Syabas @NajibRazak Tapi Perjuangan Belum Selesai Selagi OSA Bermaharajalela

Syabas buat YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana membuat keputusan yang sangat tepat yaitu mengekalkan Akta Hasutan 1948 malah diperkukuhkan lagi.

Namun sudah menjadi lumrah, disebalik pengumuman beliau itu terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan beliau telah memungkiri janjinya sebelum ini untuk memansuhkan akta tersebut.

Mengutamakan masalah umum berbanding janji yang bersifat peribadi adalah jauh lebih baik, pengorbanan besar yang dibuat oleh beliau sebenarnya, kerana beliau sanggup dipandang sebagai seorang yang mungkir daripada melihat kehancuran atau ketidak harmonian berlaku dalam negara ekoran kedegilan beliau untuk mengotakan janji.

Ada yang berpendapat tindakan mengekal Akta Hasutan adalah tindakan politik bagi membolehkan UmnoBN mengekalkan kuasa. Pendapat semua boleh bagi pendapat, kalau dulu mereka kata guna ISA untuk UmnoBN kekal kuasa, tetapi pengumuman memansuhkan ISA pada 11 Julai 2012 telah membuktikan tanpa akta tersebut UmnoBN tetap kekal berkuasa apabila memenangi PRU pada 05 Mei 2013.

Kesimpulannya akta berkenaan adalah sangat diperlukan demi menjamin kesejahteraan negara, cuma mungkin ia perlu ditambah baik supaya akta itu tidak disalahgunakan dengan sewenangnya.

Begitu juga dengan Official Secret Acts (OSA) atau Akta Rahsia Rasmi 1972, akta ini juga perlu dikaji semula, bukan dimansuhkan tetapi dibuat penambahbaikkan kerana ia berisiko besar disalahgunakan.

Sepatutnya perlu ada had-had rahsia bukan semua perkara itu rahsia, sebagai contoh perkara yang melibatkan keselamatan negara seperti jumlah kelengkapan ketenteraan, pertahanan negara dan seumpamanya, tidak boleh didedahkan,  wajar dan tepat akta tersebut digunakan.

Adapun dokumen-dokumen kerajaan yang melibatkan perbuatan rasuah tetapi sewenangnya diklasifikasikan sebagai rahsia oleh Menteri atau pegawai awam tidak sepatutnya memerlukan ia diubah status baru boleh didedahkan.

Pengelasan sebagai rahsia itu hanya terpakai untuk keselamatan negara, bukan untuk melindungi perbuatan rasuah pemimpin, malangnya OSA telah disalahguna untuk melindungi perbuatan rasuah dengan pengelasan sebagai rahsia kepada dokumen-dokumen melibatkan rasuah.

Sesuatu akta atau undang-undang itu sangat penting kepada negara, tapi kadangkala akta dan undang-undang itu jugalah yang akan memudaratkan bila ia disalahgunakan. Persoalannya beranikah PM mengkaji semula akta yang berkait rapat dengan perbuatan rasuah jerung ini ? Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. Syabas kepala hotak hang!!! ucap syabas apa pada Najib lembek ni!!
    Dia yg cipta masalah... pandai2 pi hapus ISA, nak hapus Akta hasutan.. entah apa yg ada dalam kepala otak Najib ni dengan macam2 masalah jenayah yang tak dapat nak di kawal nya tiba2 kerja nak mansuh hapus akta..

    lepas kena ugut dan tahu dia akan jatuh, dan kebangkitan TS Muhyiddin, then dia umum nak kekal AKta HAsutan.. bodohnya orang UMNO yg memuji Najib..

    Najib ni sama shj dengan KETUM dan KJ.. bermain wayang pandai.. untuk kelirkan dan liberalkan Melayu!!

    Please la admin.. memalukan lah... jilat Najib..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...