Calon 'Winnable Candidate' !!! Sebagai rakyat, sekiranya pemimpin berpendirian sebagaimana pemimpin pada rakaman dibawah, mustahil pemimpin itu tidak akan diberi peluang oleh rakyat untuk mewakili mereka, dan pemimpin yang berucap itu juga telah membuktikannya.
Pemimpin yang ingin menjadi pemimpin semata-mata untuk mencari keuntungan peribadi dengan menggunakan parti sebagai platform WAJIB ditolak oleh rakyat supaya memberi pengajaran kepada sesebuah parti itu daripada meletakkan pemimpin yang sedemikian.
Hanya rakyat sahaja yang berkuasa mutlak untuk memilih seseorang pemimpin dan menentukan halatuju negara, tidak ada gunanya mempertahankan seseorang pemimpin yang angkuh dan pentingkan diri sendiri hanya semata-mata kerana ia berada didalam sebuah parti yang kita sokong, kerana sikapnya itu tidak akan membantu rakyat yang diwakilinya melainkan hanya sibuk mengejar projek-projek untuk diri sendiri yang akhirnya menyebabkan rakyat jua yang sakit hati dan merana diri.
Apatah lagi untuk kita memilih pemimpin yang hanya cakapnya berdegar-degar, mengakui dirinya orang beriman yang akan melaksanakan hukum Islam, akan tetapi bila diberi peluang yang tempoh masanya daripada bayi baru dilahirkan sehingga bayi berkenaan dewasa serta layak untuk mengundi, tidak ada satupun hukum Islam yang terlaksana melainkan pemimpin yang mengakui beriman itu semakin kaya, maka adalah WAJIB bagi rakyat menolaknya demi kebaikkan masa depan bersama kerana ia terbukti janji-janji itu hanyalah retorik yang kesannya menyebabkan kemunduran kepada sesebuah negeri itu sendiri.
Firman Allah didalam surah Ar-Ra’d ayat ke 11 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri"
Justeru, dalam konteks negeri Kelantan yang umumnya mengetahui dan rakyatnya sendiri merasai, dimana masalah utama seperti ketiadaan bekalan air yang secukupnya, sektor pekerjaan yang terhad, kadar jenayah yang kian meningkat, balak semakin botak, tanah yang dipijak milik orang serta beberapa masalah besar yang lain, maka rakyat Kelantan sudah tidak ada pilihan lain selain perlu mengubah keadaan itu dengan memilih pemimpin yang kerajaannya telah terbukti mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang membelenggu itu. Anda Mampu Mengubahnya.
Kepada semua pemimpin yang nak jadi calon, pastikan kelayakan itu ada pada anda, kerana rakyat pada hari ini tidak sama seperti rakyat pada zaman dulu...Jangan kerana kebencian rakyat kepada keangkuhan seseorang pemimpin itu membuatkan parti yang diwakilinya rebah menyembah bumi...
syabas dato...sedar kan yb yang lain lain tu yg hanya kejar pangkat dan wang...
ReplyDelete