SPRM - Pemindahan Milik Tanah Di Lembah Sireh, Penyelewengan Atau Kecuaian ?

Isu Lembah Sireh, Kerajaan PAS Kelantan diminta supaya tidak banyak cakap, sila jawab apa yang ditimbulkan, jangan bagi jawapan yang melencong daripada isu sebenar yang dibangkitkan, rakyat Kelantan nak tahu sejauhmana ketelusan kerajaan PAS Kelantan yang dikatakan 'Membangun Bersama Islam'. Benarkah mengikut Islam yang sebenar ataupun Islam hanya digunakan untuk mengaburi mata rakyat ?.

Apa yang ditegur oleh Ketua Audit negara berkaitan projek Lembah Sireh antaranya adalah seperti berikut:

1.) Pindah milik tanah dibuat kepada Syarikat dan sebahagian tanah dicagarkan kepada bank.

2.) Bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan oleh Syarikat.

3.) Syarikat gagal memberikan sumbangan kepada Kerajaan seperti mana dalam perjanjian.

4.) Kemajuan projek tidak mengikut Jadual Pelaksanaan.

5.) Perancangan yang bergantung sepenuhnya kepada Syarikat serta tiada kajian terperinci dan penilaian projek

Bagaimanapun daripada lima perkara tersebut, rakyat nak tahu dua perkara saja dulu yaitu perkara 1 dan 2, kerana ianya sangat penting bagi menjamin kedaulatan negeri Kelantan Darul Naim. Jawapan yang diberikan oleh PAS Kelantan beberapa hari yang lalu adalah jawapan yang melencong dari perkara pokok.

Namun, mungkinlah Kerajaan PAS Kelantan tak faham soalan, jika begitu hendak dijelaskan sekali lagi yaitu:

Kenapa tanah-tanah tersebut sudah dipindah milik kepada nama syarikat berkenaan sedangkan projek belum lagi siap, kenapa tidak dipindah milik setelah projek berkenaan sudah siap ?.

Pemindahan milik tanah kepada syarikat berkenaan juga tidak ada sekatan dimana syarikat itu telahpun mengGADAIkan tanah tersebut seluas 13.52 ekar untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM75 juta.

Kerana menurut laporan audit, cagaran tanah untuk tujuan pinjaman mendatangkan risiko kepada Kerajaan sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan. Penukaran hak milik tanah kepada Syarikat dan tanah dicagarkan kepada bank serta bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan sepatutnya tidak berlaku kerana boleh mengundang risiko yang tinggi kepada Kerajaan.

Bon jaminan pelaksanaan pula sebanyak 5% atau RM15.91 juta daripada nilai tanah RM318.29 juta, akan tetapi pada sidang media beberapa hari lalu Kerajaan PAS Kelantan mendakwa bon bernilai RM 150 ribu akan diserahkan kepada kerajaan negeri, persoalannya RM 150 ribu tu bon ke 'bokbong' ?

Bagi perkara lain pula mengenai kewujudan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Negeri Kelantan. Apakah SPRM wujud dinegeri ini ? Jika wujud adakah ia berfungsi ? Atau makan 'gaji buta' seperti kerajaan negeri juga.
Statistik tangkapan oleh SPRM bagi seluruh Malaysia
Bangunan baru SPRM yang gah berdiri itu nampaknya tidak balik modal pun lagi, dalam setahun berapa kes yang disiasat dan didakwa di Kelantan ? SPRM Kelantan tolong buat keluar statistik tangkapan dan dakwaan, biar semua rakyat dapat nilai berbaloi ke tidak SPRM buat kerja, kalau tak nak kerja sila letak jawatan, jangan main-main dan bazirkan wang rakyat untuk bayar gaji kakitangan SPRM.

Takkan tiada kes, ini sangat mustahil, kalau ikut formula yang digunapakai oleh Anwar Ibrahim ialah kemunduran sesebuah negeri dan negara  adalah disebabkan berlakunya rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan. Adakah Kelantan maju kerana itu tidak berlaku penyelewengan ? Rasanya penyelewengan ada berlaku, tetapi kelemahan pihak SPRM serta takut, malas untuk bertindak secara agresif menyebabkan pemimpin PAS Kelantan terus bermaharajalela rakyat Kelantan pula terus teraniaya. - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.
Rintihan rakyat di Lembah Sireh. Tapi PAS kata bukan penyelewengan tapi kecuaian

5 comments:

  1. SPRM??? Zzzzzzzzzz...... Teruskan tido kamu tu

    ReplyDelete
  2. Nape kjaan BN xmo contohi kepimpinan fuckatan..mrk memilih kakitangan yg mmpunyai ideologi yg selari dgn kehendak mrk ataupon cume kroni jer...ini x..dlm jbt kerajaan berlonggok2 penganut pembangkang ada dan budaya kerja mrkla yg mcm HAMPEH....
    Gunting dlm lipatan bertaburan mcm taik kerbau dlm jbtn kjaan...sprm pon xterkecuali....
    Semuanya berpunca dari money money n mani....

    ReplyDelete
  3. SPRM Kelantan bodo dan tak ada batu pelir takut nak keluar waran geledah!!!

    ReplyDelete
  4. mana boleh tangkap pemimpin agung, nanti tak masyukkk syurga wei...

    ReplyDelete
  5. sprm sokong parti pas

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...