Nik Aziz Tetap Menyalahkan Media Dan Pertahan Nurul Izzah

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jika benar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai kebebasan beragama yang menimbulkan kontroversi, ia adalah suatu perkara yang tidak betul.

"Itu tak betul, kalau itu ucapan dia (Nurul Izzah)," katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Masjid Ketereh di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Nik Aziz menyatakan, beliau bimbang kemungkinan wartawan terbabit tidak melaporkan sepenuhnya kenyataan Nurul Izzah mengenai perkara itu, menyebabkan berlakunya kontroversi.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, yang dilaporkan sebuah portal berita pro-pembangkang sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk Melayu.

Portal itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu".

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya pada 3 November.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya beliau berani untuk menyatakan kebenaran apabila terdapat pemimpin pakatan pembangkang membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan prinsip perjuangan Pas, Nik Aziz berkata, perkara itu tidak berbangkit.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata Nik Aziz tidak sepatutnya mengenepikan soal kebenaran terutama yang melibatkan agama Islam, semata-mata untuk kepentingan politik. - Bernama

5 comments:

  1. Dulu kata ulama pro BN s]sbg syaitan bisu krn xbrani brsuara menegur kelemahan/kekurangan kepimpinan BN/UMNo...tapi la neh nampaknya boomerang SYAITAN BISU itu dah berbalik pada n ajis........n ajis syaitan bisu...

    ReplyDelete
  2. kalau dh kantoi tak reti jwb, pok nik mcm biasa akan jwb juga. tp dgn jawapan nk muntah....tak timbul, tak ada isu, tak berbangkit, tidak berkaitan. yelah, nk tunjuk yg beliau reti jwb walaupun jawapan entah apa2...bersaralah pok nik, pok nik dh patut berehat dan tumpukan kepada ibadah sepenuhnya. dlm politik ni walaupun dikira ibadat, tak bnyk sikit mesti terlibat dgn dosa. rasuah ke, salah guna kuasa ke, kroni ke, tersalah sain borang ke, mengutuk pihak lawan lebih2 ke dan segala mcm perkara yg menjurus kpd dosa. bersara ye pok nik. hamba rakyat lg respek pd pok nik jika pok nik tidak gila kpd kuasa yg keterlaluan...

    ReplyDelete
  3. Telor kereput busuk pok nik sudah di-genggam oleh nurul, tak lama lagi akan bertambah berkat lah tangan nurul akibat mengenggam telor berkat pok nik....hahaha.

    ReplyDelete
  4. Astaghfirullah...sedara seislam ku mengomen...ingat syurga neraka..

    ReplyDelete
  5. sebagai umat islam yang cintakan agama Allah ini, maka marilah kita sama-sama mengamalkan bacaan yasin dan mohon Allah jauhkan bala yang dibawa oleh pakatan haram ini. dan sebagai mengambil berkat dari doa pemimpin yang adil lagi zuhud iaitu tuan guru nik aziz nik mat yang mashur itu maka marilah kita gunakan doa tersebut, “ya Allah dengan berkat bacaan yasin dan berkat doa tuan guru nik aziz nik mat yang telah memohon puak yang batil itu hancur lebur dan dihantar tentera ahzab musnahkan mereka … engkau hantarkanlah tentera ahzab dan musnahkan mereka yang batil itu … yang mengamalkan fahaman asobiyah iaitu mempertahankan puak-puak mereka sekiranya puak mereka berzina mereka halalkan dengan berkata tidak salah sifulan berzina dengan bini orang, dan berkata siapa yang fitnah pemimpin mereka meliwat maka orang tersebut perlu jilat kaki pemimpin tersebut dan menggunakan medan ceramah dan kutbah jumaat untuk mempertahankan pemimpin tersebut … itulah amalan asobiyah yang paling hina … musnahkan kesatuan mereka dan pemimpin mereka yang sesat dan menyesatkan itu … ilmuan mereka juga enggan menegur sesama sendiri apabila ada diantara mereka yang mahu berkawan dengan iblis demi menjatuhkan kepimpinan sekarang … musnahkan mereka itu kerana mereka adalah asobiyah yang dihina oleh nabiMu. dan ya Allah ya tuhanku engkau munsahkan pemimpin mereka yang meliwat itu sebagaimana engkau musnahkan puak nabi lut …”

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...