Showing posts with label winnable candidate. Show all posts
Showing posts with label winnable candidate. Show all posts

Video - Lihatlah, Tangisan 'Winnable Candidate' Terkenangkan Nasib Rakyatnya

Calon 'Winnable Candidate' !!! Sebagai rakyat, sekiranya pemimpin berpendirian sebagaimana pemimpin pada rakaman dibawah, mustahil pemimpin itu tidak akan diberi peluang oleh rakyat untuk mewakili mereka, dan pemimpin yang berucap itu juga telah membuktikannya.

Pemimpin yang ingin menjadi pemimpin semata-mata untuk mencari keuntungan peribadi dengan menggunakan parti sebagai platform WAJIB ditolak oleh rakyat supaya memberi pengajaran kepada sesebuah parti itu daripada meletakkan pemimpin yang sedemikian.

Hanya rakyat sahaja yang berkuasa mutlak untuk memilih seseorang pemimpin dan menentukan halatuju negara, tidak ada gunanya mempertahankan seseorang pemimpin yang angkuh dan pentingkan diri sendiri hanya semata-mata kerana ia berada didalam sebuah parti yang kita sokong, kerana sikapnya itu tidak akan membantu rakyat yang diwakilinya melainkan hanya sibuk mengejar projek-projek untuk diri sendiri yang akhirnya menyebabkan rakyat jua yang sakit hati dan merana diri.

Apatah lagi untuk kita memilih pemimpin yang hanya cakapnya berdegar-degar, mengakui dirinya  orang beriman  yang akan melaksanakan hukum Islam, akan tetapi bila diberi peluang yang tempoh masanya daripada bayi baru dilahirkan sehingga bayi berkenaan dewasa serta layak untuk mengundi, tidak ada satupun hukum Islam yang terlaksana melainkan pemimpin yang mengakui beriman itu semakin kaya, maka adalah WAJIB bagi rakyat menolaknya demi kebaikkan masa depan bersama kerana ia terbukti janji-janji itu hanyalah retorik yang kesannya menyebabkan kemunduran kepada sesebuah negeri itu sendiri.

Firman Allah didalam surah Ar-Ra’d ayat ke 11 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri"

Justeru, dalam konteks negeri Kelantan yang umumnya mengetahui dan rakyatnya sendiri merasai, dimana masalah utama seperti ketiadaan bekalan air yang secukupnya, sektor pekerjaan yang terhad, kadar jenayah yang kian meningkat, balak semakin botak, tanah yang dipijak milik orang serta beberapa masalah besar yang lain, maka rakyat Kelantan sudah tidak ada pilihan lain selain perlu mengubah keadaan itu dengan memilih pemimpin yang kerajaannya telah terbukti mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang membelenggu itu. Anda Mampu Mengubahnya.

Kepada semua pemimpin yang nak jadi calon, pastikan kelayakan itu ada pada anda, kerana rakyat pada hari ini tidak sama seperti rakyat pada zaman dulu...Jangan kerana kebencian rakyat kepada keangkuhan seseorang pemimpin itu membuatkan parti yang diwakilinya rebah menyembah bumi...

Calon PRU13: Tangan Saya Terikat Dalam Sesetengah Kes - Najib

SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini menekankan soal 'winnable candidate' berkata, beliau akan memilih calon-calon yang "berbakat dan komited" - barisan yang boleh menggambarkan program transformasi beliau untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi BN berkata, beliau hanya akan memilih calon-calon yang akan memenuhi tuntutan transformasi yang dapat dilaksanakan sepenuhnya selepas mendapat mandat dalam PRU13.

Mandat semasa BN akan berakhir 28 April di mana jika Najib tidak membubarkan Parlimen sebelum tarikh itu, ia akan bubar dengan sendirinya.

Selepas mengesahkan beliau tidak akan memanggil PRU13 bulan ini, Najib dijangka memanggil PRU13 Mac-April.

"Seperti yang saya katakan, saya mahukan calon yang akan mencerminkan perjalanan transformasi. Tetapi, sepertimana yang anda tahu, bukan semua calon begitu," kata beliau dalam satu temubual eksklusif bersama akhbar The Malay Mail, yang disiarkan hari ini.

Difahamkan, Najib sebelum ini telah menolak sekitar 50 nama daripada senarai calon yang diketengahkan bagi memastikan calon yang dipilih berar-benar berkualiti dan sudah semestinya adalah 'winnable candidate'.

Najib ditanya mengenai penolakan sebahagian calon yang dinamakan oleh Umno, yang diterajui dan parti-parti komponen BN.

Jelas Najib, "tangan saya terikat dalam sesetengah kes."

"Tetapi saya merasakan dan pada keseluruhannya kami akan berupaya untuk menyediakan satu pasukan yang boleh memikat rakyat bahawa kami cukup calon-calon yang berbakat dan komited untuk bekerja dengan saya sebagai satu pasukan untuk menyediakan pembaharuan yang saya janjikan," kata beliau lagi.

Dalam wawancara bersama ahkbar berkenaan, Najib turut ditanya bagaimana beliau akan meyakinkan pengundi bahawa calon yang dipilih adalah yang paling layak bagi menggantikan penyandang sedia ada serta mampu menggalas perubahan yang ingin dibawa.

"Mereka harus percaya kepada saya. Berdasarkan rekod saya, saya sudah melakukan yang sehabis baik," ujar Presiden Umno, yang juga Perdana Menteri.

