Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar tindakan segolongan mufti yang membangkitkan isu "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."
Biarpun isu berkenaan berlaku sudah lebih 20 tahun lalu namun ianya masih segar dalam ingatan sekalian rakyat, ini kerana isu tersebut berkait dengan akidah umat Islam dan menjadi penyumbang utama kepada perpecahan umat Islam dinegara ini.
Bagaimanapun menurut Nik Aziz, Pengasas amanat itu yang juga Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.
Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.
"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS menarik balik apa yang didakwa sebagai 'Amanat Haji Hadi'.
"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti. Bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang."
Biarpun isu berkenaan berlaku sudah lebih 20 tahun lalu namun ianya masih segar dalam ingatan sekalian rakyat, ini kerana isu tersebut berkait dengan akidah umat Islam dan menjadi penyumbang utama kepada perpecahan umat Islam dinegara ini.
Bagaimanapun menurut Nik Aziz, Pengasas amanat itu yang juga Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.
Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.
"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS menarik balik apa yang didakwa sebagai 'Amanat Haji Hadi'.
"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti. Bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang."
"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden PAS sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam. Boleh berbincang dengan cara yang elok dan tak perlu bermain politik partisan di dalam jubah mufti. Jangan jual harga mufti dengan murah."
Sebelum ini Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas."
Katanya, perkara ini sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.
"Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut," katanya.
Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno sebaliknya ke atas Hadi.
"Saya bersetuju untuk beliau (Hadi) menarik balik amanat tersebut. Beliau juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah," katanya.
Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak hanya bercakap perkara yang benar sahaja.
"Ada ayat al-Quran menyebut jauhkan diri daripada prasangka tidak baik.
"Adalah lebih baik kita mengikut nas al-Quran, sama ada daripada tulisan atau ceramah," katanya.
Hadi Awang pernah mengeluarkan amanat demikian pada tahun 1981 dan menjadi pegangan ribuan ahli parti itu sehingga ke hari ini.
Jika itu pegangan pok nik dan segala sahabat pas , maka dicadangkan majlis fatwa pula mengeluarkan fatwa yang sama seperti hj hadi , pas yang berkawan dengan dap juga adalah kafir - jadi bila sudah seri maka tiada masaalah lagi , orang awam boleh memilih parit kafir mana satu yang mereka mahu.
ReplyDeletekpd hj HADI...bertaubatlah...kerana amanat sesat tn haji dulu telah merosakkan dan memecahbelahkan orang islam...tn hj akan dituntut diakhirat nanti akan nasib malang mayat ibrahim libya dan 13 pengikutnya yang tidak dikafankan bahkan ditanam terus...kononnya mati syahid....taubatlah haji hadi...sblm malaikat maut datang menjemput...masa itu dah tidak berguna lagi....allahu akhbar
DeleteOrang Cina sibuk menambah kekayaan tapi orang Melayu sibuk dengan kafir mengkafir, siapa lebih Islam siapa kurang Islam. Lama-lama Melayu dihumban dengan Islamnya oleh bangsa lain. Melayu memang jenis dengki dan tak sedar diri.
ReplyDeleteMenurut Nik Aziz, Pengasas amanat itu yang juga Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang. Tapi tindakan mengkafirkan orang lain tanpa asas yang kukuh menggambarkan Hj Hadi hanya berkelulusan sekolah rendah agama ajaran sesat...
ReplyDeleteMufti tidak mengungkitkan sejarah dulu. Dulu tetap dulu. Dulu mungkin benar. Tapi bagaimana sekarang ni? Adakah amanat tu masih benar hari ni? Itu persoalan yang dibangkitkan oleh mufti. Kalau sudah tak benar, maka seharusnya ditarik balik sekarang. Dengan menarik balik amanat tu sekarang tidak bermakna yg dulu tu pun salah. Dulu mungkin (saya sebut mungkin) benar. Tapi sekarang ternyata sudah salah kerana jika tidak, PAS juga akan jatuh kafir kerana besekongkol dengan kafir sekarang, dan tidak lagi membawa agenda kerajaan islam (katanya kerajaan islam tak ada dalam Al-Quran). Baik tarik balik atau tanggung la dosa, berat dosa kafirkan orang lain.
ReplyDeleteDan kepada semua ahli PAS, jika benar kerajaan islam takde dlm Al-Quran (seperti yg Hj Hadi katakan selepas bersekongkol dgn DAP), dimana letaknya perjuangan Ibrahim Libya dan 13 kawannya yg "mati syahid" dulu? Tak mandi, tak kapan. Mereka berjuang untuk menegakkan negara islam, Balik-balik, 30 tahun kemudian Hadi kata takde negara islam. Syahid kah mereka? Kalau tidak, dosa ini harus ditanggung oleh setiap orang yang menyokong PAS, pangkah untuk PAS, derma untuk PAS dsb.
"Fikir baik-baik"
bawa-bawa mengucap wahai orang2 berilmu mcm pok nik & pok hadi hari untuk kamu semakin senja. Tak habis2 nak bebalah.
ReplyDeleteMakin banyak ilmu semakin pandai pusing, tu yg iblis suka.
ReplyDeleteAl Quran Islam Penyatu Ummah Tapi Pok Nik & Pok Hadi Nie Jadi Pemecah Ummah. Belajar Kat Mane .
ReplyDeleteTapi bukan ke Hadi sendiri ngaku yang dia lebih pandai sikit dari anjing..
ReplyDeleteBerdasarkan kenyataan, antara sebab utama Nik Aziz atau mana2 pemimpin awal PAS menentang UMNO ialah kerana UMNO menolak Islam. Timbul persoalan besar kepada orang kebanyakan apa yang dimaksudkan dengan menolak Islam itu.
ReplyDeletePerkara ini memerlukan penjelasan terperinci dan wajar dibahaskan secara langsung dalam suasana harmoni
kalau ilmunya setinggi langit pun apa gunanya kalau tidak dimemanfaatkan untuk perpaduan ummah , Sering terdapat gambaran dari beberapa hujjahnya yg akhlaknya kadang2 menjunam ka paras lebih rendah dari perut ular.....
ReplyDelete