Ambiga Muncul Lagi Bakal Menjanjikan Huru-Hara

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S.Ambiga berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya kerajaan sedia ada dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang, asalkan ia dijalankan secara adil.

"Boleh saja kerajaan yang sama, orang yang sama masuk, (tetapi) mereka perlu membenarkan pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil," katanya dalam temu bual dengan Ketua Pewarta Antarabangsa CNN Christiane Amanpour di New York pada Selasa.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata demikian apabila ditanya sama ada 'Arab Spring' mungkin berlaku di Malaysia.

"Di tempat kami, kami tak mahu berlaku 'Arab Spring'. Kami mahu pilih pemimpin kami melalui pilihan raya yang bersih dan adil, kami mahu berbuat demikian melalui peti undi," katanya.

Ambiga berkata beliau lebih bimbang tentang proses pilihan raya itu sendiri, daripada siapa yang akan menang.

"Proses pilihan raya penting kerana ia mencerminkan kehendak rakyat. Ia adalah mengenai sah atau tidak dan memenuhi hak pemilih untuk mengundi," katanya.- Bernama

Eh,eh,eh, siapa Ambiga ni ? Apa besar sangat dia ni ? kalau ya pun nak main wayang agak-agaklah, jangan nak stim sendiri, syok jer dia sembang "boleh saja kerajaan yang sama, orang yang sama asalkan ia dijalankan secara adil", macam dia pula yang tentukan masa depan negara ni.

Kalau Ambiga tak wayang pun rakyat negara ini tahu untuk pilih siapa, konon-kononnya dia ni betul-betul bebaslah, bukan anti kerajaan, ni statement macam ni tak lama lagi akan ada pula himpunan haram.

Sebenarnya apa yang tak bersih lagi ni Ambiga, yer lah kalau dah berkarat 'semacam' tu sukarlah nak bersih, bubuh clorox pun karat tu tak hilang, kan karat original. Duduk Amerika pun takkan hilang juga karat tu.

Bagaimanapun jika benar pilihanraya yang diadakan itu tidak adil, buktikanlah, setakat nak buat cerita timbulkan persepsi boleh jalanlah, cakap banyak tak guna, boleh tengok sendiri bagaimana Din 'Dangau' kantoi dengan SPR pada rakaman video dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.
Dulu pun dah kantoi, ada ke patut pi tuduh pakcik ni yang juga ahli UMNO sebagai Timb. Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, adusss!!! Apa nak jadi..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...