PAS Sedia Mengadap Sultan Selangor Pertahankan Kenyataan Nurul Izzah

KUALA LUMPUR - PAS tampil memainkan peranan menawarkan diri untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai hak kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, inisiatif berkenaan diambil kerana parti sekutu pakatan pembangkang itu yakin Sultan Selangor tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai kenyataan Nurul Izzah.

"Maklumat yang sebenar mungkin tidak dijelaskan oleh Mais (Majlis Agama Islam Selangor) kepada Sultan Selangor.

"Saya cukup baik dengan Sultan. Saya sendiri boleh bawa kenyataan sebenar Nurul Izzah kepada Sultan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan kenyataan Nurul Izzah itu sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.

Katanya beliau turut berkongsi pandangan yang sama disuarakan oleh tokoh-tokoh ulama termasuk rasa kecewa yang dizahirkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Ini satu kenyataan yang tak sepatutnya dibuat. Yang paling kita bimbangi kenyataan itu telah bercanggah dengan perkara-perkara berkaitan akidah. Apatah lagi dikeluarkan oleh seorang Islam. Ia sesuatu yang tak sepatutnya berlaku," katanya ketika diminta mengulas perkara itu di sini, hari ini.

Ditanya tindakan Nurul Izzah itu yang memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, Muhyiddin berkata itu merupakan tindakan 'biasa' anggota pembangkang.

"Lagipun Utusan petik daripada portal, bukan? Yang itu dia tak nak saman, Utusan dia nak saman. Biasanya teknik itulah nak tunjukkan dia tak salah dan kenyataannya diputar-belitkan. Tapi fakta itu ada, kita boleh 'browse through' tengok apa yang berlaku," katanya ketika menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Konsesi Hab Pendidikan Tinggi Pagoh antara Kementerian Pengajian
Tinggi dan Sime Darby Property Selatan Sdn Bhd di ibu negara.

3 comments:

  1. Dia nak cakap apa kat tuanku?dah memang izzah kata kebebasan beragama untuk semua termasuk melayu.izzah mungkin pikir kalau kebebasan beragama utk semua dlaksanakan takkan mendorong melayu murtad sbb dia bagi contoh dia sendiri belajar kat sekolah assunta kristian nyanyi lagu gospel tak jadi kristian pun.dia pikir orang melayu islam takkan sesenang nak murtad.silap besar mung nih izzah.ingat kes lina joy?kalau kebebasan beragama dlaksanakan adakah salah lina joy memilih agama kristian?tak leh kata salah kalau undang kata kebebasan beragama merangkumi semya kaum tak kira melayu.ertikata lain menyokong kebebasan beragama menyokong murtad berlaku.mujur perlembagaan kata melayu ni islam.takda istilah melayu bukan islam dlm perlembagaan.perlembagaan dah cegah melayu jadi murtad.kelemahan sekare ni nak cegah saudara baru murtad sbb kes sebegini dah meningkat.masuk islam stahun dua dapat duit zakat masuk agama kuil dan pekong balik.hok ni berat.

    ReplyDelete
  2. Suruh dia tgk rakaman nurul izzah si anak puaka berceramah bersama tuanku sultan selangor... apa dia nak kata..?? nama saja ada pangkal DOKTOR tapi otak selut kotoqq... dah lah muka serabai...ni mcm muka org terpelajar? tanya dia sanggupkah islam agama yang dia anuti digadai? mahukah kemuliaan islam sebaris dengan agama lain yang tidak diredha Allah SWT.? suruh nik ajis bersumpah dia akan pertahankan agama allah walaupun dapat tentangan dari sekutu parti dia..!! sanggupkah nik ajis tu?

    ReplyDelete
  3. so this YIP KUM FOOK destroyed Sangha (the monks in Buddhist) and insulted Buddhist monks in various things in Buddhist teachings, the monk came to visit Temple and he called police and gangsters to harass the Buddhist monk, the monks had to leave the Temple as soon as possible because the monks came empty-handed

    they are very happy and proud to be able to bring the monks out of the Temple at that time, but they don’t know what Sangha means, maybe they don’t know Sanghas are the Buddha followers, Sanghas are also one of the communities in Buddhist world. You have damaged one Sangha but another sanghas are still there to protect other Sanghas as well

    all religions must unite to save and protect Buddhist monks because YIP KUM FOOK (Satan, demon, spectre, phantom) destroyed Buddhist monks, as well as his son (Yip Jiun Hann) dirty mind like a father

    from MRs Phang, Taman Daya, Kepong

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...