Tuanku Sultan berjiwa rakyat, kemuliaan akhlak baginda seperti inilah buatkan baginda sentiasa disenangi oleh sekalian rakyat. Gambar diatas memaparkan saat baginda mencemar duli menziarahi seorang pemuda OKU yang kudung tangannya.
Dilaporkan selepas mengziarahinya, baginda turut bermurah hati dengan mengurniakan sebuah rumah yang selesa kepada keluarga pemuda berkenaan. Inilah tauladan kepimpinan yang baik perlu untuk dicontohi oleh setiap pemimpin.
Namun rata-rata pemimpin pada hari ini lebih kepada politik, politik yang memecahbelahkan sesama sendiri, politik yang berselindung disebalik imej agama.
Oleh sebab itu juga baginda beberapa hari yang lalu turut bertitah meminta umat Islam supaya saling menghormati dan mengelak daripada sengketa berpanjangan.
Baginda bertitah dalam menonjolkan kebaikkan dan keindahan Islam, jangan sampai agama itu ditempelak dek perbuatan yang boleh memalukan dan mencemarkan imej Islam itu sendiri.
Sultan Kelantan menarik perhatian umat Islam masih dibelenggu sengketa dan perbalahan yang seolah-olah tiada penghujungnya.
"Beta berharap semua pihak menyedari betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan dan betapa kecewanya bila merasa tenaga dan kekuatan umat habis tercurah dalam sengketa, peperangan sesama sendiri," titah baginda pada Majlis Perasmian 100 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).
Teks ucapan baginda dibacakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Sultan Kelantan bertitah walaupun baginda akur dengan kebebasan bertindak berdasarkan amalan demokrasi, namun masyarakat Islam dan bangsa Melayu perlu mempunyai dan menjaga disiplin, tata cara hidup, tata susila serta adat istiadat Melayu, terutama berkaitan kehidupan beragama.
"Dengan disiplin dan tata cara hidup beragamalah pada suatu masa dahulu bangsa kita pernah menjadi bangsa besar di rantau ini dan agama Islam menjadi asas yang kukuh kepada pembinaan tamadunnya," titah baginda.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.