya yang sedang sakit, ubat hanyalah tawakkal dan penyebab, yang menentukan  sembuh atau tidak adalah Allah, kalau ubat yang menyembuhkan, maka tidak ada orang yang akan sakit dan mati, terutamanya orang kaya, kerana orang kaya boleh beli ubat yang mahal lagi terbaik.

Menjadi iktibar buat kita sebagai hambaNya, dalam apa saja perkara bergantunglah kepada Allah, yakinlah dengan sebenar-benarnya bahawa tidak akan berlaku sesuatu itu tanpa izin Allah. Anda Mampu Mengubahnya.

Takkan Isu Ni Jer @NajibRazak Berani Saman, Isu Lain Nak Kata Saman Bukan Budaya Kita !

Pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai tindakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengambil tindakan saman terhadap pemimpin pembangkang ada wajarnya.

Tun M bagaimanapun berkata tindakan Najib yang mengambil tindakan mahkamah ke atas beberapa pemimpin PR itu adalah hak beliau untuk kepentingan politiknya.

"Itu adalah hak dia (Najib), sebagai ahli politik, dikritik dan difitnah semuanya adalah normal. Bagi saya tiada guna, bagi PM (Najib) sebaliknya.

"Masa saya dulu tak pergi mahkamah pun, tapi saya akan jelaskan, kalau betul buat apa hendak takut,"

Jika diperhalusi pandangan tokoh ini, ada benar pendapatnya itu. Selaku pemimpin tertinggi negara PM tak perlu nak layan sangat fitnah sebegitu apatah lagi sehingga terheret untuk ke mahkamah.

Lebih-lebih lagi disaat kejatuhan harga ringgit pada ketika ini, sepatutnya beliau harus lebih menumpukan  kepada permasalahan negara supaya tidak dilihat sama taraf dengan pemfitnahnya.

Namun jika mahu mengajar pemfitnah, PM tak perlu mencemarkan tangannya sendiri, tunggu jer pemfitnah ni memfitnah pemimpin lain, masa tu biar pemimpin itu yang menyamannya kaw2.

Umum mengetahui sebagai seorang PM tidak punyai masa untuk melayan perkara remeh temeh, banyak lagi permasalahan negara yang hendak diselesaikan, jadi tidak ada cacat apa pun kalau seorang PM tidak melayannya.

Pada zaman maklumat dihujung jari memang benar dari satu sudut tindakan saman itu baik supaya fitnah dapat dikekang dan tidak lagi berulang,  namun dari sudut yang lain bilamana PM telah memulakan dengan mengambil tindakan saman , tindakkan itu perlu diteruskan dalam apa jua tuduhan keatasnya dimasa-masa mendatang.

Jika sebaliknya atau hanya mengambil tindakkan pada tuduhan-tuduhan terpilih, sudah pasti persepsi lebih negatif akan muncul sekaligus akan menenggelamkan segala isu yang difitnah oleh pembangkang pada sebelumnya.

Berbeza jika PM dan kepimpinan merasakan sentiasa akan sempurna dan tidak akan atau pernah terpalit dengan apa jua isu, tindakkan saman itu adalah sangat-sangat bagus.

Cuma jangan pula pada masa akan datang bila ada tuduhan pada beliau atau kerajaan kepimpinannya dan dicabar oleh pemimpin pembangkang supaya saman, beliau nak cakap saman itu bukan budaya kita.

Kerana bila kata saman itu bukan budaya kita, disitu nanti akan menampakkan persepsi bacul kerana bersalah walau belum terbukti bersalah.

Hari ini pun sudah dapat dilihat ada pengamal media sosial bertanya, "Hai takkan isu ni jer berani nak saman, macammana dengan isu Altantuya, kapal selam tak boleh selam dll"

Tindakan saman oleh pemimpin no1 negara ada positif dan negatif, bukan kerana seorang PM maka beliau tidak boleh ambil tindakan saman, tapi...mungkin lebih baik tidak dilayan, bila saman sudah pasti ada perbicaraan, bila ada perbicaraan dikhuatiri diambil kesempatan lantas terkait heret yang lain pula akan terlondeh timbul....

Itu sekadar pendapat, mungkin sebelum mengambil tindakan saman penasihat PM telah memperhalusi akan semua perkara ini dan sudah punyai jawapan keatas persoalan yang bakal timbul.  Anda Mampu Mengubahnya.

Menteri Merapu Atau Memang Kerajaan Yang Naikkan Harga Diesel @HasanMalekKP @ahmadmaslan @NajibRazak

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kemerapuan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kenaikan harga runcit diesel sebanyak tiga sen seliter bermula Isnin disebabkan kerajaan telah banyak menampung subsidi sebelum ini.

"Dari segi diesel ini, subsidi yang diberikan terlalu besar. Oleh kerana itu bila kita kaji dan bincang semula, kita tidak boleh turunkan harga. "Berdasarkan pengapungan harga ini, tiada pilihan bagi kita untuk naikkan harga tiga sen seliter," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar raya Giant baharu di sini, Isnin. BERNAMA.

Menerusi kenyataan Menteri itu, dapat difahami bahawa kerajaan yang menaikkan harga diesel kerana sebelum ini kerajaan telah banyak menampung subsidi.

Tidak kurang juga yang beranggapan, disebabkan sebelum ni kerajaan bagi subsidi, sekarang kerajaan naikkan supaya dapat 'cover' balik subsidi sebelum ini.

