Skandal Khalwat KP Kesihatan Digantung Kerja - Video

PUTRAJAYA - Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan Isnin memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 November lepas, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.

"SPA dalam mesyuarat itu telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan.

Mahmood berkata Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan oleh Suruhanjaya terhadapnya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember depan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga kakitangan kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.-Bernama
 
- Payah benar nampaknya nak ambil tindakan, perkara yang tidak berakhlak seperti ini tidak boleh dikompromi, lebih-lebih lagi melibatkan dengan isteri orang, sepatutnya pegawai tinggi kerajaan terpilih dari kalangan mereka yang berakhlak bukannya mereka yang bernafsu tidak bertempat.

Perbuatan tidak bermoral perlu diberikan tindakan tegas yang sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada orang-orang yang kemudian, isu melibatkan bini orang seperti ini sangat tidak bertanggungjawab, perlukah ia terus diberi amanah untuk menjawat jawatan penting itu ?

Sebagai pengajaran kepada semua, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan tegas serta merta, bukan budak-budak nak kena bagi amaran dulu, umur dah tua takkan tak reti nak fikir, takkan bodoh kalau sampai dah pegang jawatan KP, kalau dengan anak dara tak der hal selagi kuota masih ada, hak berdosa tu hak dia, ini dengan isteri orang ni memang tak patutlah..Anda Mampu Mengubahnya.

4 comments:

  1. Dia banyak aniaya orang. Dengar kata (korang cek balik) ada sorang spesialist baru lulus terus dihantar ke Sabah. Mohon rayuan sebab mak dia sakit tapi tak dilayan. Tu belum kes-kes lain lagi. Doa orang teraniaya makbul.
    DSAI tu teraniaya jugak ke sbb doa dia tak pernah makbul pun?

    ReplyDelete
  2. PTD..
    Biasalah..
    Kalau yang buat onar tu SKIM lain, dah lama kena pecat dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktau usul periksa nak menyalahkan PTD...ini memBABI BUTA namanya. Kalu dah tak reti, mai nak bgtau...dia ni DOKTOR by profession. Hampeh punya tukang komen!

      Delete
  3. KP Kesihatan MEDICAL DOCTOR, bukan PTD. Think n check before you speak..before you embarass urself!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...