Lebih 500,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga kini masih liat membayar balik pinjaman masing-masing walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan oleh kerajaan.
Kecewa dengan keadaan itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengingatkan "Kepada peminjam ini bertaubat dan bayarlah hutang. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut,"
Kecewa dengan keadaan itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengingatkan "Kepada peminjam ini bertaubat dan bayarlah hutang. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut,"
Sebelum ini dalam pembentangan bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut menyentuh berkaitan hutang PTPTN, beliau mendendangkan mafhum hadis bersabit orang yang tidak membayar hutang katanya "roh seorang mukmin itu tergantung-gantung dengan sebab berhutang waima dia mati seorang mati syahid pun diampuni (dosa) melainkan hutangnya".
Benar kata-kata Menteri itu, hal ini sedikitpun tidak boleh kita nafikan sama sekali, peminjam mestilah bertanggungjawab dengan pinjaman yang telah dibuat dan WAJIB membayar balik pinjaman tersebut.
Benar kata-kata Menteri itu, hal ini sedikitpun tidak boleh kita nafikan sama sekali, peminjam mestilah bertanggungjawab dengan pinjaman yang telah dibuat dan WAJIB membayar balik pinjaman tersebut.
Apapun kerajaan juga perlu melihat ia dari pelbagai sudut agar sesuatu tindakkan dan kenyataan yang dibuat itu rasional dan selari dengan moto 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".
Sebagai contoh, jika peminjam itu sudah mempunyai pekerjaan atau pendapatan tetap serta sangat berkemampuan untuk membayar balik pinjaman tetapi sengaja liat atau ingkar untuk membayarnya, maka adalah sangat wajar dan WAJIB untuk diambil tindakkan yang tegas.
Namun bagaimana pula dengan peminjam yang masih belum mendapat pekerjaan atau dengan kata lainnya menganggur ? Jika kerajaan kata yang menganggur itu dia punya pasal, bukan masalah kerajaan, kerajaan hanya bagi pinjaman untuk belajar, bab kerja kerajaan tak campur! pandai-pandailah berdikari mencari kerja, apa yang kerajaan tahu ialah pinjaman wajib dibayar, kerja ke, tak kerja ke, ada duit ke, takder duit ke tak kira, hutang WAJIB dibayar.
Kalau begitu kerajaan pun lebih kurang macam Ah-long jugalah, tak kisah, kerajaan boleh saja untuk bersikap demikian, kerana mungkin berdirinya kerajaan dengan sendirinya, so kerajaan boleh angkuh sesuka hati tanpa perlu dacing timbangan....
Sikap tegas dan angkuh sebenarnya tidak kemana, jika kerajaan bersikap angkuh dan peminjam pun bersikap sama dimana peminjam mengatakan nak saman ke, nak tahan pasport ke, nak bankrupt ke waima nak hukum gantung mati ke, lantaklah!, peduli apa!, aku nak makan pun susah!, nak bayar dengan apa?, kais pagi makan esok! hutang 'kroni' beratus billion takder pula nak kalut!!!, blablablabla......
Siapa yang untung ? Selesaikah masalah ? Tidak!!!! Jadi ada baiknya pemimpin cerdik pandai dalam kerajaan melakukan TRANSFORMERSi kepada sistem pengajian tinggi negara sekaligus mengenalpasti punca kepada pengangguran dikalangan graduan dimana ia berkemungkinan sangat berkait rapat dengan masalah membayar balik pinjaman.
Statistik siswazah menganggur |
Berdasarkan laporan tersebut, punca utama graduan menganggur dikenalpasti, selain graduan itu sendiri kerajaan juga perlu membantu mereka untuk mengatasi permasalahan berkenaan.
Mungkin kerajaan boleh membantu dengan mewujudkan pusat atau bengkel pemulihan khas graduan ala Pusat Latihan Khidmat Negara PLKN sebagai contoh dsbnya, dimana selain modul-modul yang khusus berkaitan dengan kelemahan graduan, penyerapan motivasi juga perlu supaya graduan lebih berani dan yakin dengan diri sendiri.
Kerajaan atau Menteri tidak harus hanya tampil dengan peringatan atau desakan supaya graduan membayar hutang semata-mata, malah perlu turut rasa denyut nadi graduan yang liat membayar hutang dan perlu tahu serta faham apa permasalahan graduan yang liat ini dan pada masa sama mencari alternatif untuk membantu mereka.
Kita khuatir jika kerajaan sering tampil dengan pengumuman yang bersifat 'mengcekik', mendesak dan menaikkan, rakyat akan bertambah muak dan bosan, bila begitu kerajaan yang ada hari ini mungkin akan sukar untuk dipertahankan. Akhirnya Menteri pula yang akan menganggur dan lebih sadis kalau ada yang menjadi banduan, semoga dijauhkan.. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.