Ternyata kenyatan MA mengelirukan sekaligus memberi persepsi buruk kepada kerajaan, sepatutnya sebagai Menteri beliau perlu elak dari memberi kenyataan yang akan memberi persepsi negatif kepada kerajaan, apatah lagi sesuatu yang kerajaan tidak terlibat menentukan atau menaikkannya.

Berbeza pula dengan kenyataan seorang lagi Menteri yang sememangnya dapat kita faham kenaikkan diesel disebabkan (pengapungan) penurunan harga pasaran diesel  dunia tidak lepasi harga diesel bersubsidi sebelum ini. 

Lebih jelas bukan kerajaan yang menaikkan, kenaikkan itu langsung tidak ada kaitan dengan kerajaan, tapi ia adalah selaras dengan dasar pengapungan yang naik turun mengikut harga pasaran dunia.
Sebagai Menteri kenyataan merapu seperti itu sungguh memalukan, setelah mengumumkan dasar pengapungan, buat apa lagi nak sebut pasal beri subsidi terlalu besar, banyak tampung subsidi, duk kaji, bincang dsbnya. Adoiii Merapu sungguhlah Menteri (A) ni !!!, Anda Mampu Mengubahnya.

'Sememangnya cap ayam'

Syabas @NajibRazak Tapi Perjuangan Belum Selesai Selagi OSA Bermaharajalela

Syabas buat YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana membuat keputusan yang sangat tepat yaitu mengekalkan Akta Hasutan 1948 malah diperkukuhkan lagi.

Namun sudah menjadi lumrah, disebalik pengumuman beliau itu terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan beliau telah memungkiri janjinya sebelum ini untuk memansuhkan akta tersebut.

Mengutamakan masalah umum berbanding janji yang bersifat peribadi adalah jauh lebih baik, pengorbanan besar yang dibuat oleh beliau sebenarnya, kerana beliau sanggup dipandang sebagai seorang yang mungkir daripada melihat kehancuran atau ketidak harmonian berlaku dalam negara ekoran kedegilan beliau untuk mengotakan janji.

Ada yang berpendapat tindakan mengekal Akta Hasutan adalah tindakan politik bagi membolehkan UmnoBN mengekalkan kuasa. Pendapat semua boleh bagi pendapat, kalau dulu mereka kata guna ISA untuk UmnoBN kekal kuasa, tetapi pengumuman memansuhkan ISA pada 11 Julai 2012 telah membuktikan tanpa akta tersebut UmnoBN tetap kekal berkuasa apabila memenangi PRU pada 05 Mei 2013.

Kesimpulannya akta berkenaan adalah sangat diperlukan demi menjamin kesejahteraan negara, cuma mungkin ia perlu ditambah baik supaya akta itu tidak disalahgunakan dengan sewenangnya.

Begitu juga dengan Official Secret Acts (OSA) atau Akta Rahsia Rasmi 1972, akta ini juga perlu dikaji semula, bukan dimansuhkan tetapi dibuat penambahbaikkan kerana ia berisiko besar disalahgunakan.

Sepatutnya perlu ada had-had rahsia bukan semua perkara itu rahsia, sebagai contoh perkara yang melibatkan keselamatan negara seperti jumlah kelengkapan ketenteraan, pertahanan negara dan seumpamanya, tidak boleh didedahkan,  wajar dan tepat akta tersebut digunakan.

Adapun dokumen-dokumen kerajaan yang melibatkan perbuatan rasuah tetapi sewenangnya diklasifikasikan sebagai rahsia oleh Menteri atau pegawai awam tidak sepatutnya memerlukan ia diubah status baru boleh didedahkan.

Pengelasan sebagai rahsia itu hanya terpakai untuk keselamatan negara, bukan untuk melindungi perbuatan rasuah pemimpin, malangnya OSA telah disalahguna untuk melindungi perbuatan rasuah dengan pengelasan sebagai rahsia kepada dokumen-dokumen melibatkan rasuah.

Sesuatu akta atau undang-undang itu sangat penting kepada negara, tapi kadangkala akta dan undang-undang itu jugalah yang akan memudaratkan bila ia disalahgunakan. Persoalannya beranikah PM mengkaji semula akta yang berkait rapat dengan perbuatan rasuah jerung ini ? Anda Mampu Mengubahnya.

Video - @Khairykj Pemimpin Hebat Berucap Tak Mesti Berdegar Lihat Kehebatan @MuhyiddinYassin !

Ramai yang begitu teruja mendengar ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin didalam Perhimpunan Agung Umno biarpun ucapan beliau tidak ada 'tune' yang berdegar-degar yang mengharapkan tepukkan dan sorakkan dari perwakilan.

Saya juga tidak terkecuali dengan keterujaan itu, cuma mungkin keterujaan saya ada sedikit berbeza dengan anda, jika anda teruja dengan isi ucapannya, saya pula lebih teruja dengan cara beliau menyampaikan ucapan.

Bagi saya jika seseorang pemimpin itu mampu menyampaikan ucapan tanpa melihat kepada teks ucapan, pemimpin itu adalah pemimpin sejati yang benar-benar maklum, arif atau faham dengan apa yang beliau ucapkan. (benar-benar merasai denyut nadi rakyat)

Jarang sekali dapat kita lihat pemimpin berucap tanpa melihat kepada teks ucapan yang kita sendiri tidak tahu samada teks ucapan itu berdasarkan matlamat perjuangan atau hanya teks ucapan yang ditulis oleh orang lain.

