Hukum Pas - Potong Rambut Dah Kecoh Macam Mana Nak Potong Tangan

KOTA BHARU - Tindakan kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang menguatkuasakan undang-undang Islam terhadap orang bukan Islam hari ini mendapat bantahan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang meminta pelaksanaan itu dihentikan.

Ketua DHPP Hu Pang Chaw berkata, kajian semula perlu dilakukan kerajaan negeri bagi memastikan keadilan dan hak orang bukan Islam terjamin.

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar Pas baru-baru ini jelas menyebut undang-undang Islam tidak akan dikenakan kepada orang bukan Islam.

"Maka disebabkan itu semua undang-undang Islam yang dikenakan kepada orang bukan Islam perlu dihentikan.

"Satu kajian semula perlu dilakukan bagi mencari penyelesaian yang memberikan keadilan kepada semua lagipun kebanyakan undang-undang kecil ini digubal pada tahun 1990-an dan tidak relevan lagi pada masa sekarang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting, yang mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.

Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.

Tindakan kerajaan negeri itu juga turut dikecam Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dilaporkan berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara itu ke mahkamah.

Bagaimanapun isu itu dipertahankan kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang bertegas apa yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

Mengulas isu itu, katanya, beberapa undang-undang kecil yang digubal dan digunapakai ketika ini oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang membabitkan bukan Islam perlu dikaji semula kerana sudah tidak sesuai dengan keadaan sekarang.

"Sekiranya ia dilaksanakan juga ia tidak akan menguntungkan kerajaan negeri dan boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap Pas kerana kita hidup dalam negara berbilang kaum," katanya. - Bernama

4 comments:

  1. kalau betul laksanakan hudud kenelah adil so x kira islam ke bukan islam mesti ikut undang undang hudud, sebab hudud bukan hanya untuk orang islam sahaja.

    ReplyDelete
  2. bagaimana hudud nak dilaksanakan kalau yg menuju kearah hukum itu sendiri tidak pernah dibahas,dibincang,dihurai dan diumumkam kepada orangramai secara terperinci.contohnya saksi,jantina saksi,had umur saksi,kebolehpercayaan saksi,peguam,pendakwa,dan yg paling penting ialah agama saksi itu sendiri.

    dalam hal hudud saya sokong hadi awang yg mengatakan"hudud hanya 0.01% dalam hukum jenayah islam",

    jadi kalau ada yg mengatakan undang-undang hudud akan dilaksanakan jika dapat perintah malaysia merupakan satu penipuan.

    ReplyDelete
  3. PAS boleh jadi pembangkang terutama menegur salah laku terutamanya dalam bidang keagamaan (Islam). Tapi untuk memerintah Malaysia, jauh sekali.
    Yang lain-lain tu menangguk di air keruh aje.

    ReplyDelete
  4. Tetapi kalau selalu memberi tumpuan kepada satu perkara sahaja, itu menjadi diskriminasi bukan apa yang betul, apa yang salah. Hudud wujud dari Islam dan bukan agama lain. Jika seorang bukan muslim diberi hukuman hudud, itu adalah seperti tidak menghormati beliau. Hudud itu menakutkan dan menyebabkan orang tidak buat salah. Tetapi hudud itu tidak membetulkan fikiran dia. Fikiran yang menyebabkan dia membuat kesalahan. Kalau niat itu betul, potong rambut lelaki atau perempuan bukan satu isu. Bagaimana nak kawalkan nafsu seseorang ? Jika 5 kali sembahyang tidak boleh membuat apa apa, itu sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Sepatutnya selepas banyak kali sembahyang, seseorang itu mesti mempunyai niat yang betul. Juga terdapat berita tentang orang Iran yang datang ke Malaysia membawa dadah. Bukan orang Iran semua Muslim ? Bukan mereka lagi kuat iman ? Kenapa berdosa dan bawa dadah masuk ke Malaysia ?

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...