Apalah sangat permohonan seorang rakyat miskin yang ingin dapatkan bantuan sebuah mesin jahit bagi membantu menambahkan pendapatan untuk menyara keluarga, dimanakah EHSANnya ??? Sedangkan kerajaan punyai peruntukkan untuk itu.
Format terbaru Facebook membuktikan pesanan ini telah dibaca dengan bertanda "right" Seen Nov 20" sehari selepas pesanan dihantar namun tetap tak diendahkan....!!! |
Sungguhpun begitu pada hemah saya, sebangsat manapun seorang pemimpin , jika rakyat tak dapat tumpang dari segi material, dapatlah ditumpang dari nasihat dan tunjuk ajarnya, tak semestinya apa yang dipohon oleh rakyat itu mampu dan perlu untuk ditunaikan, tapi takkanlah sampai tahap mempermainkan rakyat dengan mengabaikannya,
Untuk apa memberi harapan pada rakyat dengan meminta menghantar permohonan rasmi menerusi faks jika kita fikir ia tidak mampu ditunaikan, berterus terang sajalah, atau minta saja ia dirujuk kepada jabatan yang tertentu yang berkaitan dengan kes tersebut.
'Agah', angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri adalah sikap yang tidak layak untuk ditabal sebagai pemimpin, andainya tidak begitu, apa lagi yang pemimpin Umno itu inginkan selain dari pemohon itu berbangsa melayu, beragama Islam, miskin dan memrlukan, pengundi DUN serta Parlimennya dan juga penyokong BN.
Saya sendiri tidak terlepas dengan pengalaman 'memohon bantuan' itu, tapi tidaklah sehampa dengan kes yang berlaku ini, sepanjang berurusan dengan pemimpin UmnoBN baik didalam bahagian mahupun diluar negeri, apa yang dapat disimpulkan adalah terbaik dan sememangnya berjuang apa yang diperkatakan yaitu demi bangsa, agama dan negara.
Manakala Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah bertanding di dua kerusi yaitu di Parlimen Bachok dan DUN Chempaka, tetapi kalah di Parlimen dan hanya menang di DUN sahaja, bagaimanapun tidak pasti pemimpin manakah dari BN yang pernah menang di parlimen dan PRU seterusnya bertanding dua kerusi malangnya kalah kedua-duanya dan tersemat didalam lipatan sejarah PRU di Kelantan..
Kerana kekalahan itu mesti dikaji dan tidak harus diletakkan punca kekalahan diatas faktor sabotaj semata-mata, kerana saya sebagai rakyat pun tidak akan memilih pemimpin yang angkuh dan pentingkan diri sendiri kiranya ciri itu yang terdapat pada seseorang pemimpin tersebut. Produk yang baik dan berkualiti pasti akan diterima rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.. Ubahlah sebelum diubah..
Keikhlasan dan kewibawaan Presiden Parti juga akan lebih terserlah dan dihormati jika produk benar-benar bermutu sahaja yang akan ditawarkan kepada rakyat.
pemimpin Umno mcm nilah yg selalu burukkan imej Umno,pucuk pimpinan perlu serius dgn teguran rakyat yg dibawah,krn mereka inilah penentu masa depan kelangsungan BN,lgpun tgk respon pn dah tahu bagaimana keperibadian pemimpin yg d maksudkan,pru nk dekat pn maish taknak ubah prangai lg.emm nasiblah...
ReplyDeletecalon yg betul2 nak berkhidmatutk rakyat saja yg layak dinobatkan. menjadi Wakil rakyat merupakan tanggongjawab..jika abaikan...seharusnya 'undur diri',cermin2kanlah kemampuan sendiri.
ReplyDeletePemimpin yg dmksdkan ialah awe adek,jolo ke dok ambo kato.hanyo nasio tu jah hok bapok agah d kelate nih,xdok doh ore lain,bare tu saem pn xpndi,dibenci oleh kwn dn lwn,kot2 manapun awe adek tentu doh lekat calon,tapi xsoh mimpilah kalu nok mene bacok gak,soh ko parlemen,dun pun ore xbuwi,kito nati kelihlah xcayo gak
ReplyDeleteKedudukan Awang Adek di dalam Umno Bachok hari ini bak duduk dalam perahu besar yang sudah bocor. Bila-bila masa saja Awang Adek akan tenggelam dan karam. Usah lontar batu besar, campak batu kecil pun Awang Adek boleh karam. Ini kerana sokongan dari kalangan Umno sendiri kepada Awang Adek tidak sepadu. Isu 23 cawangan Umno yang berbulu dengan Awang Adek belum selesai lagi.
ReplyDeleteAwang Adek pula hendak 'gala' dan menapung perahu besar bernama Umno itu tidak ada kudrat. Gara-gara tidak mendapat sokongan padu menjadikan kerja Awang Adek menebar jala tembus saja. Jalan tertebar ikan tidak dapat. Perahu pula bocornya terus membesar.
Gegam gegok pasal duit minyak untuk pengundi luar PRU 12 pah ko ari ni ore duk kecep xlesai lg,dan menjadi sebutan kerana penjaga jabbir lebihkan menjaga modalnya untuk berpusing dari menjaga minyak kereta pengundi luar? DAA akan menang besar dalam PRU 13 nanti hanya kerana ''KEAGAHAN'' yang ada dalam dirinya untuk menang semata mata
ReplyDeleteMengikut Awe Adek, round ni bagi dia ialah 'do or die', sebab term senator pon dah habis kelayakan, dia kena menang jugak at all cost, dia kena jadi the most winnable candidate di Klaten, lebih layak dari Tok Pa. Jadi demo tok sah dok main nak cah keting dia lah this time around, dengar dan akur pesanan Presiden, beliau yang akan buat keputusan memilih. Jangan ada nampak unsur unsur nak kedepankan sangat Tok Pa, Dato Alwi dah make it loud and clear masa PAU12 lepas.
ReplyDeleteorg sombong dok patat nerako la jwb nyo...puok mu suko sgnt gi sokonglah....
ReplyDeleteroyalti minyak kelate mano adek kakok ....cakap besar jah puok2 mu nih...sekepen x guno???