Jika ucapan tanpa melihat kepada teks mampu disampaikan, adalah sudah pasti isi ucapannya itu tulus datang dari pemimpin itu sendiri dan pemimpin itu memang sedang berkira-kira dalam proses tindakkan, penyelesaian atau perlaksanaan.

Sungguhpun begitu, bukanlah bermaksud pemimpin yang menyampaikan ucapan dengan membaca teks itu tidak bagus, cuma ia mungkin kurang bagus dan berisiko untuk dianggap ucapan kosong 'pokko' yang sekadar memenuhi acara program dan langsung tidak kena mengena dengan matlamat perjuangannya.

Oleh sebab itu jugalah dapat kita lihat sikap pemimpin yang sering berubah dan tidak ada prinsip, adakalanya berimej liberal dan secara 'auto' berubah menjadi jaguh kaum pada satu-satu masa. Pemimpin seperti ini tidak boleh pakai sama sekali, kerana perjuangan pemimpin ini hanya untuk kepentingan diri sendiri yang ingin mencapai matlamatnya semata-mata.

Berbalik kepada ucapan TS Muhyiddin selama 22 minit (rujuk video dibawah), kesimpulannya selain misi, matlamat, angka, nama, judul yang mampu beliau sebut tanpa merujuk teks, terbuktilah bahawa beliau bukannya pemimpin yang menjadikan parti sebagai platform untuk kepentingan peribadi, sebaliknya beliau memang menghayati setiap permasalahan rakyat serta hal berkaitan negara atau dengan kata lain beliau adalah ahlinya.

Adapun jika bukan ahlinya, atau beliau adalah kontraktor, beliau tidak akan mampu untuk memberi ucapan seperti itu melainkan hanya mampu berucap hal yang berkait dengan selok-belok kontraktor sahaja. Syabas dan tahniah UMNO masih punyai pemimpin yang sebenarnya pemimpin. Anda Mampu Mengubahnya.

Ucapan penuh TS Muhyiddin rujuk http://yuseriyusoff.blogspot.com/2014/11/pau2014-teks-penuh-ucapan-ts-muhyiddin.html
  

Hapus Subsidi Petrol Conform Minyak Akan Turun

Rakyat Malaysia tidak perlu panik atau melatah dengan pengumuman kerajaan untuk memansuhkan subsidi melalui pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal bagi menentukan harga runcit petrol RON95 dan diesel yang bermula pada Disember ini.
 
Tinjauan mendapati ramai dikalangan pengamal media sosial jadi 'kalut' tidak menentu kerana rata-rata menganggap akan berlaku kenaikkan harga minyak ekoran dari tindakkan kerajaan memansuhkan subsidi bahan api tersebut.

Pakar-pakar ekonomi dan petroleum juga kelihatan seperti cendawan tumbuh selepas hujan dalam memperkatakan isu ini, pelbagai pendapat, teori, hujah, fakta dan auta dilontarkan.
 
Tambah melucukan bilamana ada yang berpendapat kerajaan sengaja ingin menyusahkan rakyat supaya rakyat hidup dalam kesempitan sekaligus akan mengemis bantuan dari kerajaan. Bila mengemis kerajaan akan senang untuk mengawal dan mencaturkannya, mereka yang menentang tidak akan diberi bantuan, mahu tidak mahu terpaksa akur dan kekal menyokong kerajaan.
 
Benarkah begitu ? Bagi saya pendapat itu sungguh lucu! kerana jika dalam keadaan susah atau sempit, bukankah kita akan bertambah berani menentang! Tiada apa lagi yang nak dihairankan, tidak ada apa kepentingan, hidup pun susah lebih baik mati menentang!.

Apapun setelah meneliti pelbagai pandangan yang berbeza dan meletihkan, bagi saya simple saja, tak usah 'kalut' bebankan fikiran dengan memikirkan perkara yang bukan ditentukan oleh kita.

Minyak nak naik ? biarkan! GST akan menaikkan harga barang ? biarkan!, apa saja biarkan, buat masa ini kita sebagai rakyat tidak mampu untuk menghalang segala macam hasrat kerajaan. So biarkan.....letih sesangat.....

Lagipun rakyat patut kesiankan kerajaan yang terpaksa menanggung subsidi berbillion RM kerana harga sebenar petrol RON95 agak mahal yaitu hampir menyamai harga RON97. Malah harga semasa bagi RON95 lebih mahal yaitu selepas subsidi sebanyak RM 0.28 sen seliter ialah RM2.30seliter, bermakna harga sebenar RON95 sebelum subsidi ialah RM2.58 seliter berbanding RON97 ialah RM2.55 dimana RON97 tidak ada subsidi dan harganya ditentukan oleh apungan terurus berdasarkan kuasa pasaran.

Biarpun begitu ada baiknya kita cuba berfikir secara rasional, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersama kabinet dan kepimpinannya sudah pasti ingin terus kekal menerajui negara ini, oleh itu sangat mustahil jika beliau ingin melakukan sesuatu transformasi yang mana kesan dari itu membebankan rakyat sekaligus memaksa rakyat untuk berpaling tadah...

Sekalipun transformasinya bakal membebankan rakyat, rakyat tetap tidak perlu bimbang, buat dek jer! sampai masa dan ketikanya kuasa akan ditangan rakyat, ketika itulah rakyat boleh menentukan samada mahukan subsidi atau sebaliknya lebih-lebih lagi isu ni bersifat meluas yang melibatkan seluruh rakyat.  Anda Mampu Mengubahnya.

