Tidak ada lagikah alternatif lain kerajaan Pas Kelantan dalam menyelesaikan apa-apa perkara selain daripada menjual tanah.? Timbul saja masalah, tanah juga tempat yang nampak dulu untuk diterkamnya,
Tindakan boros yang menampakkan kerakusan terhadap tanah-tanah dibumi Kelantan ini dapat dilihat apabila ianya ditimbulkan oleh Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa didalam cadangan beliau sekiranya kerajaan negeri berhajat untuk membayar hutang-hutang peneroka kepada KESEDAR. (Rujuk kepada Video)
"Kalau Kerajaan Negeri nak main kasar macam tu (merujuk kepada isu Talam), kalau setakat nak bayar hutang peneroka tadi, ambil 2700 hektar tu boleh bayar dah, kalau nak main kasar lagu tu."
Bukankah mewah bunyinya tu...,ada masalah sikit mula nak heret geran nak jual tanah, agak-agak jika kita ditimpa masalah kewangan, apa yang kita nampak dulu dalam kepala, nak jual tanah ke ? atau mencari alternatif yang lain. Itu bergantung kepada sikap kita sendiri, kita ni jenis yang bagaimana.
Apapun syukurlah kerana kerajaan pusat telah menyelamatkan tanah seluas 2700 hektar itu daripada tergadai kepada cina apabila bertindak melupuskan hutang melibatkan 6,000 peneroka yang berjumlah RM133 juta itu.
Namun jumud yang masih bertahan didalam pemikiran pemimpin Pas yang didoktrin didalam pemikiran penyokongnya adalah dengan berkata,
"Kalau takder pembangunan, kata takder pembangunan, bila buat pembangunan bagi tanah untuk dimajukan oleh 'Tauke Cina' dituduh pula jual tanah, dah kerajaan takder duit nak bangunkan, maka terpaksalah bagi kepada cina".
Seolah-olah wujudnya sesebuah pembangunan itu adalah dengan hanay menjual tanah semata-mata, untuk mewujudkan pembangunan dengan menjual tanah, rasanya tak perlu belajar tinggi-tinggi, orang kampung pun reti kalau macam tu,
Sikap takder duit nak jual tanah ni bukanlah satu sikap yang baik, banyak lagi cara lain seperti menarik pelabur asing untuk datang buka kilang ke, buka ladang unta ke, otak tu kena fikirlah, jangan duk fikir politik nak maki hamun Umno jer memanjang, ini takder guna punya pemimpin, bab politik dengan tambah bini jer cekap, yang lain semuanya hamPas.
Hairan sungguh 22 tahun Pas perintah Kelantan apa yang dibuatnya ? pusat peranginan tidak ada yang dimajukan sehingga tahap yang boleh dibanggakan, kalau dari segi pembangunan atau kemudahan untuk rakyat seperti masjid, sekolah, jalanraya, hospital, klinik, balai polis, balai bomba dan segalanya kerajaan pusat yang buat.
Habis tu kerajaan Pas duk buat apa selain dari ceramah dan pacak batu ?
buat projek ladang depu KO, kambing Jamnapari KO, cakap nak bina stadium
dah dua kali kencing, kutip derma janji nak bina lebuhraya rakyat hanya
menjadi angan-angan 'Mek Nab', sembang hebat, perlaksanaan habuk pun
tarak...Anda Mampu Mengubahnya.
Cakap banyak tak guna, ini buktinya!!! |
Satu pendedahan yang menarik.
ReplyDeleteJalan pintas untuk melenyapkan hasil BUMI Kelantan kepada bangsa asing tampa merasai kehilangan dan dosa pada anak-cucu cicit yang mendatang. Kalau begini sikap pemimpin Melayu Islam patut pun China gembira berada dibawah PAS.
Sebenarnya Pakcu pun cuba untuk berubah dan merubah. Tapi sayang orang Kelantan kita terlalu sayang kepada pada Parti Pak Lebai Kopiah ni biar pun dok atas canggung pandai berkokok tapi habuk pun tadak...kerana apa....
kerana "belaga angin " kempen guna agama dan selak kain orang lalu bertakbir...sorrylah kalu komen Pkacu pedas sikit pagi..fikir-fikirkan...walahualam
Tu yang UMNO tak pandai buat....
bakpo la bengong sangat pas kelantan ni?
ReplyDelete