Isu yang timbul adalah boleh atau tidak mendoakan seseorang sekiranya seseorang itu dizalimi, pada pandangan saya, sebenarnya bukan soal boleh atau tidak boleh, dah kalau mereka rasa dizalimi, maka menjadi hak mereka untuk berdoa apa saja kepada Allah, namun Allah jua yang menentukan segala-galanya, Allah maha adil, Allah tahu zalim atau tidak zalim, kita serahkannya kepada Allah.
Apa
yang nak ditimbulkan adalah cara dan adab berdoa, kalau berdoa sampai
menjerkah, mengugut, melalak dengan perkataan-perkataan yang tidak
selaras dengan apa yang diajar oleh Islam, adakah itu doa seorang yang
dianggap memperjuangkan Islam, sedangkan hukum hakam berdoa pun tidak
reti atau tidak tahu apa satu, kejahilan dalam berdoa adalah satu hal
yang tidak patut berlaku keatas pendoa yang juga peniaga jus doa.
Keduanya,
secara realiti jika kita pernah dizalimi, dan kezaliman itu benar-benar
buat kita tersiksa, lalu kita menadah tangan untuk berdoa dan ikhlas
dari hati mengadu kepada Allah yang maha esa, dalam keadaan tidak
hipokrit atau tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk atau politik, kerana
hanya kita dengan Allah sahaja, tidak ada orang lain, adakah keadaan
kita sebagaimana keadaan adik Nik Aziz itu berdoa, maksudnya keadaan
yang melalak dan mengjerkah itu?
Pastilah
tidak, kerana apabila kita dizalimi kita akan merasa sedih, terhina dan
tersiksa, oleh itu kesedihan kita akan mengiringi doa sehingga ke
akhirnya, bukannya dengan bersedih seketika sebelum kembali menyalak
seperti orang gila. Secara jujurnya seorang insan bila berhadapan dengan
Allah, tidak akan ada lagi segala perasaan marah, dendam dsbnya, apa
yang ada hanyalah rintihan dan pengaduan, sungguhpun diri hanyalah
begitu kerdil kita rasakan. Anda Mampu Mengubahnya..
Luahan rasa yang tidak puas dengan sikap Pas yang sentiasa mempergunakan agama...
kalo kjaan zalim...nik aziz tak akan pakai mers S class... tak akan makan nasik lemak tiap2 hari...
ReplyDeleteboddo punya org tua...
org tua tu dah lama bodo dan diperboddokan...
Delete