Selepas ni boleh bina 2 ribu dewan orangramai di 2 ribu kampung atau boleh bina 4 universiti sebulan (48 universiti setahun) atau boleh bina 2000km jalan kampung untuk sabah dan Sarawak. Wowwww!!!!

Denyut Nadi Siswazah Menganggur Tak Mampu Bayar Hutang PTPTN Apa Kata @NajibRazak @ahmadmaslan ?

Lebih 500,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga kini masih liat membayar balik pinjaman masing-masing walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan oleh kerajaan.

Kecewa dengan keadaan itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengingatkan "Kepada peminjam ini bertaubat dan bayarlah hutang. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut,"

Sebelum ini dalam pembentangan bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut menyentuh berkaitan hutang PTPTN, beliau mendendangkan mafhum hadis bersabit orang yang tidak membayar hutang katanya "roh seorang mukmin itu tergantung-gantung dengan sebab berhutang waima dia mati seorang mati syahid pun diampuni (dosa) melainkan hutangnya".

Benar kata-kata Menteri itu, hal ini sedikitpun tidak boleh kita nafikan sama sekali, peminjam mestilah bertanggungjawab dengan pinjaman yang telah dibuat dan WAJIB membayar balik pinjaman tersebut.

Apapun kerajaan juga perlu melihat ia dari pelbagai sudut agar sesuatu tindakkan dan kenyataan yang dibuat itu rasional  dan selari dengan moto 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Sebagai contoh, jika peminjam itu sudah mempunyai pekerjaan atau pendapatan tetap serta sangat berkemampuan  untuk membayar balik pinjaman tetapi sengaja liat atau ingkar untuk membayarnya, maka adalah sangat wajar dan WAJIB untuk diambil tindakkan yang tegas.

Namun bagaimana pula dengan peminjam yang masih belum mendapat pekerjaan atau dengan kata lainnya menganggur ? Jika kerajaan kata yang menganggur itu dia punya pasal, bukan masalah kerajaan, kerajaan hanya bagi pinjaman untuk belajar, bab kerja kerajaan tak campur! pandai-pandailah berdikari mencari kerja, apa yang kerajaan tahu ialah pinjaman wajib dibayar, kerja ke, tak kerja ke, ada duit ke, takder duit ke tak kira, hutang WAJIB dibayar.

Kalau begitu kerajaan pun lebih kurang macam Ah-long jugalah, tak kisah, kerajaan boleh saja untuk bersikap demikian, kerana mungkin berdirinya kerajaan dengan sendirinya, so kerajaan boleh angkuh sesuka hati tanpa perlu dacing timbangan....

Sikap tegas dan angkuh sebenarnya tidak kemana, jika kerajaan bersikap angkuh dan peminjam pun bersikap sama dimana peminjam mengatakan nak saman ke, nak tahan pasport ke, nak bankrupt ke waima nak hukum gantung mati ke,  lantaklah!, peduli apa!, aku nak makan pun susah!, nak bayar dengan apa?, kais pagi makan esok! hutang 'kroni' beratus billion takder pula nak kalut!!!, blablablabla......

Siapa yang untung ? Selesaikah masalah ? Tidak!!!! Jadi ada baiknya pemimpin cerdik pandai dalam kerajaan melakukan TRANSFORMERSi kepada sistem pengajian tinggi negara sekaligus mengenalpasti punca kepada pengangguran dikalangan graduan dimana ia berkemungkinan sangat berkait rapat dengan masalah membayar balik pinjaman.
Statistik siswazah menganggur
Mengikut Laporan Ekonomi Malaysia 2009 oleh bank dunia, 48 peratus dari majikan yang dibanci menyatakan graduan kekurangan keupayaan IT, 46% melaporkan kekurangan Bahasa Inggeris, 37% melaporkan kekurangan dalam kebolehan am berkomunikasi, 30% dalam keupayaan kreativiti, dan 28% berkata kekurangan kemahiran teknikal/profesyenal, dan 25% dalam penyelesaian masalah (problem solving).

Berdasarkan laporan tersebut, punca utama graduan menganggur dikenalpasti, selain graduan itu sendiri kerajaan juga perlu membantu mereka untuk mengatasi permasalahan berkenaan.

Mungkin kerajaan boleh membantu dengan mewujudkan pusat atau bengkel pemulihan khas graduan ala Pusat Latihan Khidmat Negara PLKN sebagai contoh dsbnya, dimana selain modul-modul yang khusus berkaitan dengan kelemahan graduan, penyerapan motivasi juga perlu supaya graduan lebih berani dan yakin dengan diri sendiri.

Kerajaan atau Menteri tidak harus hanya tampil dengan peringatan atau desakan supaya graduan membayar hutang semata-mata, malah perlu turut rasa denyut nadi graduan yang liat membayar hutang  dan perlu tahu serta faham apa permasalahan graduan yang liat ini dan pada masa sama mencari alternatif untuk membantu mereka.

Kita khuatir jika kerajaan sering tampil dengan pengumuman yang bersifat 'mengcekik', mendesak dan menaikkan, rakyat akan bertambah muak dan bosan, bila begitu kerajaan yang ada hari ini mungkin akan sukar untuk dipertahankan. Akhirnya Menteri pula yang akan menganggur dan lebih sadis kalau ada yang menjadi banduan, semoga dijauhkan.. Anda Mampu Mengubahnya.

