Pendamping Gereja Pertahankan Kenyataan Nurul Izzah Menggalakkan Murtad

SHAH ALAM - Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.

"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara.

"Tiada paksaan bukan bermakna orang Melayu sewenangnya memilih agama lain kerana Islam itu penghayatan. Itulah semangat ucapan Izzah apabila menjawab soalan dari peserta tentang 'no compulsion'," katanya.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan prinsip mulia 'tiada paksaan' sebagai promurtad telah mencemarkan nama baik Islam.

"Itu bukan apa yang diperkatakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai," katanya. Sinar Harian


Apa sebenarnya yang Mujahid atau lebih dikenali dengan pendamping gereja dan pelopor PAS seluar pendek ni nak bagitahu ? Banyak tohnahan daripada penjelasan, isu ni dah beberapa hari berlalu, tapi baru hari ini Mujahid dapat idea bagaimana untuk pertahankan Nurul Izzah,

Namun dalil yang dilontarkan Mujahid terlalu dangkal untuk membela Nurul Izzah, malah ia lebih kepada menyokong apa yang Nurul Izzah perkatakan, kenapa Mujahid tidak menjawab isu pokok yaitu Nurul Izzah mengatakan tiada paksaan dalam agama dan orang 'Melayu bebas untuk memilih mana-mana agama' sekaligus menggalakkan kemurtadan dikalangan orang Melayu yang sememangnya sudah beragama Islam.

Begitu juga dengan kenyataan mabuk Khalid Samad , beliau juga turut mengatakan orang melayu bebas untuk memilih agama mereka, aroma gereja yang melekat kepada Khalid sukar untuk dipisahkan, Anda Mampu Mengubahnya.

8 comments:

  1. Soroskini tak keluarkan pun ape yg Mujahid tu terangkan. Yang dikeluarkan berbunyi begini:

    “Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum 'Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini.

    Jadi nampak sangat Soroskini yang bertanggungjawab supaya rakyat terpesong dari maksud sebenar nurul izzah. Kenapa nak salahkan utusan, BH dan sebagainya pulak????

    ReplyDelete
  2. mujahid mangkuk hayung

    ReplyDelete
  3. "Tiada desakan dalam beragama...". Memang betul kenyataan itu. Tapi correction, "di Malaysia, orang Melayu dikecualikan daripada bebas menganuti agama lain". Kenapa? Sila rujuk frasa 'Perlembagaan Malaysia' = 'Melayu bumiputra beragama Islam dan mengamalkan cara hidup orang Melayu'. Nurul Izzah keluarkan kenyataan 'bebas', 'bebas' gitu bahaya - nanti orang Melayu bukan setakat 'bebas beragama', nanti gaya hidup bukan setakat bebas lagi, tapi liar. Mana dia belajar ni? Bapa dia ke ajar jadi 'bebas' ni?

    ReplyDelete
  4. Orang Melayu sebelum kedatangan pedagang India Muslim dan Arab mereka beragama sama ada Hindu atau Tuhan Matahari, sembah busut, sembah jin, puja Hantu Raya; cara hidup masa jahiliyah tu biasalah... Raja & Orang2 Besar Melayu kafir dulu simpan gundik paksa, bunuh orang ikut suka, hari2 mabuk minum tuak tapai, rakyat boleh tidur dgn adik beradik, tido dgn menantu ...macam2. So orang Melayu nak hidup balik macam dulu ke?

    ReplyDelete
  5. Oiiih... kalo gitu orang Melayu memang lebih baik le kekal muslim dan hanya agama Islam je sesuai untuk orang-orang Melayu. Sedangkan masa orang Melayu dalam keadaan Islam pun depa nih ada yang Melayu Islam yang berani minum arak, sex bebas sampei tido dgn pelacur China,tido dgn bini kawan, tido dengan adik angkat hubungan sejenis... heee...tak dapat bayangkan betapa teruknya orang Melayu kalau pilih agama lain. Jangankan minum alkohol sikit2, orang putih minum wain segelas sikit, orang Melayu toggok wain sebotol - pas tu jadi alkoholik dan tambah masalah lain lebih teruk. Tak usahle orang Melayu anut agama lain.... ntah jadi apale pulak, bukan hidup social tapi so..sial. Orang bukan Melayu nanti tepuk tangan le bila bangsa Melayu kucar kacir sosialnya.. tanah tergadai, bangsa bersepai

    ReplyDelete
  6. La....Forum tu pun dianjurkan dek Gereja Full Gospel Tabernacle,Subang... mestilah cakap Melayu kata "ada udang di sebalik batu". Tak kan le dema ni dok pehe. Buduh sokmo la Nurul Izzah pun. Tak kan le orang tu anjurkan program 'cakap-cakap' tak de makne. Aku kalau kafir offer makan kek dan biskut free time christmas kat opis tu pun aku selalu tolak dan bagi alasan, sebab aku tau kek buah / fruitcake Christmas kena taruh sikit alkohol recipenya.... berurusan dengan kafir kena faham2 la tricknya Nurul Izzahnya... orang Melayu cakap, 'Jangan lurus bendul'. Tulah.. budak2 perempuan Melayu Assunta ni kena diangkut bawa balik kampung Melayu, belajar makan belacan, budu dan pakai kain batik n pegi ngaji pondok lepas belaja kat London

    ReplyDelete
  7. Video klip memang dah terang terang menujukkan apa yg Nurul Izzah cakap memang bermaksud, " Org melayu pun bebas memilih agama, tak semestinya hanya untuk yg bukan melayu sahaja"

    Wahai Nurul Izzah, bertaubatlah dan sila tarik balik kenyataan jahil kamu ini sbe,um ianya nanti menjadi bahan rujukan golongan dakyah kristain yg sentiasa ingin meneglirukan org islam...Cukuplah bapak mu yg sememangnya lidah bercabang. Jangan ikut bapak kamu!!!! Ada faham ka?????

    ReplyDelete
  8. inilah akibatnya belajar ilmu tinggi-tinggi tapi jahil tentang agama.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...