Lulus Lesen Arak Di Kelantan - Azhar Idrus Sifatkan Kerajaan Pas Juga Kerajaan Syaitan - Video

"Kerajaan Pas Kelantan kerajaan syaitan, Nik Aziz Ulamak syaitan, Ustaz Pas ustaz syaitan", kenyataan itu merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus keatas mana-mana kerajaan yang membenarkan perniagaan arak dan judi, beliau memetik ayat Al-Quran didalam Surah Al Maaidah, Ayat 90,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Dengan penjelasan yang dibuat oleh Ustaz Azhar itu ternyata ianya tepat terkena keatas pemerintahan ulamak syaitan yang sering mengkafirkan dan menyalahkan orang lain. Buktinya sebahagian gambar-gambar yang telah saya dan blogger AOK rakam disekitar Kota Bharu terutamanya di Sri Cemerlang pada klipvideo dibawah.

Dijangkakan terdapat lebih 80 kedai menjual arak disekitar bandar Kota Bharu diberikan lesen yang sah oleh kerajaan Pas Kelantan, manakala yang menjualnya secara haram tanpa lesen dianggarkan melebihi 10 buah kedai.

Disamping itu terdapat juga beberapa pusat hiburan seperti Pub dan karaoke, namun belum dapat dipastikan samada ianya menjalankan aktiviti itu secara haram atau mempunyai lesen.

Bagaimanapun isu pemberian lesen arak itu pernah dijawab oleh kerajaan Pas Kelantan yang membenarkannya diatas alasan ia dikeluarkan kepada golongan bukan Islam walaupun sebelum ini mengecam tindakan sama kerajaan BN diatas isu tersebut. Anda Mampu Mengubahnya.

Mungkinkah fatwa 'syaitan' itu tidak terpakai jika ia dilakukan oleh kerajaan Nik Aziz ?

12 comments:

  1. tiger tergolong dari beer yg halal, ha ha ha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. blogger ni yg x faham maksud firman Allah di atas....maksudnye org islam x leh mendekati minuman arak bkn x leh bg lesen utk org kafir menjual arak utk org kafir yg lain.....Rasullullah pon menghormati org kafir asalkan org melayu x terjebak dlm budaya minum arak.....sblum wat apa2 statement melibatkn firman Allah sila faham btol2...ok....jgn marah..sy nasihat je...x nk terima pon x per...asalkn sy dh nasihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sebut hasil arak ka ta dlm golongan yg 10 di laknat krn arak

      Delete
  4. muslimah sejati ni darjah brp ekk?Kenapa pulak blogger yg tak paham,kau xdgr ke ust azhar ckp pebende?bila dh taksub selalu penganut ajaran pas ni salahkan org lain,ust azhar langsung tak sebut pasal ahli pas,yg dia sebut pasal KERAJAAN,ULAMAK,USTAZ,RAKYAT dsbnya....kalau bengong mcmni biasanya yg baru lepas meroyan mcm abby...

    ReplyDelete
  5. Muslimah sejati 9.31pm. natang mung!! Babi tu haram...termasuk sekali dengan apa-apa berkait dengannya kecuali siput babi. Siput babi tu siput bukan babi!! Mu pahang ke tok apa yang aku cakapkang! natang! Jadi simple jer arak tu haram dengan segala barkaitang arak tidak termasuk buah anggur. Buah anggur tu buah bukangnyer arok!! Yang berkaitan dengang arok tu adalah proses buat arok, proses jual arok termasuk lesen, kedai, botol, kilang, simpan, minum, mabuk dan buat kijer gilo sebab mabuk...tu harang belaker!! hok tak harang yer kedai jual semin, walau pong semin digunakang untuk buat kedai arok..PAHANG!!! Natang...ilmu logik macang ni jer nak ajor mung!!

    Ser lagi janger dok ulas ayat Koraan ikut sedap mung jer. janger bacer Koraan macam makan durian, kulit buang, butir buang, ambik sedap isi temolok mung jer...kalu tidak seropa dengang Tok guru mung jugak, bangang!!!

    ReplyDelete
  6. Lagi satu, aku pahang sangat UAI tu becakap nak pekena kerajaang pemerintah BE-ENG, maksudnyer BE-ENG tu syaitonn..tapi biler terlajok cakap tak leh undur doh, terlepah pah lek saner masuk negeri kelatang, kedoh, p.pinang, selangor..biler PR merintoh, PAS jugak ada sahang!! natang!! gook, selangor bukang setakat kedai arok, kedai lendir, kedai urut pong koho banyok buker!!!natang!!

    ReplyDelete
  7. Apabila ilmu agama yg dipelajari TIDAK didahului atau bersama ilmu adab dan akhlak, lahirlah org berpendidikan agama (sama ada rasmi atau tidak rasmi) NAMUN sombongnya tinggi, bahasanya kasar, debatnya hanya utk penegak keegoan diri, sesat mnyesatkan yg lain adalah keutamaan hidupnya, gemar juga label melabel bagi memuaskan nafsu amarahnya, amalan sebenarnya bermusim dan bertempat. Memohon maaf atas kesilapan yg terbukti jauh sekali. Semoga Allah pelihara saya dan kita semua dari sifat tersebut. Ameen..

    Dipetik dari wall FB ust Zaharuddin Abd Rahman :)

    ReplyDelete
  8. saya minat mendengar ceramah agama dari kecil lagi sehingga sekarang, tapi malangnya sekarang apa saja ceramah yang saya dengar mesti ada unsur hasutan membenci sesama muslim.... Hanya Allah saja yang tahu mcm mana perasaan saya. Ulama yang kita agung2kan sepatutnya menjadi inspirasi, tapi malang sekali Ulama sekarang lebih kepada berpolitik... gaya percakapan ulama pun tak layak kita contohi, MasyaAllah....

    ReplyDelete
  9. http://keluargakusayang.blogspot.com/2010/05/tiada-kedai-judi-di-kelantan-lesen-jual.html

    ReplyDelete
  10. Kepada : lebaigobek

    kalau begitu awak tidak akan undi sesiapa untuk PRU13. Mengikut statement yang awak cakapkan tu...

    Kalau Pas tidak mengikut Islam sebenar dan BN pun sama. Jadi, awak sokong bebas.

    ReplyDelete
  11. If you are a Buddhist monk from abroad to come and stay in any Buddhist association in Malaysia, any Buddhist monk should be more careful because some Malaysian Buddhist associations as committees are very dirty in their minds and they do not have Dhamma in their mind they (without Dhamma)

    For example, SAMNAK SAMBODHI one of Buddhist Temple (Malaysia Buddhist Association) located at Taman Desa Jaya, Kepong… YIP KUM FOOK as president, there is another more problem because the committee is like a ghost and animals

    Committees in SAMNAK SAMBODHI, they can collect any money from Buddhist monks, whose monks live in the Temple, one of our Myanmar Buddhist monks (VEN. U NANDIYA) lives there, the temple committee cheated his money about rm20,000.00, our monk is very sadly about that

    On the other hand, VEN. PHRA PIYA DHAMMO from Penang also committees at SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE remove him out, without any mistake, this is very stupid committees in the world

    If anyone reading this message, please forward it to anyone who knows...we will protect and save Buddhists teaching

    Sharing by Buddhist groups in Malaysia & Myanmar Buddhist People in Malaysia

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...