@NajibRazak Tolong Jangan Jadi PM Yang Hanya Tahu Naikkan Minyak !

Antara alasan paling bagus dan mesra rakyat kebanyakkan bagi menaikkan harga petrol ialah 70% bahan api digunakan mereka yang berpendapatan tinggi sebab mereka banyak kenderaan & kuasa cc besar.

Hujah berkenaan sering dilontarkan oleh pemimpin dalam kerajaan, kononnya jika subsidi tidak dikurangkan adalah tidak adil kepada rakyat kebanyakkan yang lebih sedikit penggunaan petrol berbanding golongan kaya.

Oleh demikian subsidi pun dikurangkan  maka berlakulah kenaikkan harga bahan api dengan disusuli barang keperluan lain.

Untuk rakyat kebanyakkan, kerajaan 'cover' balik kenaikkan petrol tadi dengan pemberian BR1M, samada setimpal atau tidak tepuk dada tanya kocek.

Pengurangan  subsidi itu juga disebut sebagai rasionalisasi subsidi kononnya dengan langkah itu pemberian subsidi tidak tersasar, adil dan tepat kepada golongan sasar.

Persoalannya apakah hanya itu satu-satunya langkah yang terbaik dan adil mampu dilakukan oleh kerajaan ? Jika benarlah kerajaan kita ni baik dan bagus serta telus dengan hasratnya supaya pemberian subsidi tidak tersasar, mengurangkan subsidi seperti itu bukanlah caranya.

Kerana umum mengetahui bilamana berlaku kenaikkan bahan api, secara 'automatik' barangan keperluan lain turut akan naik, hal ini sudah pasti akan lebih menambahkan lagi beban rakyat.

Mengapa kerajaan tidak naikkan saja cukai kenderaan mewah atau yang berkuasa 'cc' tinggi untuk 'cover' balik penggunaan petrol bersubsidi ? Mengapa kerajaan tidak memperkenalkan cukai baru kepada golongan berpendapatan tinggi sebagai 'cukai subsidi'.

Jadi dengan langkah itu bukankah ianya lebih tepat kepada golongan sasar. Kerajaan tidak sepatutnya mengambil langkah yang bersifat 'marahkan nyamuk kelambu dibakar'.

Sebagai contoh, jika kenderaan melebihi 2000cc dianggap sebagai kenderaan mewah atau kenderaan yang banyak menggunakan petrol, naikkan atau tambahkan cukai, andaikan secara pukal nisbah penggunaan petrol setiap kenderaan 2000cc ialah 10 liter sehari, 20 sen seliter x 10 = RM2 x 365 hari = RM730. Dsbnya.

Selain itu, kerajaan juga boleh memperkenalkan cukai baru kepada golongan berpendapatan tinggi yaitu sebagai 'cukai subsidi'.

Adakah anda fikir dengan menaikkan cukai kenderaan mewah atau memperkenalkan 'cukai subsidi' kepada golongan berpendapatan tinggi itu akan membebankan rakyat kebanyakkan ?

Kalau cukai baru seperti GST boleh diperkenalkan kepada seluruh rakyat mengapa tidak perkenalkan juga 'cukai subsidi' kepada golongan berpendapatan tinggi ?.

Tahukah Menteri dan Ayam? Lantaran kenaikkan bahan api yang belum sampai sebulan, hari demi hari barangan keperluan lain turut naik, contohnya telur ayam, daripada 5 biji RM2, hari ini 4 biji RM2, maknanya kurang sebiji. Bila tanya pekedai, ya telur naik harga!

Bagi Menteri dan yang sewaktu dengannya kenaikkan harga barang seperti telur ayam bukanlah menjadi isu besar, tapi bagi marhaen seperti kami yang jika sebelum ini masih mampu untuk makan daging ayam, sekarang tidak lagi, kami hanya mampu untuk makan telur ayam saja.

Tapi kalau telur ayam pun dah naik, mungkin sedikit masa lagi kena makan bulu ayamlah pula! tak pun taik ayam... Anda Mampu Mengubahnya.

Sekarang Harga Minyak Dinaikkan, Esok @NajibRazak Pula Yang Akan Diturunkan !!!

Minyok naik pulop !!! Itulah perkataan yang sedang gegam-gegak !!! Naik tak banyak cuma 20 sen jerrr ya!!! 20 sen jerrr !!!

Tidak cukup dengan beban yang terpaksa dipikul dengan kenaikkan 20 sen pada sebelumnya, kini beban rakyat bertambah lagi dengan kenaikkan terbaru harga petrol atau juga disebut pengurangan subsidi dalam langkah transformasi rasionalisasi sarsi.

Rakyat faham setakat kenaikkan 20 sen tu tak kisahlah sangat, tapi kerajaan khasnya PUNAHSIHAT juga perlu lebih faham bila naik minyak secara automatik harga barangan lain akan turut meningkat, sedangkan pendapatan rakyat masih ditakuk lama.

Kalau nak tambahkan pendapatan negara atau kukuhkan kewangan negara dengan menaikkan harga minyak atau mengurangkan subsidi, kerajaan langit Ayah Pin pun boleh buat, menteri tak sekolah pun boleh buat, apa guna CGPA tinggi kalau hal macam ni tak boleh nak fikir ?

Apapun rakyat tetap hidup walau dalam kesempitan yang amat.