Beliau turut diajukan persoalan sekiranya sejarah pahit 2008 berulang dengan kegagalan mempertahankan majoriti dua pertiga yang menyaksikan bagaimana Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan kedudukannya awal 2009.

"Saya fikir kali ini, ia berbeza. Saya percaya kita sudah belajar daripada pengalaman lalu dan saya sentiasa mengatakan bahawa suasana politik kita sudah berubah.

"Saya sentiasa mengatakan bahawa era 'kerajaan tahu semuanya' sudah berakhir. Saya percaya kepada itu.

"Oleh itu, jika Umno-BN mahu terus kekal berkuasa, kita mesti menunjukkan perubahan. Perubahan itu adalah perubahan yang tidak dapat ditukar semula. Saya komited ke arah itu," tegas Najib.

Beliau sebelum itu berkata, penting untuk Umno-BN mendapat mandat yang besar daripada rakyat bagi memastikan transformasi yang hendak dilaksanakan dapat dilakukan sepenuhnya apabila mentadbir negara kelak.

Beliau sebelum ini pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2012 menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan menang dengan majoriti dua pertiga jika tidak berlaku sebarang sabotaj dalam parti.

Adakah Ini Sikap Calon 'Winnable Candidate' Yang Pernah Dua Kali 'KO' Sekaligus @NajibRazak

Apakah ini antara sikap bakal calon yang dianggap sebagai 'Winnable Candidate' ? Kalaulah itu sikapnya seorang yang dianggap 'winnable candidate', alamatnya bungkuslah PRU 13 kali ini, tanggungjawab menjadi seorang pemimpin sangat besar, begitupun tanggungjawab seorang pemimpin itu sangat besar, tetapi tidak ada yang menolak untuk dicalonkan sebagai pemimpin, malah berebut-rebut dan membodek presiden parti sehingga terkulum tangan presiden.

Apalah sangat permohonan seorang rakyat miskin yang ingin dapatkan bantuan sebuah mesin jahit bagi membantu menambahkan pendapatan untuk menyara keluarga, dimanakah EHSANnya ??? Sedangkan kerajaan punyai peruntukkan untuk itu.
Format terbaru Facebook membuktikan pesanan ini telah dibaca dengan bertanda "right" Seen Nov 20" sehari selepas pesanan dihantar namun tetap tak diendahkan....!!!
Mungkin kita kurang bersetuju sekiranya bantuan itu diminta berbentuk wang tunai, atau juga barangan yang bernilai ribuan ringgit, namun jika bantuan yang dipohon itu merupakan barangan yang boleh menambahkan pendapatan yang nilainya cuma ratusan ringgit, sangat malanglah buat seorang pemimpin...

Sungguhpun begitu pada hemah saya, sebangsat manapun seorang pemimpin , jika rakyat tak dapat tumpang dari segi material, dapatlah ditumpang dari nasihat dan tunjuk ajarnya, tak semestinya apa yang dipohon oleh rakyat itu mampu dan perlu untuk ditunaikan, tapi takkanlah sampai tahap mempermainkan rakyat dengan mengabaikannya, 

Untuk apa memberi harapan pada rakyat dengan meminta menghantar permohonan rasmi menerusi faks jika kita fikir ia tidak mampu ditunaikan, berterus terang sajalah, atau minta saja ia dirujuk kepada jabatan yang tertentu yang berkaitan dengan kes tersebut.

'Agah', angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri adalah sikap yang tidak layak untuk ditabal sebagai pemimpin, andainya tidak begitu, apa lagi yang pemimpin Umno itu inginkan selain dari pemohon itu berbangsa melayu, beragama Islam, miskin dan memrlukan, pengundi DUN serta Parlimennya dan juga penyokong BN.

Saya sendiri tidak terlepas dengan pengalaman 'memohon bantuan' itu, tapi tidaklah sehampa dengan kes yang berlaku ini, sepanjang berurusan dengan pemimpin UmnoBN baik didalam bahagian mahupun diluar negeri, apa yang dapat disimpulkan adalah terbaik dan sememangnya berjuang apa yang diperkatakan yaitu demi bangsa, agama dan negara.

Sebagai makluman, sejarah PRU di Kelantan setakat yang saya tahu, satu-satunya tokoh pemimpin terbaik yang pernah merekodkan dua kemenangan sekaligus apabila bertanding di dua kerusi yaitu Parlimen dan DUN, ianya adalah dari BN, tidak lain dan tidak bukan iaitu Datuk Mustapa Mohamad yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Manakala Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah bertanding di dua kerusi yaitu di Parlimen Bachok dan DUN Chempaka, tetapi kalah di Parlimen dan hanya menang di DUN sahaja, bagaimanapun tidak pasti pemimpin manakah dari BN yang pernah menang di parlimen dan PRU seterusnya bertanding dua kerusi malangnya kalah kedua-duanya dan tersemat didalam lipatan sejarah PRU di Kelantan..

Kerana kekalahan itu mesti dikaji dan tidak harus diletakkan punca kekalahan diatas faktor sabotaj semata-mata, kerana saya sebagai rakyat pun tidak akan memilih pemimpin yang angkuh dan pentingkan diri sendiri kiranya ciri itu yang terdapat pada seseorang pemimpin tersebut. Produk yang baik dan berkualiti pasti akan diterima rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.. Ubahlah sebelum diubah..

Keikhlasan dan kewibawaan Presiden Parti juga akan lebih terserlah dan dihormati jika produk benar-benar bermutu sahaja yang akan ditawarkan kepada rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...