Video - @Khairykj Pemimpin Hebat Berucap Tak Mesti Berdegar Lihat Kehebatan @MuhyiddinYassin !

Ramai yang begitu teruja mendengar ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin didalam Perhimpunan Agung Umno biarpun ucapan beliau tidak ada 'tune' yang berdegar-degar yang mengharapkan tepukkan dan sorakkan dari perwakilan.

Saya juga tidak terkecuali dengan keterujaan itu, cuma mungkin keterujaan saya ada sedikit berbeza dengan anda, jika anda teruja dengan isi ucapannya, saya pula lebih teruja dengan cara beliau menyampaikan ucapan.

Bagi saya jika seseorang pemimpin itu mampu menyampaikan ucapan tanpa melihat kepada teks ucapan, pemimpin itu adalah pemimpin sejati yang benar-benar maklum, arif atau faham dengan apa yang beliau ucapkan. (benar-benar merasai denyut nadi rakyat)

Jarang sekali dapat kita lihat pemimpin berucap tanpa melihat kepada teks ucapan yang kita sendiri tidak tahu samada teks ucapan itu berdasarkan matlamat perjuangan atau hanya teks ucapan yang ditulis oleh orang lain.

Jika ucapan tanpa melihat kepada teks mampu disampaikan, adalah sudah pasti isi ucapannya itu tulus datang dari pemimpin itu sendiri dan pemimpin itu memang sedang berkira-kira dalam proses tindakkan, penyelesaian atau perlaksanaan.

Sungguhpun begitu, bukanlah bermaksud pemimpin yang menyampaikan ucapan dengan membaca teks itu tidak bagus, cuma ia mungkin kurang bagus dan berisiko untuk dianggap ucapan kosong 'pokko' yang sekadar memenuhi acara program dan langsung tidak kena mengena dengan matlamat perjuangannya.

Oleh sebab itu jugalah dapat kita lihat sikap pemimpin yang sering berubah dan tidak ada prinsip, adakalanya berimej liberal dan secara 'auto' berubah menjadi jaguh kaum pada satu-satu masa. Pemimpin seperti ini tidak boleh pakai sama sekali, kerana perjuangan pemimpin ini hanya untuk kepentingan diri sendiri yang ingin mencapai matlamatnya semata-mata.

Berbalik kepada ucapan TS Muhyiddin selama 22 minit (rujuk video dibawah), kesimpulannya selain misi, matlamat, angka, nama, judul yang mampu beliau sebut tanpa merujuk teks, terbuktilah bahawa beliau bukannya pemimpin yang menjadikan parti sebagai platform untuk kepentingan peribadi, sebaliknya beliau memang menghayati setiap permasalahan rakyat serta hal berkaitan negara atau dengan kata lain beliau adalah ahlinya.

Adapun jika bukan ahlinya, atau beliau adalah kontraktor, beliau tidak akan mampu untuk memberi ucapan seperti itu melainkan hanya mampu berucap hal yang berkait dengan selok-belok kontraktor sahaja. Syabas dan tahniah UMNO masih punyai pemimpin yang sebenarnya pemimpin. Anda Mampu Mengubahnya.

Ucapan penuh TS Muhyiddin rujuk http://yuseriyusoff.blogspot.com/2014/11/pau2014-teks-penuh-ucapan-ts-muhyiddin.html
  

1 comment:

  1. Kasihan kepada penulis yang ketinggalan dalam memahami teknoloji semasa..

    Bercakap tanpa merujuk teks??

    Cermin kecil di kiri kanan rostrum itu apa??

    itulah screen yang memaparkan teks ucapan ke mata TS Muhyuddin semasa beliau berucap, Dia memaling ke kiri dan ke kanan bukan untuk melihat para perwakilan, tetapi membaca teks yng terdapat di screen lut sinar di depannya itu ..

    Penulis sepatutnya berada di sisi TS Muhyiddin barulah dia faham..ada teknoloji maklumat yg sedang digunakan pada masa itu !!

    Yang petah bercakap tanpa merujuk kepada teks dan tanpa bantaun teknoloji maklumat hanya Sheikh Ketum Al Juburit sahaja selain Sdr Khairy Jamaluddin...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...