Point yang biasa dan sedang digunakan oleh kerajaan dan ayam dalam isu kenaikkan ini adalah seperti berikut:
  1. Subsidi adalah perbelanjaan hangus. Belanja dan hangus
  2. 70% bahan api digunakan mereka yang berpendapatan tinggi sebab mereka banyak kenderaan & kuasa cc besar. 
  3. Dapat mengelakkan warga asing dari turut menikmati subsidi
  4. Dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan.
  5. Pengurangan subsidi minyak boleh membantu golongan luar bandar
  6. Dapat meningkatkan BRIM, BRAM, BROOM, BREM
  7. Boleh bina 2 ribu dewan dalam 2 ribu kampung
  8. Boleh bina 4 uiversiti sebulan
  9. Boleh bina 2 ribu km jalan kampung dsbnya.
  10. Dapat menghasilkan penjimatan setimpal dan boleh digunakan untuk perbelanjaan lebih produktif.  
  11. Rasionalisasi subsidi juga merupakan sebahagian daripada usaha mentransformasikan ekonomi negara menjadi negara maju berpendapatan tinggi.
Begitulah antara alkisahnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, macam best jer ya kalau jadi Menteri yang hanya perlu berfikir sedangkal itu, nak buat tu semua balik-balik nak cekik rakyat. Ingatkan nak buat tu semua atau nak tingkatkan pendapatan negara dengan menarik pelabur asing atau pelaburan kerajaan diluar negara dsbnya.

Transformasi menatang mende agaknya ? Kalau nak lebih rasionalisasi kenapa kerajaan tak hapuskan terus subsidi atau naikkan terus harga minyak sehingga RM10 seliter ke ? Lagi rasionalisasi transformasi beb!!! Lagi meningkat pendapat negara!!! Tak gitu yam ?

Gila!!! Nak tambahkan pendapatan negara dengan mengcekik rakyat ? Macam dah takder alternatif lain, harap CGPA jer tinggi !!!

Cuba fikir, apakah anda rasa bangga jika anak anda nak tambahkan pendapatan dengan meminta duit dari anda ? Sepatutnya anak anda perlu pergi kerja atau berniaga, itu baru betul bukan ?. Samalah dengan kerajaan hari ini.

Kalau dah lemah lembik sangat elok turun jerlah !!! Sampai bila asyik nak kena salahkan punahsihat !!! Kenkadang rasa tak logik juga !!! Kerana banyak lagi cara yang kerajaan boleh buat untuk tambahkan pendapatan. Sebelum waras membarah fikir-fikirkanlah. Anda Mampu Mengubahnya.

Subsidi adalah perbelanjaan hangus manakala makanan pula setelah dimakan akan diberakkan menjadi taik atau najis, so tak perlulah makan...Jimat ???

Nasruddin VS Kit Siang Bertanding Siapa Kalah Lebih Teruk

PR semakin haru apabila pemimpin mereka bertanding siapa yang lebih teruk kalah pada PRK sebelum ini. Pertandingan kalah sebegini sangat baik dan perlu diamalkan selalu....hahahaha...

Apa yang jelas mesej dari kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin parti itu memperlihatkan hubungan mereka ibarat retak menanti belah, sangat sukar untuk diselamatkan. Gam cap gajah atau gam 3 seconds tidak cukup kuat untuk melekatkan keretakkan yang sedang dialami.

Kalaupun lekat ia sama seperti kereta potong yang disambung yang mana tidak selamat untuk dipandu mahupun diberi undi oleh rakyat, maka dengan itu rakyat di Pengkalan Kubor telahpun memilih barang selamat untuk digunakan dari dulu, kini dan selamanya.

Pas tiada jalan lain selain keluar dari PR dan memilih antara perpaduan dengan Umno atau bersendirian.Tiada guna bersama kalau hati sudah tidak menyinta.

Jika Pas memilih untuk bersendirian Pas perlu istiqamah dengan terus meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan sekaligus membuktikan dasar itu bukan sekadar retorik.

Kepimpinan Pas perlu dirombak dengan mengekalkan kepimpinan ulamak dan menurunkan parasit-parasit yang boleh dikenali secara zahir iaitu kebanyakkan mereka tidak berketayap.

Memilih calon Pas dari kalangan mereka yang bersedia untuk mengistiharkan harta kerana golongan ini boleh disifatkan golongan yang ikhlas berjuang demi Islam dan sudah pasti akan mendapat keredhaan Allah untuk Pas ke Putrajaya.

Namun kalau Pas hanya bercakap bergegar-gegar tapi ekor bergelumang taik, cukuplah, keadaan itu sudah tidak relevan dengan keberadaan hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - #PRK PengkalanKubor Mari Pakat Tengok Siapa Pilihan Rakyat ?

Pengundi di Pengkalan Kubur secara warasnya harus membandingkan dan menilai sekaligus membuat pilihan diantara kedua-dua calon ini yang mana yang difikirkan layak untuk memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

Kesilapan mahupun buta mata dalam menilai seseorang untuk diangkat menjadi pemimpin bakal membawa padah kepada rakyat dikawasan tersebut.

Zahirnya kewibawaan salah seorang dari calon ini amat terserlah dan sudah terang lagi bersuluh. Darisegi kelayakkan serta sumbangan beliau kepada masyarakat tak dapat dinafikan berbanding calon  lawannya.


VIDEO - #PRK PengkalanKubor Antara Memilih Pemimpin Cerdik Dan Bodo Apa Bezanya ?

Rakyat khasnya pengundi di Pengkalan Kubor seharusnya memilih pemimpin yang cerdik atau sekurang-kurangnya pemimpin yang berada dalam kerajaan cerdik yang tidak bercakaran sesama sendiri.

Maksud cerdik disini adalah cerdik yang boleh membawa keuntungan atau keselesaan kepada keseluruhan rakyat bukannya cerdik yang membawa untung pada diri pemimpin itu sendiri.

Contohnya dapat kita lihat didalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada bulan Mac lalu dimana pemimpin yang tidak cerdik hanya sering membangkitkan perkara-perkara remeh yang tidak bermanfaat kepada rakyat.

Antaranya membangkitkan isu gantung gambar MB di sekolah dan pejabat, apa dia fikir rakyat kenyang dengan menggantung gambar ?

Seperti juga isu pakai serban atau kopiah yang dibangkitkan oleh Adun Pas dalam ceramah di PRK pengkalan Kubor, isu-isu remeh berotak jumud dan kolot seperti ini sepatutnya tidak wujud dalam kepala otak pemimpin era ini.

Ini kerana banyak lagi isu yang lebih besar dan lebih WAJIB untuk dibincangkan, masalah pengangguran atau kurangnya peluang pekerjaan, masalah kemudahan asas atau infrastruktur,  masalah penagihan dadah pil kuda yang semakin kronik, lumba haram, nafsu biawak dsbnya, masalah ini jauh lebih utama untuk diperbahaskan.

Namun pemimpin kurang cerdik lebih berminat untuk membincangkan isu-isu remeh yang pada akhirnya  menjadikan hidup rakyat tetap ditakuk lama, 'kecep jah sedap tapi takdop begapo sekaro' yang berbeza cumalah kehidupan pemimpin, daripada berkereta kancil bertukar kepada Mercedes, daripada beristeri satu bertambah kepada dua, tiga dan adakalanya bersilih ganti.

Dengan itu pengundi atau rakyat perlu berfikir apakah pemimpin atau parti yang akan diundi itu akan membawa perubahan yang lebih baik kepada rakyat atau sebaliknya. 

Soal pakai serban ko dop, gantung gambar ko dop tu kito wat kiro lepas selesai dulu masalah-masalah besar sebagaimana yang tersebut. Anda Mampu Mengubahnya.

 

Antara hasil yang telah terbukti dari memilih pemimpin cerdik:

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Kos Projek - 67.0 Juta
Lokasi - Tujoh
Tarikh Mula - 25 September 2006
Tarikh Siap - 26 Ogos 2009
Impak Projek - Bil.Pelajar 778 Orang
- Bil.Guru 59 Orang
- Bil.Bukan Guru 31 Orang
- Bil.Kelas 28

Jalan Kesban Pengkalan Kubor.
Kos Projek - 58.6 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 12 September 2004
Tarikh Siap - 10 Mac 2007

Pengkalan Kastam Pengkalan Kubor.

Kos Projek - 12.3 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 1 April 2006
Tarikh Siap - 15 Ogos 2010
Impak Projek - Pungutan Cukai Jan-Sep 2014
Rm 1571,597.63

Pusat Pengumpulan, Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC) Produk Berasaskan Ikan.
Kos Projek - 5.06 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 15 September 2011
Tarikh Siap - 29 November 2012
Impak Projek. - Membantu memperkembangkan dan meningkatkan lagi mutu kerja para nelayan.

Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat.

Kos Projek - 3.0 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 1 Januari 2006
Tarikh Siap - 27 Disember 2010
Impak Projek - Mengurangkan risiko kejadian banjir di jajahan Tumpat.

Masjid Kubang Sawa.
Kos Projek - 1.6 Juta
Lokasi - Kg Bendang Pak Yong
Tarikh Mula - 28 Januari 2010
Tarikh Siap - 31 Mac 2011
Impak Projek - Memberi keselesaan kepada jemaah utk beribadat.

Projek Penapis Air 1 Malaysia.

Kos Projek - 0.2 Juta
Tarikh Mula - 10 Ogos 2012
Tarikh Siap - 22 November 2012
Impak Projek - Memberi bekalan air bersih kpd 500 penduduk Kg Tualang & Kg Dedap

Ambo yakin pengundi di Pengkalan Kubor cerdik dan akan meneruskan kesinambungan kecerdikannya.

Wakil Komunis Desak @Zahid_Hamidi Letak Jawatan

DAP menerusi Teresa Kok menggesa perdana menteri segera menggugurkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Jemaah Menteri atau menukar portfolio menteri dalam negeri itu, yang dianggap sebagai pemimpin paling tidak sesuai untuk jawatan tersebut.

Beliau merujuk kepada tindakan Zahid semalam yang menyalahkan RSN Rayer dalam kejadian kepala lembu yang dicampakkan didepan pagar rumah ADUN DAP tersebut.

Selain itu, beliau juga membangkitkan mengenai kenyataan Zahid yang menimbulkan kontroversi sebelum ini,

"Jelas Zahid tidak tahu apa yang betul atau salah, dan sekali lagi persoalan timbul adakah beliau komited dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang, keamanan dan keharmonian dalam negara ini.

"Dalam tempoh setahun lebih Zahid telah membuktikan dirinya adalah Menteri Dalam Negeri yang paling tidak sesuai dalam sejarah negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Oktober tahun lalu, Malaysiakini melaporkan Zahid memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek kes jenayah ditembak terlebih dahulu sebelum siasatan dijalankan.

Awal tahun ini, Zahid berkata ugutan sebuah NGO yang menawarkan wang untuk
menampar Teresa bukan satu jenayah.

Semalam Zahid dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang ahli
politik, beliau bersimpati dengan Rayer.

“Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar”.



Puak kafir komunis ni kalau bercakap deras sungguh, kenkadang laju mulut dari akal, tapi sehingga hari ni belum lagi kita dengar mana-mana pemimpin bukan Islam baik dari komponen BN atau PR tampil menyelar mahupun menegur rakan-rakan bukan Islam lain yang membuat kenyataan atau tindakkan yang menyentuh sensitiviti Melayu dan Islam dinegara ini.

Sebaliknya ada pula pemimpin Melayu terhegeh-hegeh mem'bengongkan' diri menghentam dan menghina sesama sendiri mengalahkan si kafir demi membela si kafir, 'SHUT UP!!!, REALLY SHUT UP!!!'... Kononnya nak jadi hero kepada si kafir...

Akibatnya puak kafir semakin lupa daratan, hari demi hari dituntutnya yang bukan-bukan, asal saja tak puas hati didesaknya Menteri dan penjawat awam meletak jawatan, sampai bila orang Melayu Islam boleh tahan ? Kalau perangai kafir lebih kurang syaitan !!!

Jika diimbas kembali isu yang dibangkitkan oleh betina komunis ni, semua isu yang dia tak puas hati bukannya melibatkan kepentingan rakyat ! malah isu baru yang pemimpin DAP sendiri bikin yang lebih kepada provokasi dan sedikitpun tidak menguntungkan rakyat.

Pemimpin DAP, RSN Rayer menghina ahli Umno sebagai 'Umno celaka'. Apa faedahnya pada rakyat ? Kenyataan itu hanyalah mencetuskan kemarahan orang Melayu khasnya ahli Umno ? Bila begitu maka sampailah kepala lembu depan pagar rumah Rayer, kemudian komunis marah bila Menteri KDN kata "Itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar". Salahkah ???

Menteri tak kata tak payah siasat kes tersebut, kenyataan Menteri berbentuk nasihat supaya lain kali jangan bermulut celupar, jika bermulut celupar itulah padahnya... Jangan sembang pasal sensitiviti kita punya kaum kalau kaum sendiri pun kurang ajar!!!

NGO menawarkan wang untuk menampar Teresa ? Takder pasal-pasal ke tawaran dari NGO tu ? Agaknya kalau betina komunis ni tak buat video satira bodoh yang turut menghina orang Melayu, apakah akan berlaku penawaran dari NGO berkenaan ? 

Rayer dan Teresa ni berstatus pemimpin, bukan macai, sepatutnya sebelum buat atau berkata sesuatu fikirlah dulu pakai otak, kerana tindakbalas yang akan diterima tidak hanya daripada pemimpin Umno semata-mata, tapi tindakbalas bersifat meluas dan terbuka dari seluruh masyarakat, dan dalam masyarakat tu ada yang cerdik dan ada yang kurang cerdik begitu juga dengan tindakbalas...

Biarpun begitu dalam isu tawaran penampar keatas Teresa  yang dikatakan oleh Menteri ia bukan satu jenayah, Menteri telah buktikan perkara itu apabila tawaran penampar keatas beliau oleh bekas KM Sabah juga turut tidak diambil tindakan.
Seperti juga dengan kenyataan yang kononnya memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek kes jenayah ditembak terlebih dahulu sebelum siasatan dijalankan, kenyataan itu sudahpun diputarbelit oleh portal Malaysiakini.

Kenyataan sebenar Menteri ialah "Kita dapat bukti kita tembak terus", untuk dapatkan bukti sudah tentu memerlukan penyiasatan, jadi tak timbul soal 'tembak dulu sebelum siasatan dijalankan', atau komunis nak suruh penjenayah tembak polis dulu tapi polis tak boleh tembak penjenayah, polis hanya boleh tangkap dan hadapkan penjenayah ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman ??? Begitukah ???

Berbeza pula kenyataan dari Menteri apabila isu melibatkan rakyat biasa, ketika ditanya berkaitan isu tuntutan M Indira Gandhi supaya anaknya diambil daripada bekas suaminya yang memeluk Islam, Ahmad Zahid berkata, "Saya serahkan kepada pihak polis".

Kenapa beliau tak kata 'Itulah harga yang perlu dibayar bila tak nak ikut suami peluk Islam' ? Jadi fikir-fikirkanlah. Jangan pula ada pemimpin Melayu Islam yang bangang terikut-ikut dengan mainan puak-puak kafir ini.

Soal menyentuh sensitiviti atau tidak itu bukan perkara pokok yang perlu diketengahkan untuk ditangani, yang utama adalah punca kepada perkara yang menyentuh sensitiviti itu berlaku, kalau punca kepada perkara itu tidak diatasi atau diambil tindakan, siapa yang boleh beri jaminan perkara yang menyentuh sensitiviti itu tidak akan berulang ? Harus diingat setiap perkara yang menyentuh sensitiviti itu berlaku adalah berpunca dari kafir berstatus pemimpin, manakala tindakbalas dari itu pula belum pasti dilakukan oleh individu berstatus pemimpin....Anda Mampu Mengubahnya...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...